Adik anggota bomba ditemukan lemas selepas hilang lebih 37 jam | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in Dunia Tular: Bojan Hodak tahan penyokong Persib Bandung masuk padang Dunia Pelancongan Hat Yai catat tanda pemulihan, Tahun Baharu Cina tarik 50,000 pelawat Malaysia MM2H bukti Malaysia terbuka kepada dunia, tadbir urus lebih kukuh – Tiong King Sing Advertisement Malaysia Adik anggota bomba ditemukan lemas selepas hilang lebih 37 jam Sinar Harian 19/02/2026 | 12:31 MYT Mayat Ahmad Nuruddin ditemukan pada jarak 3.7km dari lokasi dia dilapor hilang pada Selasa lalu. – Foto JBPM BACHOK: Adik kepada anggota bomba yang hilang lebih 37 jam semasa mandi di Pantai Kandis di sini, ditemukan lemas pada Khamis.Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bachok, Penolong Kanan Penguasa Bomba Ahmad Ridhuan Mohamad Ghazali berkata, mayat Ahmad Nuruddin Ab Wahab, 21, ditemukan pada jarak 3.7 kilometer (km) dari lokasi dia dilapor hilang pada Selasa lalu.Advertisement “Mayat mangsa ditemukan oleh orang ramai di pesisir Pantai D’Aur dekat sini pada jam 6.55 pagi selepas menerima maklumat daripada Pos Operasi Bomba (POB),” katanya.Menurut beliau, mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.Sinar Harian pada Rabu melaporkan bahawa jasad anggota bomba yang dilaporkan lemas ketika cuba menyelamatkan adiknya di Pantai Kandis di sini ditemukan pada tengah hari Rabu.Mangsa, Ahmad Badrul Naim Ab Wahab, 32, yang bertugas di Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bayan Baru, Pulau Pinang, ditemukan terdampar di pantai kira-kira jam 12.15 tengah hari pada jarak tiga kilometer dari lokasi beliau dipercayai hilang.Terdahulu, dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang Selasa, Ahmad Badrul Naim cuba menyelamatkan adiknya, Ahmad Nuruddin, 21, yang dilihat terkapai-kapai, namun kedua-duanya ditelan ombak.Anak saudara mereka, Mohd Ali Al-Imran Mohd Ezad, 12, yang terbabit dalam kejadian sama, berjaya diselamatkan bapanya, Mohd Ezad Abu Hassan, 40, yang terjun ke laut. – Sinar Harian Topic Berkaitan #kes anggota bomba lemas #Pantai Kandis #jumpa mayat #kes lemas Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Kisah Penuh Berita Terkini Politik 'Tiada bahagian Bersatu Johor terbubar' – Dr Sahruddin few seconds ago Dunia Tular: Bojan Hodak tahan penyokong Persib Bandung masuk padang 7 minutes ago Dunia Pelancongan Hat Yai catat tanda pemulihan, Tahun Baharu Cina tarik 50,000 pelawat 15 minutes ago Malaysia MM2H bukti Malaysia terbuka kepada dunia, tadbir urus lebih kukuh – Tiong King Sing 23 minutes ago Teknologi Google perkenal AI Lyria 3 dengan kawalan vokal, tempo dan gaya muzik 38 minutes ago Malaysia Daniel Ting berdepan detik cemas, penyokong Persib Bandung masuk padang, lempar objek 59 minutes ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda Close LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got! Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE! Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers
Adik anggota bomba ditemukan lemas selepas hilang lebih 37 jam
