PM Anwar gesa rakyat berjimat, waspada kesan ketidaktentuan ekonomi global

PM Anwar gesa rakyat berjimat, waspada kesan ketidaktentuan ekonomi global | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in Malaysia Konflik Asia Barat: 649 Rakyat Malaysia masih terkandas – Wisma Putra Dunia Gelombang baharu letupan kedengaran di Tehran, ibu negara Iran Dunia Israel terus tutup kompleks Masjid Al-Aqsa lapan hari berturut-turut Advertisement Malaysia PM Anwar gesa rakyat berjimat, waspada kesan ketidaktentuan ekonomi global Bernama 07/03/2026 | 19:21 MYT Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim beramah mesra dengan para jemaah pada Majlis Perasmian Masjid Mengkuang Titi dan Sambutan Nuzul Al-Quran 1447H hari ini. – Foto BERNAMA BUKIT MERTAJAM: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menasihati rakyat supaya merancang perbelanjaan dan mengamalkan sikap berjimat cermat sebagai langkah persediaan menghadapi kemungkinan ketidaktentuan ekonomi global.Beliau berkata walaupun keadaan ekonomi negara buat masa ini masih terkawal, perkembangan geopolitik antarabangsa, khususnya konflik di Asia Barat berpotensi menjejaskan rantaian bekalan dunia, sekali gus memberikan tekanan pada harga barang.Advertisement “Saya sengaja membangkitkan soal antarabangsa ini kerana tidak mahu kita alpa. Walaupun kita berasa selesa, gambaran dunia ketika ini sedang ‘kacau bilau’ dengan puluhan negara terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam kancah peperangan,” kata beliau dalam ucapan ketika merasmikan Masjid Mengkuang Titi di sini, hari ini.Anwar berkata harga minyak dunia kini melonjak hingga dua kali ganda berikutan ketegangan yang berlaku akibat konflik antara Iran dengan Amerika Syarikat (AS) dan Israel.Beliau berkata sekatan terhadap kapal-kapal besar yang mengangkut minyak dan gas di Selat Hormuz akibat konflik yang berpunca daripada kezaliman rejim Israel telah menyebabkan lebih 200 kapal terkandas.Situasi tersebut, kata beliau, mengakibatkan kos logistik meningkat tinggi, sekali gus memberikan kesan kepada harga barangan keperluan lain termasuk makanan dan baja.Anwar berkata kos makanan dan baja yang dibawa dari Ukraine, Rusia, dan Eropah semuanya melambung tinggi dan kerajaan sedang berusaha mencari jalan untuk menangani situasi ini.”Namun, saya bertanggungjawab untuk memberikan peringatan awal agar kita cermat, belajar, jimat, dan menyimpan. Kita (kerajaan) mahu pertahankan harga subsidi (barangan keperluan), tetapi kita tidak tahu berapa lama ia boleh bertahan kerana harga minyak dunia yang melambung.”Dalam bulan puasa dan menjelang raya nanti, jangan boros. Kita tidak tahu berapa lama keadaan ekonomi ini boleh bertahan. Pandai-pandailah mengurus ekonomi kerana jika kegawatan yang lebih serius berlaku, ia tidak mudah untuk diselesaikan,” kata beliau.Perasmian masjid itu, yang diadakan bersempena dengan Sambutan Majlis Nuzul al-Quran, turut dihadiri oleh Timbalan Ketua Menteri I Datuk Dr Mohamad Abdul Hamid dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hasan.– BERNAMA Topic Berkaitan #jimat #ketidaktentuan ekonomi global #anwar ibrahim #konflik Asia Barat Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Artikel Penuh Berita Terkini Malaysia Konflik Asia Barat: 649 Rakyat Malaysia masih terkandas – Wisma Putra 10 minutes ago Dunia Gelombang baharu letupan kedengaran di Tehran, ibu negara Iran 15 minutes ago Dunia Israel terus tutup kompleks Masjid Al-Aqsa lapan hari berturut-turut 25 minutes ago Malaysia "The Pocket Rocketman" rangkul emas keirin pada piala dunia di Australia 55 minutes ago Malaysia Warga emas terperangkap dua hari dalam perigi sebelum diselamatkan 1 hour ago Malaysia MCMC teliti pelbagai kaedah pengesahan umur had 16 tahun untuk media sosial – Teo 1 hour ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda Close LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got! Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE! Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *