Anwar mahu Kedah jadi contoh kubu terbaik PKR

Anwar mahu Kedah jadi contoh kubu terbaik PKR | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in Politik Krisis Bersatu: Hamzah kongsi gambar pertemuan dengan Hadi, pimpinan Pas lain Politik Anwar mahu Kedah jadi contoh kubu terbaik PKR Malaysia AKPS Pelabuhan Klang gagalkan cubaan seludup 17 tan aiskrim Advertisement Politik Anwar mahu Kedah jadi contoh kubu terbaik PKR Bernama 13/02/2026 | 22:02 MYT Perdana Menteri merangkap Presiden Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menyampaikan ucapan perasmian pada Konvensyen Parti Keadilan Rakyat (PKR) Kedah 2026 hari ini. – Foto BERNAMA ALOR SETAR: Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu Kedah menjadi contoh kubu terbaik kepada semua pergerakan parti itu di negeri lain.Perdana Menteri berkata beliau melihat Kedah berpotensi untuk ditawan semula berdasarkan keupayaan parti pada masa ini yang disifatkan berada pada tahap terbaik.Advertisement “Kedah telah menunjukkan keupayaan dan potensi yang baik. Kawasan negeri dan Parlimen yang pernah kita tawan perlu dipertahankan kerana negeri ini pernah muncul sebagai kubu terawal buat PKR.“Parti mesti utuh. Saya mahu mulakan dengan Kedah. Semua mesyuarat Majlis Pimpinan Negeri (MPN) selepas ini perlu hadir bukan sebab presiden hadir … selepas itu, saya mahu tengok sama ada dapat diteruskan dengan baik atau tidak,” kata beliau ketika berucap pada Konvensyen Keadilan Kedah di sini, hari ini.Anwar berkata beliau memberikan kepercayaan kepada kepimpinan parti pada peringkat cabang dan ranting yang merupakan asas kekuatan PKR serta mahu semua pihak bekerja secara berpasukan dengan baik.“Saya beri kepercayaan kepada setiap ketua cabang yang dipilih ahli-ahli, saya hormat mereka dan saya juga harap mereka hormat saya, jangan ada permasalahan selepas itu,” kata beliau.Anwar berkata semua ahli perlu menghormati barisan kepimpinan yang telah dipilih serta menyantuni setiap pergerakan pada peringkat wanita, pemuda dan veteran.“Hormat sesiapa sahaja yang dipilih, kerja sebagai satu pasukan. Saya percaya dengan kekalutan parti lain, serta rekod kita mengurus negara dari segi tatakelola dan perkembangan ekonomi ketika ini, Keadilan akan bangkit sebagai kekuatan baharu yang hebat,” kata Anwar.Dalam pada itu, beliau berkata setiap ahli baharu disarankan menyertai program serta latihan parti bagi menambah kredibiliti masing-masing.“Ahli baharu perlu diterima dan mengikuti program parti, manakala ahli lama pula akan diberi panduan bagi memperkukuh organisasi. Kejayaan parti bukan bergantung pada ahli sahaja, tetapi juga kerjasama peringkat pimpinan kerana yang penting parti kita menang,” kata beliau.Kedah ketika ini ditadbir kerajaan negeri Perikatan Nasional (PN) di bawah pimpinan Menteri Besar Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.– BERNAMA  Topic Berkaitan #Parti Keadilan Rakyat #PKR #anwar ibrahim #Kedah Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Kisah Penuh Berita Terkini Politik Krisis Bersatu: Hamzah kongsi gambar pertemuan dengan Hadi, pimpinan Pas lain 53 minutes ago Politik Anwar mahu Kedah jadi contoh kubu terbaik PKR 1 hour ago Malaysia AKPS Pelabuhan Klang gagalkan cubaan seludup 17 tan aiskrim 1 hour ago Bisnes "Papa Zola The Movie" raih RM68.2 juta kutipan pecah panggung 1 hour ago Dunia Israel rancang sekat akses ke Masjid Al-Aqsa pada Ramadan – Bekas mufti 1 hour ago Malaysia JKDM rekod nilai rampasan lebih RM160 juta bulan lepas 1 hour ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda Close LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got! Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE! Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *