Ketua Hakim Negara dahului 1,026 penerima darjah kebesaran, bintang dan pingat negeri Sabah | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in [TERKINI] Kuota subsidi BUDI95 diselaraskan kepada 200 liter sebulan mulai 1 April 2026 Malaysia Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Dunia Iran dakwa 281 pelajar, guru terbunuh dalam serangan AS-Israel Malaysia Ketua Hakim Negara dahului 1,026 penerima darjah kebesaran, bintang dan pingat negeri Sabah Advertisement Malaysia Ketua Hakim Negara dahului 1,026 penerima darjah kebesaran, bintang dan pingat negeri Sabah Bernama 29/03/2026 | 23:07 MYT 1,026 individu tersenarai sebagai penerima darjah kebesaran, bintang dan pingat sempena Sambutan Ulang Tahun Kelahiran Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Musa Aman. – Bernama KOTA KINABALU: Ketua Hakim Negara Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh akan mendahului senarai 1,026 penerima darjah kebesaran, bintang dan pingat sempena Sambutan Ulang Tahun Kelahiran Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Musa Aman.Wan Ahmad Farid menerima darjah kebesaran tertinggi Sabah, iaitu Seri Panglima Darjah Kinabalu (SPDK) yang membawa gelaran Datuk Seri Panglima.Advertisement Turut menerima SPDK ialah Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohd Khalid Ismail dan ahli perniagaan Datuk Abdul Farish Abd Rashid.Sementara itu, seramai 79 orang menerima pingat Panglima Gemilang Darjah Kinabalu (PGDK) yang membawa gelaran Datuk termasuk Panglima Armada Timur Tentera Laut Diraja Malaysia Laksamana Madya Datuk Khir Junaidi Idris dan Panglima 5 Divisyen Tentera Darat Brigidier Jeneral Datuk Shamshor Jaafar. Selain itu, Setiausaha Polis Malaysia DCP Datuk Abdul Rahman Kassim, Setiausaha Sulit Kepada Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri Sabah Izharudin Jalaludin, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah Awang Juri Awang Tahir dan Pengerusi Sabah Electricity Sdn Bhd Saadiah Aziz.Ahli akademik yang menerima PGDK termasuk Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) Universiti Malaysia Sabah (UMS) Profesor Dr Rossita Shapawi dan Pensyarah Kanan Sains Sosial UMS Profesor Madya Dr Lee Kuok Tiung.Turut menerima PGDK ialah Ahli Parlimen Kinabatangan Mohd Kurniawan Naim Moktar, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Manila Hazem Mubarak Musa, bekas ADUN Labuk Abdul Rahman Kongkawang, Ketua Cabang PKR Beaufort Dikin Musah, Pemangku Ketua Pemuda Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Azrul Ibrahim dan Ketua Pemuda Gagasan Rakyat Sulaman Mohammad Ghazali Hajiji.Pingat Ahli Setia Darjah Kinabalu (ASDK) pula dianugerahkan kepada 117 penerima manakala seramai 192 orang menerima Ahli Darjah Kinabalu (ADK).Penerima pingat Bintang Setia Kinabalu (BSK) pula berjumlah 260 orang diikuti 249 penerima Bintang Kinabalu (BK), 113 penerima Sijil Kehormat (SK) dan 13 orang menerima Jaksa Pendamai (JP).– BERNAMA Topic Berkaitan #sabah #pingat #darjah kebesaran #ulang tahun kelahiran #Yang Dipertua Negeri #Tun Musa Aman Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Artikel Penuh Berita Terkini Malaysia Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini 13 minutes ago Dunia Iran dakwa 281 pelajar, guru terbunuh dalam serangan AS-Israel 35 minutes ago Malaysia Ketua Hakim Negara dahului 1,026 penerima darjah kebesaran, bintang dan pingat negeri Sabah 1 hour ago Dunia Iran dakwa AS cuba capai matlamat perang menerusi pelan 15 perkara 1 hour ago Malaysia Penunggang motosikal maut dilanggar pemandu mabuk 1 hour ago Dunia Serangan AS-Israel mengenai bangunan menempatkan pejabat TV Al Araby di Tehran 2 hours ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got! Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE! Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers
Ketua Hakim Negara dahului 1,026 penerima darjah kebesaran, bintang dan pingat negeri Sabah
