Pijak al-Quran: Pelajar terlibat didakwa esok, penelitian bukti mencukupi – AGC | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in Malaysia Pijak al-Quran: Pelajar terlibat didakwa esok, penelitian bukti mencukupi – AGC Malaysia Portal MyTax alami gangguan teknikal Dunia Iran tidak akan berunding dengan AS – Pegawai tinggi Iran Advertisement Malaysia Pijak al-Quran: Pelajar terlibat didakwa esok, penelitian bukti mencukupi – AGC Astro AWANI 02/03/2026 | 18:16 MYT Jabatan Peguam Negara berkata tertuduh akan didakwa mengikut Seksyen 295 Kanun Keseksaan [Akta 574] atas kesalahan mencemarkan objek yang dianggap suci oleh penganut agama Islam, iaitu al-Quran. -Gambar fail/Bernama KUALA LUMPUR: Vikneswaran a/l Selvanathan yang sebelum ini disiasat kerana tindakan memijak al-Quran akan berdepan dua pertuduhan di mahkamah, pada Selasa.Menurut Jabatan Peguam Negara, tertuduh akan didakwa mengikut Seksyen 295 Kanun Keseksaan [Akta 574] atas kesalahan mencemarkan objek yang dianggap suci oleh penganut agama Islam, iaitu al-Quran.Advertisement Jelas jabatan itu, tertuduh mencemarkan kesucian al-Quran dengan perbuatan memijaknya walaupun mengetahui tindakan itu merupakan satu penghinaan terhadap agama Islam.Lelaki berkenaan turut akan didakwa di bawah Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [Akta 588] kerana menghasilkan dan memulakan penghantaran komunikasi yang bersifat amat jelik melalui aplikasi Threads dengan niat untuk menyakiti hati pihak lain.“Kedua-dua pertuduhan itu akan dikemukakan di Mahkamah yang mempunyai bidang kuasa pada 3 Mac 2026,” menurut kenyataan yang dikeluarkan Jabatan Peguam Negara, pada Isnin.Jabatan Peguam Negara memaklumkan keputusan untuk meneruskan pendakwaan dibuat selepas meneliti kertas siasatan yang dikemukakan Polis Diraja Malaysia berhubung insiden yang berlaku di Kuantan, Pahang.Menurutnya lagi, hasil penelitian menyeluruh mendapati terdapat bukti yang mencukupi bagi membolehkan pertuduhan difailkan terhadap individu terbabit. Topic Berkaitan #pijak al-Quran #isu 3R #JABATAN PEGUAM NEGARA #Vikneswaran a/l Selvanathan Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Artikel Penuh Berita Terkini Malaysia Pijak al-Quran: Pelajar terlibat didakwa esok, penelitian bukti mencukupi – AGC few seconds ago Malaysia Portal MyTax alami gangguan teknikal 16 minutes ago Dunia Iran tidak akan berunding dengan AS – Pegawai tinggi Iran 25 minutes ago Malaysia Malaysia atur bantuan untuk jemaah terkandas di Arab Saudi 31 minutes ago Dunia Duta Iran gesa negara Islam bersatu hadapi ancaman Israel 46 minutes ago Malaysia Bapa didakwa rogol, liwat anak perempuan 46 minutes ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda CloseAdvertisement: No Ad Tag found LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got! Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE! Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers
Pijak al-Quran: Pelajar terlibat didakwa esok, penelitian bukti mencukupi – AGC
