Lebih 350,000 permohonan Tahun 1 usia enam tahun direkodkan – Wong

Lebih 350,000 permohonan Tahun 1 usia enam tahun direkodkan – Wong | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in Dunia Sekatan berterusan di utara Pakistan susulan protes anti-AS yang ragut nyawa Malaysia PAC gesa FELCRA nilai semula sasaran bank tanah 30,000 hektar Malaysia SPRM tahan anggota trafik disyaki minta, terima rasuah RM30,000 Advertisement Malaysia Lebih 350,000 permohonan Tahun 1 usia enam tahun direkodkan – Wong Bernama 03/03/2026 | 18:45 MYT Timbalan Menteri Pendidikan Wong Kah Woh ketika sesi menggulung perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Majlis Parlimen kelima Belas Dewan Negara di Parlimen Malaysia hari ini. – Foto BERNAMA KUALA LUMPUR: Permohonan kemasukan tahun satu pada usia enam tahun menerima sambutan positif daripada ibu bapa, kata Timbalan Menteri Pendidikan Wong Kah Woh.Wong berkata berdasarkan data setakat semalam, sebanyak 351,789 permohonan bagi sesi 2027 direkodkan, termasuk 51,457 kanak-kanak berumur lima tahun (5+).Advertisement “Hal ini menggambarkan keyakinan ibu bapa terhadap kesediaan anak-anak serta keluasan sistem yang diperkenalkan,” katanya ketika menggulung perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja bagi Kementerian Pendidikan (KPM) di Dewan Negara hari ini.Sehubungan dengan itu, bagi menyokong pelaksanaan kemasukan berkenaan, beliau berkata kerajaan akan mempertingkatkan akses pendidikan prasekolah melalui perluasan kemudahan di sekolah rendah, sekolah menengah, kolej vokasional, kolej matrikulasi serta Institut Pendidikan Guru (IPG).”Pada masa ini, terdapat 10,514 kelas prasekolah di 6,469 institusi dan kerajaan merancang menambah 150 kelas baharu pada 2025 serta 350 lagi pada 2026, menjadikan kapasiti keseluruhan prasekolah kerajaan sebanyak 256,894 tempat dengan enrolmen semasa 217,041 murid,” katanya.Sementara itu, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Lim Hui Ying ketika penggulungan bagi kementeriannya berkata sebanyak 10,651 peserta mendapat manfaat daripada 70 program pemerkasaan ekonomi wanita yang dilaksanakan sejak Januari tahun ini.Beliau berkata pada tahun lepas, sebanyak 824 program dilaksanakan melibatkan 31,025 peserta dari seluruh negara, antaranya program utama Program Kemahiran Penjanaan Pendapatan yang bertujuan membimbing wanita untuk menguasai pengetahuan dan kemahiran dalam mengurus serta mengembangkan perniagaan.”Sejak dilaksanakan dari 2022 hingga 2025, sebanyak 1,158 peserta telah dilatih dengan purata peningkatan pendapatan bulanan antara RM1,000 hingga RM1,500,” katanya.– BERNAMA Topic Berkaitan #Tahun Satu #permohonan #usia enam tahun #Wong Kah Woh Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Artikel Penuh Berita Terkini Dunia Sekatan berterusan di utara Pakistan susulan protes anti-AS yang ragut nyawa 16 minutes ago Malaysia PAC gesa FELCRA nilai semula sasaran bank tanah 30,000 hektar 46 minutes ago Malaysia SPRM tahan anggota trafik disyaki minta, terima rasuah RM30,000 1 hour ago Dunia [KOLUMNIS] Selat Hormuz: Apabila undang-undang dunia diuji kuasa adidaya 1 hour ago Malaysia Lebih 350,000 permohonan Tahun 1 usia enam tahun direkodkan – Wong 1 hour ago Malaysia Tuntutan MA63 perlu selari semangat Persekutuan, kata Ahli Parlimen 1 hour ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got! Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE! Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *