Ketua Turus Tentera, Menteri Pertahanan Iran terbunuh dalam serangan AS–Israel | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in Dunia Thailand, Kemboja nyatakan kebimbangan terhadap situasi di Asia Barat Dunia Israel lancar serangan udara besar-besaran ke atas Tehran Dunia Rubio batalkan lawatan ke Israel yang dijadualkan pada Isnin Advertisement Dunia Ketua Turus Tentera, Menteri Pertahanan Iran terbunuh dalam serangan AS–Israel Astro AWANI 01/03/2026 | 15:00 MYT Abdolrahim Mousavi (kiri) dan Aziz Nasirzadeh (kanan) terbunuh dalam serangan besar-besaran oleh Amerika Syarikat (AS) dan Israel pada Sabtu. -Gambar fail TEHRAN: Agensi berita rasmi IRNA mengesahkan Ketua Turus Angkatan Tentera Iran, Abdolrahim Mousavi, dan Menteri Pertahanan Aziz Nasirzadeh, terbunuh dalam serangan besar-besaran oleh Amerika Syarikat (AS) dan Israel pada Sabtu.Kehilangan dua tokoh kanan pertahanan ini menambah senarai pimpinan tertinggi yang terkorban selepas pihak berkuasa mengesahkan kematian Pemimpin Agung Ayatollah Ali Khamenei dalam siri bedilan yang sama.Advertisement Laporan itu menggambarkan tamparan hebat terhadap struktur ketenteraan dan keselamatan Iran ketika negara itu bergelut menghadapi pencerobohan asing berskala besar.Selain itu, Iran turut mengesahkan kematian penasihat keselamatan Khamenei, Ali Shamkhani, serta Panglima Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC), Mohammad Pakpour, dalam serangan udara yang menyasarkan pusat arahan strategik di seluruh negara.Menurut IRNA, beberapa lagi komander kanan turut terbunuh, namun identiti mereka akan diumumkan secara berperingkat selepas proses pengesahan selesai.Kehilangan serentak barisan kepimpinan utama ini meletakkan Iran dalam fasa krisis ketenteraan dan politik paling serius dalam sejarah modennya.Kematian tokoh-tokoh penting itu berlaku ketika pihak Parlimen dan kepimpinan IRGC masih berbaki memberi amaran tindak balas keras terhadap serangan AS–Israel.Pihak berkuasa di Tehran kini giat menyusun semula rantaian perintah bagi memastikan kedaulatan negara terpelihara sepanjang tempoh berkabung selama 40 hari.Keadaan di ibu negara kekal dalam kawalan ketat dengan pemantauan ruang udara yang dipertingkatkan bagi mengelakkan serangan susulan ke atas infrastruktur pertahanan yang masih beroperasi. Topic Berkaitan #Iran #Abdolrahim Mousavi #Aziz Nasirzadeh #IRGC #Ali Shamkhani #Mohammad Pakpour #Serangan AS-Israel #Krisis Kepimpinan Iran Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Artikel Penuh Berita Terkini Dunia Thailand, Kemboja nyatakan kebimbangan terhadap situasi di Asia Barat 3 minutes ago Dunia Israel lancar serangan udara besar-besaran ke atas Tehran 7 minutes ago Dunia Rubio batalkan lawatan ke Israel yang dijadualkan pada Isnin 8 minutes ago Malaysia [KOLUMNIS] Konspirasi, persepsi dan kedaulatan undang-undang 12 minutes ago Sukan Izzat Shameer tidak anggap tempat ke Glasgow 2026 sudah terjamin 20 minutes ago Malaysia Penduduk New York protes serangan ketenteraan AS ke atas Iran 28 minutes ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda Close LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got! Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE! Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers
Ketua Turus Tentera, Menteri Pertahanan Iran terbunuh dalam serangan AS–Israel
