Jenazah tiga beranak maut kemalangan dikebumi dalam satu liang lahad

Jenazah tiga beranak maut kemalangan dikebumi dalam satu liang lahad | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in Malaysia Dr Dzulkefly sebak kecekalan ibu tunaikan hasrat anak dermakan organ Dunia Thailand dapat kebenaran Iran untuk kapal tangki minyak lalu Selat Hormuz Malaysia Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Advertisement Malaysia Jenazah tiga beranak maut kemalangan dikebumi dalam satu liang lahad Bernama 24/03/2026 | 20:11 MYT Suasana pilu menyelubungi apabila jenazah tiga beranak yang maut dalam kemalangan di KM 59, Jalan Jerangau-Jabor di Felda Jerangau dekat Dungun, semalam, dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Tong, Setiu, hari ini untuk dikebumikan. – Foto BERNAMA BANDAR PERMAISURI: Jenazah tiga beranak yang maut dalam kemalangan di Kilometer 59 Jalan Jerangau-Jabor, dekat Dungun semalam selamat dikebumikan petang tadi.Nurul Hafizah Shaary, 39, dan dua anaknya Muhammad Redzuan Arash Mohamad Redzuan, 13, serta Nur Radya Athalia, 4, dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Tong di Setiu, 6.15 petang tadi.Advertisement Sebelum itu, jenazah tiga beranak tersebut dibawa ke Masjid Ar-Ridhwan Sungai Tong dan disolatkan selepas asar.Lebih 200 orang terdiri daripada sanak saudara dan kenalan hadir pada pengebumian itu.Dalam kejadian kira-kira 6 petang semalam, Nurul Hafizah yang bekerja sebagai ejen di sebuah syarikat penapis air dan udara bersama empat anaknya dalam perjalanan pulang daripada menghadiri majlis perkahwinan adiknya.Namun kenderaan utiliti sukan jenis Perodua Aruz yang dinaiki mangsa hilang kawalan sebelum terbabas dan melanggar paip air serta tiang elektrik di sebelah kiri.Kejadian itu turut menyebabkan dua lagi anak mangsa, Nur Raesha Amanda, 14, dan Nur Rakhlis Aral Yn, 9, cedera dan kini dirawat di hospital.  — BERNAMA  Topic Berkaitan #jenazah tiga beranak #kebumi satu liang lahad #Terengganu #Dungun #kemalangan Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Artikel Penuh Berita Terkini Malaysia Dr Dzulkefly sebak kecekalan ibu tunaikan hasrat anak dermakan organ 43 minutes ago Dunia Thailand dapat kebenaran Iran untuk kapal tangki minyak lalu Selat Hormuz 46 minutes ago Malaysia Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini 48 minutes ago Dunia Iran lantik Mohammad Bagher Zolghadr sebagai ketua keselamatan tertinggi 1 hour ago Dunia Konflik Asia Barat: Filipina isytihar darurat tenaga gangguan bekalan minyak 1 hour ago Malaysia Malaysia akan main peranan proaktif sumbang penyelesaian konflik di Asia Barat – MKN 1 hour ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda Close LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got! Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE! Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *