Konflik Asia Barat: Israel tidak seret AS ke dalam perang dengan Iran – Netanyahu | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in [Terkini] Umat Islam di Malaysia sambut Aidilfitri Sabtu Dunia FIFA jangka pendapatan AS$14 bilion bagi kitaran 2027–2030 Dunia Konflik Asia Barat: Presiden Iran beri amaran, pencerobohan AS terhadap Iran bakal runtuhkan sistem perundangan dunia Malaysia Remaja pecah gegendang telinga, patah hidung akibat mercun bola Advertisement Dunia Konflik Asia Barat: Israel tidak seret AS ke dalam perang dengan Iran – Netanyahu Astro AWANI 20/03/2026 | 06:20 MYT Netanyahu turut memberi bayangan bahawa operasi darat mungkin diperlukan pada masa depan, meskipun Presiden Trump dilaporkan kurang bersetuju dengan pilihan tersebut. – Gambar Reuters JERUSALEM: Perdana Menteri Benjamin Netanyahu mendakwa, Israel tidak pernah menyeret Amerika Syarikat (AS) ke dalam peperangan dengan Iran, sambil menolak dakwaan yang tular dalam laporan media antarabangsa sejak beberapa hari lalu.Dalam sidang media di sini, Netanyahu menegaskan bahawa Presiden AS, Donald Trump membuat keputusan ketenteraannya secara bebas tanpa tekanan Israel.Advertisement Menurut Netanyahu, adalah mustahil bagi mana-mana pihak, termasuk Israel, untuk memaksa Presiden Trump mengambil tindakan yang bercanggah dengan kepentingan negaranya.“Adakah sesiapa benar-benar fikir mereka boleh memberitahu Presiden Trump apa yang perlu dilakukan?” katanya, sambil menekankan hubungan rapat tetapi bebas pengaruh antara kedua-dua pemimpin.Beliau menambah, walaupun operasi ketenteraan Israel-AS dilakukan secara koordinasi, setiap langkah strategik tetap berada di bawah keputusan penuh Presiden AS. Dalam sidang media itu, Netanyahu turut mendakwa, operasi ketenteraan gabungan kedua-dua negara selama hampir tiga minggu telah melumpuhkan kemampuan nuklear dan peluru berpandu Iran, termasuk keupayaan memperkaya uranium dan membina peluru berpandu balistik.Beliau menegaskan, tujuan utama kempen itu bukan sahaja untuk menghapuskan ancaman Iran terhadap Israel, tetapi juga bagi memastikan kestabilan serantau serta keselamatan global.Dalam taklimat sama, Netanyahu menggariskan tiga objektif utama Israel dalam konflik tersebut iaitu menghapuskan ancaman nuklear Iran, menghapuskan ancaman peluru berpandu balistik dan membuka ruang kepada rakyat Iran menentukan masa depan mereka sendiri.Netanyahu turut memberi bayangan bahawa operasi darat mungkin diperlukan pada masa depan, meskipun Presiden Trump dilaporkan kurang bersetuju dengan pilihan tersebut.Ketegangan AS–Iran memuncak sejak berlakunya siri serangan balas pada awal minggu lalu. Trump sebelum ini menyatakan bahawa AS tidak mengetahui mengenai serangan Israel ke atas fasiliti berkaitan Iran, namun Netanyahu menegaskan, tindakan itu adalah keputusan Israel sendiri. – Agensi Topic Berkaitan #konflik Asia Barat #israel #Amerika Syarikat #Benjamin Netanyahu #Donald Trump Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Artikel Penuh Berita Terkini Dunia "Saya masih hidup…" – Benjamin Netanyahu jawab spekulasi kematian 12 minutes ago Dunia FIFA jangka pendapatan AS$14 bilion bagi kitaran 2027–2030 42 minutes ago Dunia Konflik Asia Barat: Presiden Iran beri amaran, pencerobohan AS terhadap Iran bakal runtuhkan sistem perundangan dunia 58 minutes ago Malaysia Remaja pecah gegendang telinga, patah hidung akibat mercun bola 1 hour ago Bisnes Anak syarikat Eonmetall cadang jual tanah di Klang berharga RM273.28 juta 1 hour ago Malaysia Menteri Kabinet seru perpaduan, kesederhanaan sempena Aidilfitri 1 hour ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda Close LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got! Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE! Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers
Konflik Asia Barat: Israel tidak seret AS ke dalam perang dengan Iran – Netanyahu
