Kempen Internet Selamat diperluas ke bazar Ramadan, tingkat kesedaran keselamatan dalam talian | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in Malaysia Konflik Asia Barat: 649 Rakyat Malaysia masih terkandas – Wisma Putra Dunia Gelombang baharu letupan kedengaran di Tehran, ibu negara Iran Dunia Israel terus tutup kompleks Masjid Al-Aqsa lapan hari berturut-turut Advertisement Malaysia Kempen Internet Selamat diperluas ke bazar Ramadan, tingkat kesedaran keselamatan dalam talian Yasmin Ahmad 07/03/2026 | 19:26 MYT Fahmi berkata, kempen berkenaan merupakan usaha bersepadu bagi membentuk masyarakat celik digital selain mewujudkan persekitaran internet yang lebih selamat, khususnya untuk kanak-kanak dan remaja. – Gambar fail KUALA LUMPUR: Kempen Internet Selamat 2026 kini diperluaskan ke bazar Ramadan terpilih di seluruh negara bagi meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kepentingan keselamatan dalam talian.Inisiatif anjuran Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) itu turut diadakan di Bazar Ramadan IWK Eco Park, Lembah Pantai pada Sabtu dan disertai Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil.Advertisement Fahmi ketika ditemui berkata, kempen berkenaan merupakan usaha bersepadu bagi membentuk masyarakat celik digital selain mewujudkan persekitaran internet yang lebih selamat, khususnya untuk kanak-kanak dan remaja.Menurut beliau, tanggungjawab memastikan keselamatan siber tidak boleh digalas oleh kerajaan atau agensi penguat kuasa semata-mata, sebaliknya memerlukan penglibatan aktif pelbagai pihak termasuk ibu bapa dan komuniti setempat.”Ibu bapa memainkan peranan penting, mereka perlu mengawasi anak masing-masing agar selamat ketika menggunakan internet. Ini termasuk memastikan usia 16 tahun bagi mereka yang ingin membuka akaun media sosial.”Kerajaan turut memberi perhatian terhadap penggunaan platform media sosial seperti TikTok dalam kalangan kanak-kanak bawah umur yang berisiko terdedah kepada kandungan tidak sesuai serta ancaman buli siber.”Ibu bapa juga disaran memainkan peranan lebih aktif dengan memantau penggunaan peranti digital anak-anak serta memanfaatkan fungsi kawalan ibu bapa yang disediakan,” katanya.Melalui kempen Internet Selamat 2026 di bazar Ramadan, pengunjung bazar bukan sahaja dapat membeli juadah berbuka puasa, malah berpeluang menyertai pelbagai aktiviti interaktif berkaitan keselamatan internet yang disediakan di reruai khas.Antaranya termasuk edaran kit Ramadan percuma, sesi interaktif keselamatan internet serta demonstrasi pengaktifan fungsi kawalan ibu bapa bagi membantu melindungi kanak-kanak daripada risiko dalam talian. Topic Berkaitan #Kempen Internet Selamat 2026 #Keselamatan Dalam Talian #Fahmi Fadzil #MEDIA SOSIAL Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Artikel Penuh Berita Terkini Malaysia Konflik Asia Barat: 649 Rakyat Malaysia masih terkandas – Wisma Putra 11 minutes ago Dunia Gelombang baharu letupan kedengaran di Tehran, ibu negara Iran 16 minutes ago Dunia Israel terus tutup kompleks Masjid Al-Aqsa lapan hari berturut-turut 26 minutes ago Malaysia "The Pocket Rocketman" rangkul emas keirin pada piala dunia di Australia 56 minutes ago Malaysia Warga emas terperangkap dua hari dalam perigi sebelum diselamatkan 1 hour ago Malaysia MCMC teliti pelbagai kaedah pengesahan umur had 16 tahun untuk media sosial – Teo 1 hour ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda Close LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got! Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE! Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers
Kempen Internet Selamat diperluas ke bazar Ramadan, tingkat kesedaran keselamatan dalam talian
