Agama perlu terus diangkat sebagai teras pembinaan negara – Zulkifli | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in Dunia Ronaldo beli 25 peratus saham kelab Sepanyol Almeria Malaysia Agama perlu terus diangkat sebagai teras pembinaan negara – Zulkifli Malaysia MCMC perkenal Standard Mandatori pendaftaran pengguna prabayar Advertisement Malaysia Agama perlu terus diangkat sebagai teras pembinaan negara – Zulkifli Bernama 26/02/2026 | 22:58 MYT Agama perlu terus diangkat sebagai teras dalam membina negara yang bersatu dan bertamadun, khususnya ketika masyarakat berdepan pelbagai krisis serta cabaran generasi masa kini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Zulkifli Hasan. – Gambar fail PUTRAJAYA: Agama perlu terus diangkat sebagai teras dalam membina negara yang bersatu dan bertamadun, khususnya ketika masyarakat berdepan pelbagai krisis serta cabaran generasi masa kini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Zulkifli Hasan.Beliau berkata krisis kemanusiaan, ekonomi dan sosial yang berlaku di peringkat global ketika ini secara tidak langsung mendorong masyarakat kembali mencari nilai, etika dan panduan agama.Advertisement “Apa yang berlaku di dunia ini, krisis kemanusiaan, krisis sistem, krisis apa pun sahaja, sebenarnya ia mengingatkan kita manusia untuk kembali mencari Tuhan.”… kerana masyarakat mahukan satu bimbingan, panduan untuk menangani krisis yang berlaku,” katanya ketika berucap pada Majlis Iftar Badan Bukan Kerajaan Majlis Amal Islami Malaysia di sini hari ini.Beliau berkata dunia pada masa kini turut menyaksikan sekularisme semakin dipersoalkan, sekali gus mendorong masyarakat untuk melihat kepada agama sebagai panduan.Zulkifli berkata perkembangan itu membuka ruang besar kepada badan bukan kerajaan (NGO) dan institusi agama untuk membentuk pemikiran masyarakat ke arah nilai akhlak dan kemanusiaan sejagat.Beliau menyeru semua NGO dan pemimpin masyarakat supaya mengetepikan perbezaan serta bergerak secara kolektif dalam menjadikan Malaysia sebuah negara contoh yang aman dan damai, berteraskan nilai agama dan peradaban tinggi.”Kita mahu membina sebuah negara yang rakyatnya hidup dalam suasana harmoni dan bertamadun,” katanya.Beliau berkata konsep MADANI yang diketengahkan kerajaan adalah gagasan pemikiran universal yang selari dengan ajaran semua agama dan mampu menjadi asas penyatuan rakyat pelbagai kaum dan kepercayaan.– BERNAMA Topic Berkaitan #Agama #teras bina negara #diangkat #Zulkifli Hasan Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Artikel Penuh Berita Terkini Dunia Ronaldo beli 25 peratus saham kelab Sepanyol Almeria 5 minutes ago Malaysia Agama perlu terus diangkat sebagai teras pembinaan negara – Zulkifli 15 minutes ago Malaysia MCMC perkenal Standard Mandatori pendaftaran pengguna prabayar 1 hour ago Malaysia Kementerian Komunikasi akan terus mudah cara pelaksanaan projek pelaburan Google – Fahmi 1 hour ago Malaysia Pindaan Akta Persaingan perkenal perlindungan, ganjaran kepada pemberi maklumat – Armizan 1 hour ago Malaysia KDN sedia sokong keperluan penggunaan senjata api bagi pegawai AKPS 1 hour ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda Close LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got! Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE! Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers
Agama perlu terus diangkat sebagai teras pembinaan negara – Zulkifli
