Antibiotik Tidak Lagi Berkesan? Memahami Ancaman Kerintangan Antimikrob (AMR) Dalam Patogen Penyakit

Antibiotik Tidak Lagi Berkesan? Memahami Ancaman Kerintangan Antimikrob (AMR) Dalam Patogen Penyakit – MajalahSains 23 °c Kuala Lumpur 26 ° Sat 27 ° Sun 27 ° Mon 25 ° Tue Friday, March 20, 2026 Cart / RM0.00 No products in the cart. No Result View All Result e-ISSN : 2682-8456 Laman Utama Siapa Kami HANTAR ARTIKEL & F.A.Q Kategori Alam Semulajadi Astronomi & Kosmologi Berita & Peristiwa Bicara Saintis Sains untuk Manusia Suara Saintis Muda Events Featured Fiksyen, Buku & Filem Fizik Kimia Komputer & IT Luar Negara Matematik Perubatan & Kesihatan Rencana Sejarah & Falsafah Teknologi & Kejuruteraan Tempatan Tenaga Tokoh Pengiklanan Sains Shop Pengajian Tinggi Biografi Umum Siri-Ingin Tahu Mengapa Sains Penting Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains Kitaran Hidup Gaya Hidup Sihat Sains Dalam Kehidupan Sains Itu Menyeronokkan Careers Laman Utama Siapa Kami HANTAR ARTIKEL & F.A.Q Kategori Alam Semulajadi Astronomi & Kosmologi Berita & Peristiwa Bicara Saintis Sains untuk Manusia Suara Saintis Muda Events Featured Fiksyen, Buku & Filem Fizik Kimia Komputer & IT Luar Negara Matematik Perubatan & Kesihatan Rencana Sejarah & Falsafah Teknologi & Kejuruteraan Tempatan Tenaga Tokoh Pengiklanan Sains Shop Pengajian Tinggi Biografi Umum Siri-Ingin Tahu Mengapa Sains Penting Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains Kitaran Hidup Gaya Hidup Sihat Sains Dalam Kehidupan Sains Itu Menyeronokkan Careers No Result View All Result No Result View All Result Antibiotik Tidak Lagi Berkesan? Memahami Ancaman Kerintangan Antimikrob (AMR) Dalam Patogen Penyakit Antibiotik Tidak Lagi Berkesan? Memahami Ancaman Kerintangan Antimikrob (AMR) Dalam Patogen Penyakit by Editor 15/03/2026 in Berita & Peristiwa, Perubatan & Kesihatan 0 0 0 Penulis: Dr. Nadia Aqilla Shamsusah Pensyarah Kanan, Pusat Pengajian Biologi, UiTM Cawangan Negeri Sembilan Kampus Kuala Pilah   Penggunaan antibiotik sememangnya tidak asing lagi dalam usaha memerangi jangkitan patogen sejak abad ke-20. Selain digunakan untuk merawat penyakit manusia, antibiotik turut digunakan dalam penternakan haiwan dan sektor pertanian di kebanyakan negara membangun (Williams Nguyen et al. 2016). Namun, penggunaan antibiotik secara meluas dan tidak terkawal secara tidak langsung telah mewujudkan satu fenomena yang dikenali sebagai kerintangan antimikrob (antimicrobial resistance, AMR) dalam bakteria. Dalam fenomena ini, walaupun antibiotik dicipta untuk membunuh bakteria, sebahagian bakteria masih mampu bermandiri. Bakteria yang hidup ini akan terus membiak sambil membawa gen kerintangan antibiotik dalam DNA mereka, yang boleh dipindahkan kepada mikroorganisma lain. Hal ini menyebabkan mikroorganisma lain turut menjadi rintang terhadap antibiotik yang digunakan. Rajah 1. Penyebaran kerintangan antimikrob dalam bakteria. Sumber: Rajah diubahsuai daripada Henly, (2026). Kerintangan antimikrob merupakan salah satu ancaman utama terhadap kesihatan awam dan pembangunan global. Dianggarkan bahawa kerintangan ini menyumbang kepada 1.27 juta kematian di seluruh dunia pada tahun 2019 (Antimicrobial Resistance Collaborators, 2022). Selain menyebabkan kematian dan ketidakupayaan, Bank Dunia menganggarkan bahawa AMR akan meningkatkan kos penjagaan kesihatan sebanyak AS$1 trilion menjelang tahun 2050, serta menyebabkan kerugian keluaran dalam negara kasar (KDNK) global antara AS$1 trilion hingga AS$3.4 trilion setahun menjelang tahun 2030 (Drug-Resistant Infections, 2017). Jangkitan yang disebabkan oleh mikroorganisma yang rintang terhadap antimikrob bukan sahaja sukar dirawat, malah turut meningkatkan risiko berlakunya penyakit yang lebih teruk serta kematian akibat jangkitan tersebut (Salam et al., 2023). Keadaan ini telah membawa kepada suatu epidemik global, di mana banyak antibiotik yang lazim digunakan semakin kurang berkesan dalam merawat jangkitan (Karakonstantis et al., 2017). Penggunaan antibiotik secara berlebihan, termasuk amalan pengambilan antibiotik sendiri, pemberian antibiotik tanpa preskripsi atau preskripsi berlebihan oleh pengamal perubatan boleh menyebabkan perkembangan kerintangan ubat dalam patogen penyakit. Amalan-amalan ini menggalakkan kelangsungan hidup serta pembiakan bakteria yang rintang terhadap antimikrob (Mancuso et al., 2021). Selain itu, sisa antibiotik dari hospital merupakan salah satu pendorong utama dalam perkembangan serta penyebaran kerintangan antibiotik dalam bakteria kerana mikroorganisma ini mampu bermandiri meskipun melalui proses rawatan kumbahan konvensional sebelum akhirnya dilepaskan ke persekitaran semula jadi (Ashbolt et al., 2013; Chow et al., 2021). Akibatnya, apabila bakteria rintang bertemu dengan bakteria lain di persekitaran, keadaan ini boleh membawa kepada pembentukan dan pembiakan strain bakteria yang lebih bahaya melalui mutasi (UNEP, 2022). Peningkatan suhu global juga dilaporkan menyumbang kepada peningkatan kadar pembiakan bakteria AMR (WHO, 2015). Beberapa mikroorganisma telah dikenali sebagai “superbug” kerana kerintangan mereka terhadap pelbagai jenis antibiotik. Antara yang terkenal ialah Escherichia coli dan Klebsiella pneumoniae, yang mempunyai kerintangan terhadap antibiotik kelas beta-laktam, menjadikan jangkitan yang disebabkan oleh bakteria ini semakin sukar untuk dirawat (Paterson, 2006; Shaikh et al., 2015). Contoh lain ialah Methicillin-resistant Staphylococcus aureus (MRSA), yang rintang bukan sahaja terhadap antibiotik methicillin, malah juga terhadap antibiotik seperti amoxicillin, oxacillin dan penicillin yang lazim digunakan untuk merawat jangkitan Staphylococcus. Keadaan ini menyebabkan ubat-ubat tersebut tidak lagi berkesan dalam merawat jangkitan MRSA, sekali gus menjadikan jangkitan ini sukar dirawat. Tambahan, fenomena AMR berlaku sangat pantas kerana MRSA pertama kali telah dikenal pasti pada tahun 1961, iaitu setahun selepas antibiotik methicillin diperkenalkan untuk merawat jangkitan S. aureus (Jevons, 1961). Sejak itu, MRSA telah menjadi kebimbangan utama di seluruh dunia kerana kadar kematian yang tinggi berkaitan dengannya (Cuervo et al., 2016). Sehubungan itu, Pseudomonas aeruginosa juga merupakan salah satu patogen utama dalam jangkitan berkaitan penjagaan kesihatan (healthcare-associated infections, HAIs) kerana keupayaannya menentang pelbagai kelas antibiotik. Bakteria ini sering dikaitkan dengan pneumonia yang diperoleh di hospital, jangkitan aliran darah berkaitan kateter serta jangkitan saluran kencing berkaitan kateter. Keupayaan P. aeruginosa untuk membentuk lapisan biofilm dan mengembangkan mekanisme rintangan antibiotik terhadap β-lactam dan aminoglikosida menjadikannya sukar dirawat dan meningkatkan risiko komplikasi serius dalam pesakit. Oleh itu, beberapa langkah perlu dilaksanakan bagi menangani kerintangan antimikrob daripada terus berkembang. Salah satu pendekatan paling penting ialah penggunaan antibiotik secara berhemah, iaitu hanya mengambil antib

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *