15 Julai ditetapkan pendengaran permohonan kebenaran merayu keluarga Altantuya | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in Dunia Pintu sempadan Rafah dibuka semula selepas berminggu ditutup Malaysia Jenayah indeks di Melaka catat peningkatan 2.9 peratus Malaysia Anwar ucap tahniah kepada Anutin selepas menang undian Parlimen Advertisement Malaysia 15 Julai ditetapkan pendengaran permohonan kebenaran merayu keluarga Altantuya Bernama 19/03/2026 | 18:45 MYT Keluarga Altantuya memfailkan permohonan itu pada 19 Feb lepas bagi mendapatkan kebenaran merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan mengurangkan jumlah ganti rugi diberikan kepada keluarga itu. – Gambar fail/Bernama PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan menetapkan 15 Julai depan untuk mendengar permohonan difailkan oleh keluarga warga Mongolia, mendiang Altantuya Shaaribuu, bagi mendapatkan kebenaran merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan dalam saman sivil berhubung kematian model itu pada 2006.Tarikh pendengaran itu ditetapkan susulan pengurusan kes yang diadakan di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Persekutuan, Wan Norazimin Kassim hari ini.Advertisement Peguam Abraham Au yang mewakili penganalisis politik Abdul Razak Baginda mengesahkan tarikh pendengaran tersebut ketika dihubungi Bernama.Keluarga Altantuya memfailkan permohonan itu pada 19 Feb lepas bagi mendapatkan kebenaran merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan mengurangkan jumlah ganti rugi diberikan kepada keluarga itu daripada RM5 juta kepada RM1.4 juta dalam saman sivil difailkan terhadap Abdul Razak, dua anggota polis serta kerajaan.Pada 20 Jan lepas, Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan kerajaan dan memutuskan bahawa kerajaan tidak bertanggungjawab secara vikarius (liabiliti ganti rugi) terhadap tindakan bekas anggota polis Sirul Azhar Umar dan Azilah Hadri.Keluarga Altantuya telah memfailkan saman berjumlah RM100 juta pada 2007, dengan mendakwa bahawa kematiannya menyebabkan mereka mengalami trauma mental dan psikologi.Pada 2022, Mahkamah Tinggi Shah Alam membenarkan saman difailkan keluarga Altantuya, dan mengarahkan Azilah, Sirul Azhar, Abdul Razak serta kerajaan membayar ganti rugi sebanyak RM5 juta secara bersama.Azilah dan Sirul Azhar disabitkan kesalahan pada 2009 kerana membunuh Altantuya di Shah Alam antara 19 hingga 20 Okt 2006.Mahkamah Persekutuan pada 2015 mengekalkan sabitan dan hukuman mati terhadap mereka selepas mengetepikan keputusan pembebasan oleh Mahkamah Rayuan sebelum itu.Pada Oktober 2023, Mahkamah Persekutuan membenarkan permohonan semakan Azilah dan menukar hukuman mati kepada penjara 40 tahun.Dalam satu kenyataan dikeluarkan pada 24 Feb, peguam keluarga berkenaan, Sangeet Kaur Deo berkata mereka memohon Mahkamah Persekutuan mempertimbangkan beberapa persoalan undang-undang yang timbul daripada prosiding sivil tersebut, termasuk berkaitan skop liabiliti vikarius kerajaan.– BERNAMA Topic Berkaitan #altantuya #kebenaran merayu #Mahkamah Persekutuan #saman #pendengaran Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Artikel Penuh Berita Terkini Dunia Pintu sempadan Rafah dibuka semula selepas berminggu ditutup 3 minutes ago Malaysia Jenayah indeks di Melaka catat peningkatan 2.9 peratus 10 minutes ago Malaysia Anwar ucap tahniah kepada Anutin selepas menang undian Parlimen 12 minutes ago Dunia PBB: Lebih satu juta penduduk Lubnan hilang tempat tinggal susulan serangan Israel 20 minutes ago Malaysia 15 Julai ditetapkan pendengaran permohonan kebenaran merayu keluarga Altantuya 25 minutes ago Malaysia MAHB catat 8.9 juta pergerakan penumpang pada Februari 2026 40 minutes ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda Close LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got! Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE! Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers
15 Julai ditetapkan pendengaran permohonan kebenaran merayu keluarga Altantuya
