Sabah dijangka alami cuaca lembap lima hari, NRES perhebat pemantauan – Arthur | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in Malaysia Parlimen: 37 mahasiswa meninggal dunia dalam lima tahun Malaysia Parlimen: 2,889 kes buli direkod tahun lalu, 2024 catat angka tertinggi Malaysia Parlimen: Waktu PdP Matematik sekolah rendah ditambah kepada 608 jam Advertisement Malaysia Sabah dijangka alami cuaca lembap lima hari, NRES perhebat pemantauan – Arthur Bernama 25/02/2026 | 22:01 MYT Rakyat Sabah diminta supaya sentiasa berwaspada terhadap perubahan cuaca mengejut terutama pada waktu petang serta malam dan mendapatkan maklumat terkini berhubung perkara itu menerusi saluran rasmi. – Gambar fail KOTA KINABALU: Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) memantau secara rapi situasi di Sabah yang dijangka terus mengalami corak cuaca lembap dalam tempoh lima hari akan datang.Menterinya Datuk Seri Arthur Joseph Kurup berkata berdasarkan analisis model cuaca terkini oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), Sabah dijangka menerima pengaruh angin timuran dan baratan yang lemah sepanjang tempoh berkenaan.Advertisement “Keadaan ini meningkatkan kelembapan atmosfera dan berpotensi menyebabkan hujan serta ribut petir di beberapa tempat di Sabah,” katanya dalam kenyataan hari ini.Di Pantai Barat, Arthur berkata hujan dijangka berlaku di perairan Sabah pada sebelah pagi manakala pada sebelah petang hingga malam hujan dan ribut petir berpotensi berlaku di beberapa tempat.Beliau berkata di pedalaman pula, hujan dijangka berlaku pada sebelah pagi di awal dan akhir tempoh ramalan, manakala hujan serta ribut petir pada sebelah petang dan malam.Beberapa tempat di Sandakan, Tawau dan Kudat juga dijangka mengalami hujan pada waktu pagi, diikuti hujan serta ribut petir pada sebelah petang dan malam sepanjang tempoh ramalan.”Sebagai menteri yang bertanggungjawab, saya telah mengarahkan MetMalaysia memastikan penyaluran maklumat dan amaran cuaca ini dilakukan secara agresif dan tepat pada waktunya.”Saya mahu rakyat Sabah mendapat akses kepada data ramalan yang sahih dan terkini supaya sebarang risiko bencana akibat cuaca lembap ini dapat diuruskan dengan lebih berkesan di peringkat komuniti,” katanya.Beliau meminta seluruh rakyat Sabah supaya sentiasa berwaspada terhadap perubahan cuaca mengejut terutama pada waktu petang serta malam dan mendapatkan maklumat terkini berhubung perkara itu menerusi saluran rasmi seperti aplikasi myCuaca, portal www.met.gov.my atau media sosial MetMalaysia untuk memastikan keselamatan diri dan keluarga.– BERNAMA Topic Berkaitan #sabah #MetMalaysia #cuaca #suhu lembap #Hujan #ribut petir Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Artikel Penuh Berita Terkini Malaysia Parlimen: 37 mahasiswa meninggal dunia dalam lima tahun 2 minutes ago Malaysia Parlimen: 2,889 kes buli direkod tahun lalu, 2024 catat angka tertinggi 4 minutes ago Malaysia Parlimen: Waktu PdP Matematik sekolah rendah ditambah kepada 608 jam 6 minutes ago Malaysia Malaysia perlu tangani cabaran struktur untuk keluar daripada pendapatan pertengahan 25 minutes ago Malaysia Sabah dijangka alami cuaca lembap lima hari, NRES perhebat pemantauan – Arthur 1 hour ago Malaysia Jabatan Kesihatan Kelantan ambil sampel makanan di bazar Ramadan mulai esok 1 hour ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda Close LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got! Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE! Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers
Sabah dijangka alami cuaca lembap lima hari, NRES perhebat pemantauan – Arthur
