Israel gugur lebih 1,200 amunisi dalam 24 jam, sekolah perempuan di Minab antara sasaran

Israel gugur lebih 1,200 amunisi dalam 24 jam, sekolah perempuan di Minab antara sasaran | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in Dunia Thailand, Kemboja nyatakan kebimbangan terhadap situasi di Asia Barat Dunia Israel lancar serangan udara besar-besaran ke atas Tehran Dunia Rubio batalkan lawatan ke Israel yang dijadualkan pada Isnin Advertisement Dunia Israel gugur lebih 1,200 amunisi dalam 24 jam, sekolah perempuan di Minab antara sasaran Astro AWANI 01/03/2026 | 16:01 MYT Situasi kemanusiaan di wilayah selatan Iran kini dilaporkan semakin meruncing dengan pasukan penyelamat masih bertungkus-lumus mencari mangsa di bawah runtuhan sekolah yang musnah sepenuhnya. -Foto Reuters TEL AVIV: Tentera Udara Israel mengesahkan lebih 1,200 peluru berpandu dan bom telah digugurkan ke atas pelbagai sasaran di Iran dalam tempoh 24 jam lalu dalam operasi ketenteraan bersama Amerika Syarikat (AS).Antara lokasi paling terjejas ialah sebuah sekolah rendah perempuan di bandar Minab, wilayah Hormozgan, yang mengakibatkan lebih 100 kematian, manakala puluhan lagi cedera parah.Advertisement Menteri Luar Iran Abbas Araghchi dalam satu kenyataan mengecam tindakan tersebut dan menyifatkannya sebagai pembunuhan kejam terhadap ratusan kanak-kanak yang tidak berdosa. The destroyed building is a primary school for girls in the south of Iran. It was bombed in broad daylight, when packed with young pupils.Dozens of innocent children have been murdered at this site alone.These crimes against the Iranian People will not go unanswered. pic.twitter.com/AVqiuolgWm— Seyed Abbas Araghchi (@araghchi) February 28, 2026 Beliau menegaskan bahawa serangan ke atas institusi pendidikan tersebut merupakan satu pelanggaran undang-undang antarabangsa yang nyata dan memberi amaran bahawa tindakan itu tidak akan dibiarkan tanpa sebarang pembalasan setimpal daripada pihak Tehran.Dakwaan mengenai skala serangan yang besar ini muncul ketika kedaulatan ruang udara Iran terus dicabuli oleh jet-jet pejuang sekutu yang menyasarkan infrastruktur strategik dan pusat pemerintahan.Tentera Israel berkata operasi berskala besar itu bertujuan melumpuhkan keupayaan ketenteraan dan nuklear Iran sepenuhnya.Bagaimanapun, laporan mengenai kematian orang awam di sekolah Minab telah mencetuskan kemarahan di seluruh Republik Islam itu dan mengukuhkan tekad pemimpin negara tersebut untuk melancarkan serangan balas.Situasi kemanusiaan di wilayah selatan Iran kini dilaporkan semakin meruncing dengan pasukan penyelamat masih bertungkus-lumus mencari mangsa di bawah runtuhan sekolah yang musnah sepenuhnya. Topic Berkaitan #israel #Iran #minab #Serangan Udara #Abbas Araghchi #konflik Timur Tengah #AS-Israel #sekolah dibom Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Artikel Penuh Berita Terkini Dunia Thailand, Kemboja nyatakan kebimbangan terhadap situasi di Asia Barat 3 minutes ago Dunia Israel lancar serangan udara besar-besaran ke atas Tehran 7 minutes ago Dunia Rubio batalkan lawatan ke Israel yang dijadualkan pada Isnin 8 minutes ago Malaysia [KOLUMNIS] Konspirasi, persepsi dan kedaulatan undang-undang 12 minutes ago Sukan Izzat Shameer tidak anggap tempat ke Glasgow 2026 sudah terjamin 20 minutes ago Malaysia Penduduk New York protes serangan ketenteraan AS ke atas Iran 28 minutes ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda Close LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got! Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE! Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *