Konflik Asia Barat: Trump ugut akan serang loji janakuasa Iran jika Selat Hormuz tidak dibuka dalam 48 jam

Konflik Asia Barat: Trump ugut akan serang loji janakuasa Iran jika Selat Hormuz tidak dibuka dalam 48 jam | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in [Terkini] Umat Islam di Malaysia sambut Aidilfitri Sabtu Malaysia Amaran cuaca panas tahap dua di Padang Terap, Kedah Dunia 64 terbunuh termasuk 13 kanak-kanak dalam serangan ke atas hospital di Sudan Malaysia Jenazah tiga beranak kemalangan di Tioman selamat dikebumikan di Muar Advertisement Dunia Konflik Asia Barat: Trump ugut akan serang loji janakuasa Iran jika Selat Hormuz tidak dibuka dalam 48 jam Astro AWANI 22/03/2026 | 07:45 MYT Selat Hormuz merupakan laluan penting untuk eksport minyak global, dengan kira-kira 20 peratus petroleum dunia melalui laluan sempit antara Iran dan Oman itu. WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, mengeluarkan ugutan terbaharu terhadap Iran, memberi amaran bahawa AS akan menyerang dan “menghapuskan” loji-loji janakuasa utama negara itu sekiranya Selat Hormuz tidak dibuka sepenuhnya dalam tempoh 48 jam.Ancaman itu dibuat melalui platform media sosial beliau, Truth Social, pada Sabtu.Advertisement “Jika Iran tidak MEMBUKA SEPENUHNYA, TANPA ANCAMAN, Selat Hormuz dalam 48 JAM dari waktu ini, Amerika Syarikat akan menyerang dan memusnahkan pelbagai LOJI JANAKUASA mereka, BERMULA DENGAN YANG PALING BESAR!” katanya.Ancaman itu sekali lagi meningkatkan ketegangan dalam konflik AS–Israel–Iran yang kini memasuki minggu ketiga dengan serangan saling balas di seluruh rantau Asia Barat.Selat Hormuz merupakan laluan penting untuk eksport minyak global, dengan kira-kira 20 peratus petroleum dunia melalui laluan sempit antara Iran dan Oman itu.Sejak bermulanya serangan AS-Israel pada 28 Februari, Iran telah mengurangkan atau menyekat laluan kapal-kapal tertentu, menyebabkan harga minyak global melonjak serta menjejaskan rantaian bekalan tenaga antarabangsa.Washington menuduh Tehran menggunakan selat itu sebagai alat tekanan geopolitik, manakala Iran pula mendakwa ia bertindak balas terhadap serangan ketenteraan terhadap wilayah dan infrastrukturnya.Trump sebelum ini pernah memberi amaran bahawa AS akan menyerang 20 kali lebih kuat terhadap Iran sekiranya negara itu menghalang aliran minyak melalui Selat Hormuz.Beliau juga menyatakan AS sudah “menghapuskan” sasaran tentera tertentu milik Iran sebagai amaran awal, namun mengelakkan serangan ke atas infrastruktur tenaga.Namun ancaman terbaru ini, untuk menyerang loji janakuasa awam, menandakan satu peningkatan besar dalam retorik ketenteraan presiden AS itu.Mengikut laporan sebelum ini, kepimpinan Iran berulang kali menegaskan bahawa negara itu tidak akan tunduk kepada tekanan ketenteraan AS, walaupun selat itu kekal sebagai titik strategik utama.Iran juga menegaskan bahawa sekatan terhadap Selat Hormuz adalah “hak pertahanan sah” sebagai tindak balas terhadap serangan AS dan Israel.Setakat ini, Iran belum mengeluarkan respon rasmi terhadap ancaman terbaru Trump itu.Ancaman Trump hadir ketika konflik serantau semakin tidak menentu.Serangan peluru berpandu dan dron Iran telah mengenai Israel dan pangkalan tentera AS di rantau Teluk, manakala AS serta Israel terus menyasarkan sasaran strategik Iran, termasuk kemudahan minyak dan ketenteraan.Penganalisis antarabangsa memberi amaran bahawa tindakan menyasarkan loji janakuasa Iran boleh mencetuskan krisis kemanusiaan berskala besar, selain mendorong Iran bertindak balas terhadap infrastruktur tenaga negara-negara Teluk dan sekutu Barat lain.  Topic Berkaitan #konflik Asia Barat #selat hormuz #Donald Trump #loji janakuasa Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Artikel Penuh Berita Terkini Malaysia Amaran cuaca panas tahap dua di Padang Terap, Kedah 20 minutes ago Dunia 64 terbunuh termasuk 13 kanak-kanak dalam serangan ke atas hospital di Sudan 34 minutes ago Malaysia Jenazah tiga beranak kemalangan di Tioman selamat dikebumikan di Muar 50 minutes ago Dunia IDF dakwa peluru berpandu Iran berupaya menjangkau London, Paris dan Berlin 1 hour ago Dunia Konflik Asia Barat: Trump ugut akan serang loji janakuasa Iran jika Selat Hormuz tidak dibuka dalam 48 jam 1 hour ago Dunia Konflik Asia Barat: Angka kematian di Iran melebihi 1,500 orang 1 hour ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda Close LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got! Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE! Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *