Jenazah Syed Muhammad Naquib selamat dikebumikan

Jenazah Syed Muhammad Naquib selamat dikebumikan | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in Malaysia Peniaga didakwa beri rasuah RM53,000 berhubung kes ganggu, ambil elektrik Dunia Bangunan runtuh selepas kebakaran di Glasgow, perkhidmatan tren terjejas Malaysia Kajian kebolehlaksanaan pindaan Akta Ibu Kota dijangka siap hujung bulan ini – Hannah Advertisement Malaysia Jenazah Syed Muhammad Naquib selamat dikebumikan Faida Rahim 09/03/2026 | 12:55 MYT Pengebumian Allahyarham Syed Muhammad Naquib di Tanah Perkuburan Bukit Kiara hari ini dihadiri lebih 200 orang termasuk ahli keluarga, sahabat dan kenalan. – Gambar/ Shahir Omar/ Astro AWANI KUALA LUMPUR: Jenazah tokoh pemikir peradaban Islam Prof Diraja Tan Sri Syed Muhammad Naquib Al-Attas selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Bukit Kiara pada Isnin.Upacara pengebumian selesai pada jam 12.30 tengah hari.Advertisement Sebelum itu, kenderaan membawa jenazah Allahyarham tiba di Masjid At Taqwa, Taman Tun Dr Ismail (TTDI) pada jam 9.40 pagi seterusnya dikafan dan disolatkan pada jam 11.30 pagi.Solat jenazah telah dipimpin oleh anak lelaki Allahyarham, Datuk Syed Ali Tawfik Al-Attas.Pengebumian Allahyarham Syed Muhammad Naquib dihadiri lebih 200 orang termasuk ahli keluarga, sahabat dan kenalan.Antara yang hadir memberi penghormatan terakhir ialah Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah; Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim; Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir; Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Zulkifli Hasan; pendakwah Ali Zainal Abidin Abu Bakar Al-Hamid dan Duta Besar Republik Turkiye ke Malaysia, Emir Salim Yüksel.Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di Hospital KPJ Damansara pada jam 6.47 petang Ahad, pada usia 95 tahun.Syed Muhammad Naquib dilahirkan pada 5 September 1931 di Bogor, Indonesia.Allahyarham berkahwin dengan Latifah Abdullah dan dikurniakan empat cahaya mata, iaitu Sharifah Faizah Al-Attas, Datuk Syed Ali Tawfik Al-Attas, Sharifah Shifa Al-Attas dan Syed Haidar Al-Attas.Allahyarham yang terkenal dengan sumbangannya dalam bidang falsafah, teologi dan tamadun Islam menerima gelaran Profesor Diraja Pendidikan Islam pada 23 Oktober 2024 sebagai pengiktirafan terhadap jasa dan sumbangan besarnya kepada pembangunan ilmu serta pendidikan Islam.Allahyarham merupakan pengasas serta pengarah Institut Pemikiran dan Tamadun Islam Antarabangsa (ISTAC) dan pernah dilantik sebagai Profesor Pelawat Terhormat di Pusat Kajian Lanjutan Mengenai Islam, Sains dan Tamadun (CASIS), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) pada 2012.Allahyarham turut pernah memegang jawatan sebagai Ahli Lembaga Penasihat bagi beberapa institusi akademik antarabangsa termasuk Siri Terjemahan Islam Al-Hikma di Institut Pengajian Kebudayaan Global, Binghamton University, Universiti Brigham Young serta Akademi Diraja bagi Penyelidikan Tamadun Islam, Ensiklopedia Tamadun Arab Islam, Amman, Jordan.Allahyarham juga pernah mempengerusikan beberapa mesyuarat penting termasuk Panel Mengenai Islam di Asia Tenggara pada Kongres Antarabangsa des Orientalistes ke-29 di Paris selain terlibat dalam mesyuarat UNESCO di Aleppo, Syria.  Topic Berkaitan #Muhammad Naquib Al-Attas #meninggal dunia #Tunku Azizah Aminah Maimunah Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Artikel Penuh Berita Terkini Malaysia Peniaga didakwa beri rasuah RM53,000 berhubung kes ganggu, ambil elektrik 5 minutes ago Dunia Bangunan runtuh selepas kebakaran di Glasgow, perkhidmatan tren terjejas 6 minutes ago Malaysia Kajian kebolehlaksanaan pindaan Akta Ibu Kota dijangka siap hujung bulan ini – Hannah 20 minutes ago Malaysia ‘Ada rencana luar asing cemburu, mahu campur tangan urusan politik negara kita’ – PM 35 minutes ago Malaysia Pemergian Syed Muhammad Naquib al-Attas kehilangan besar dunia keilmuan – KPT 36 minutes ago Bisnes RM2.4 billion bayaran Sumbangan Tunai Rahmah bagi suku pertama 2026 45 minutes ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda Close LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got! Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE! Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *