Andrew Mountbatten-Windsor ditahan atas dakwaan salah laku

Andrew Mountbatten-Windsor ditahan atas dakwaan salah laku | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in Dunia 3 ditikam di perpustakaan di Jepun, lelaki ditahan kerana percubaan membunuh Malaysia Seruan solat hajat dan doa untuk Hashim Jasin Malaysia Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Advertisement Dunia Andrew Mountbatten-Windsor ditahan atas dakwaan salah laku Astro AWANI 19/02/2026 | 19:02 MYT Penahanan dilakukan selepas fail siasatan kerajaan Amerika Syarikat mendedahkan kemungkinan Andrew (foto) menyerahkan maklumat sensitif kerajaan kepada pesalah seks Jeffrey Epstein ketika berkhidmat sebagai wakil khas perdagangan dan pelaburan UK. -Foto fail/Reuters LONDON: Andrew Mountbatten‑Windsor, adik kepada Raja Charles III dan bekas “Putera Andrew”, ditahan pada Khamis atas dakwaan salah laku.Laporan media antarabangsa yang memetik kenyataan Polis Thames Valley mengesahkan telah menahan seorang lelaki dalam lingkungan usia 60‑an dari Norfolk. Polis dilapor turut menjalankan pemeriksaan di beberapa lokasi di Berkshire dan Norfolk.Advertisement “Selepas penilaian menyeluruh dijalankan, kami kini telah membuka siasatan berhubung dakwaan salah laku ketika memegang jawatan awam. “Adalah penting untuk kami melindungi integriti dan objektiviti siasatan ini ketika kami bekerjasama dengan rakan-rakan pihak berkuasa lain untuk menyiasat kesalahan yang didakwa ini,” menurut Polis Thames Valley dalam kenyataannya.Walaupun nama beliau tidak didedahkan selaras garis panduan UK, beberapa media termasuk BBC, ABC News dan The Independent mengesahkan individu tersebut ialah Andrew Mountbatten-Windsor, 66.Penahanan dilakukan selepas fail siasatan kerajaan Amerika Syarikat mendedahkan kemungkinan Andrew menyerahkan maklumat sensitif kerajaan kepada pesalah seks Jeffrey Epstein ketika berkhidmat sebagai wakil khas perdagangan dan pelaburan UK.Pendedahan itu membawa kepada semakan rasmi polis terhadap dakwaan salah guna kuasa.Perdana Menteri UK, Sir Keir Starmer, ketika diminta mengulas, menegaskan bahawa tiada sesiapa pun mengatasi undang‑undang dan siasatan mesti dibiarkan berjalan tanpa campur tangan kerajaan.Andrew sebelum ini dilucutkan gelaran diraja pada 2025 susulan hubungan rapatnya dengan Epstein.Beliau pernah menafikan semua tuduhan salah laku, namun tidak memberikan komen terkini selepas penemuan baharu ini.  Topic Berkaitan #Andrew Mountbatten‑Windsor #Putera Andrew #Epstein #salah guna kuasa #Polis Thames Valley #Keir Starmer #siasatan diraja UK Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Kisah Penuh Berita Terkini Dunia 3 ditikam di perpustakaan di Jepun, lelaki ditahan kerana percubaan membunuh 6 minutes ago Malaysia Seruan solat hajat dan doa untuk Hashim Jasin 23 minutes ago Malaysia Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini 34 minutes ago Dunia Gempa bumi bermagnitud 5.2 gegarkan wilayah Puerto Rico – GFZ 39 minutes ago Malaysia MMA gesa penguatkuasaan lebih tegas terhadap klinik haram di Kuala Lumpur 1 hour ago Malaysia Harga, kebersihan dan kualiti makanan jadi pilihan pengunjung bazar Ramadan 1 hour ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda Close LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got! Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE! Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *