Pematuhan rendah KKP dalam kalangan PKS kebimbangan serius – Lee | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in [TERKINI] Kuota subsidi BUDI95 diselaraskan kepada 200 liter sebulan mulai 1 April 2026 Malaysia Kanak-kanak perempuan maut disyaki didera, jiran kerap dengar tangisan dari rumah mangsa Malaysia Pematuhan rendah KKP dalam kalangan PKS kebimbangan serius – Lee Dunia Tunjuk perasaan pro-Palestin tarik penyertaan ramai di seluruh Eropah Advertisement Malaysia Pematuhan rendah KKP dalam kalangan PKS kebimbangan serius – Lee Bernama 29/03/2026 | 11:00 MYT Lee menyeru supaya kesedaran dan pendidikan diperkukuh kerana kemungkinan PKS tidak memahami sepenuhnya kewajipan KKP mereka. – Foto fail/BERNAMA KUALA LUMPUR: Pematuhan yang rendah terhadap piawaian keselamatan dan kesihatan pekerjaan (KKP) dalam kalangan industri, terutamanya perusahaan kecil dan sederhana (PKS) terus menjadi kebimbangan serius dan memerlukan tindakan segera, kata Pengerusi Pertubuhan Ikatan Komuniti Selamat Tan Sri Lee Lam Thye. Lee berkata keselamatan tempat kerja tidak boleh dianggap sebagai pilihan kerana setiap pekerja mempunyai hak untuk pulang ke rumah dengan selamat dan pematuhan KKP yang rendah mendedahkan pekerja kepada kemalangan dan kematian yang boleh dicegah selain menjejaskan prestasi perniagaan.Advertisement “Setiap pekerja mempunyai hak asasi untuk pulang ke rumah dengan selamat pada penghujung hari dan majikan mempunyai tanggungjawab undang-undang dan moral untuk memastikan persekitaran kerja yang selamat.“Amalan keselamatan yang lemah juga mengakibatkan kerugian produktiviti, tuntutan pampasan, kerosakan reputasi dan peningkatan kos penjagaan kesihatan. Dalam jangka masa panjang, mengabaikan keselamatan jauh lebih mahal daripada melabur dalam pencegahan,” katanya dalam kenyataan hari ini. Lee berkata walaupun PKS sering menghadapi kekangan seperti sumber kewangan terhad, kekurangan kepakaran teknikal dan kurang kesedaran mengenai keperluan KKP, ia tidak boleh menjejaskan keselamatan kerana mesti disepadukan ke dalam operasi perniagaan tanpa mengira saiz syarikat.Sehubungan dengan itu, beliau menyeru supaya kesedaran dan pendidikan diperkukuh kerana kemungkinan PKS tidak memahami sepenuhnya kewajipan KKP mereka. “Agensi kerajaan, persatuan industri dan dewan perniagaan harus memperhebat program jangkauan, menyediakan garis panduan yang dipermudah dan menawarkan latihan praktikal yang disesuaikan khusus untuk PKS,” katanya.Lee juga mencadangkan insentif untuk menggalakkan pematuhan termasuk mengurangkan duti import dan cukai ke atas kelengkapan perlindungan diri (PPE) dan peranti keselamatan lain supaya lebih mampu milik kepada majikan, terutamanya PKS untuk melabur dalam peralatan keselamatan sewajarnya.“Insentif tambahan boleh merangkumi potongan cukai untuk pelaburan KKP, geran untuk naik taraf keselamatan dan skim pengiktirafan bagi syarikat yang mempunyai rekod keselamatan cemerlang,” katanya.Lee berkata penguatkuasaan mesti diperkukuh melalui pemeriksaan berkala, audit berasaskan risiko dan penalti lebih ketat bagi ketidakpatuhan berulang di samping menumpukan bukan hanya kepada hukuman tetapi juga tindakan yang memerlukan majikan membetulkan bahaya dalam tempoh ditetapkan.Beliau juga mengetengahkan peranan teknologi termasuk alat pelaporan digital dan platform penilaian kendiri untuk membantu PKS mengurus pematuhan dengan lebih berkesan.“Memperbaik pematuhan KKP bukan sekadar memenuhi peraturan, tetapi melindungi nyawa, menjaga mata pencarian dan membina perniagaan yang bertanggungjawab. Keselamatan bukan kos sebaliknya pelaburan dalam sumber manusia, produktiviti dan masa depan negara,” katanya. — BERNAMA Topic Berkaitan #KKP #PKS #Lee Lam Thye #audit Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Artikel Penuh Berita Terkini Malaysia Kanak-kanak perempuan maut disyaki didera, jiran kerap dengar tangisan dari rumah mangsa 3 minutes ago Malaysia Pematuhan rendah KKP dalam kalangan PKS kebimbangan serius – Lee 13 minutes ago Dunia Tunjuk perasaan pro-Palestin tarik penyertaan ramai di seluruh Eropah 28 minutes ago Dunia Konflik Asia Barat: 20 lagi kapal Pakistan dibenar lalu Selat Hormuz 43 minutes ago Dunia IRGC Iran sifatkan serangan dron dekat kediaman Masoud Barzani sebagai tindakan keganasan 58 minutes ago Dunia Semut dijual hingga AS$220 seekor, pemerdagangan hidupan liar baharu muncul di Kenya 1 hour ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got! Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE! Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers
Pematuhan rendah KKP dalam kalangan PKS kebimbangan serius – Lee
