APMM Selangor tahan 12 pendatang tanpa izin di pesisir Pantai Batu Laut | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in Malaysia Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Dunia Trafik melalui Selat Hormuz hampir terhenti susulan ancaman sekatan AS – Data Malaysia Pemandu langgar lari anggota polis trafik ditahan Advertisement Malaysia APMM Selangor tahan 12 pendatang tanpa izin di pesisir Pantai Batu Laut Bernama 13/04/2026 | 21:22 MYT Penahanan itu dilakukan sekitar 2.30 pagi menerusi Ops Ehsan dan Ops Khas Tanjung 2 Siri 1/2026 yang membawa kepada tindakan pantas pasukan penguat kuasa ke lokasi. – APMM Selangor SHAH ALAM: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Selangor menahan 12 pendatang tanpa izin dalam satu operasi bersepadu di pesisir Pantai Batu Laut, Klang awal pagi semalam.Pengarah APMM Selangor Kepten Maritim Abdul Muhaimin Muhammad Salleh berkata penahanan itu dilakukan sekitar 2.30 pagi menerusi Ops Ehsan dan Ops Khas Tanjung 2 Siri 1/2026 yang membawa kepada tindakan pantas pasukan penguat kuasa ke lokasi.Advertisement “Operasi melibatkan kejar buru di laut sebelum serbuan serentak dilaksanakan di darat dan perairan bagi mengekang cubaan kemasukan pendatang tanpa izin menggunakan laluan tidak sah.“Kesemua yang ditahan terdiri daripada warga Indonesia (dua lelaki dan tiga wanita) dan Myanmar (seorang lelaki, tiga wanita, dua kanak-kanak lelaki dan seorang kanak-kanak perempuan) berusia antara tiga hingga 39 tahun,” katanya dalam kenyataan hari ini.Abdul Muhaimin berkata kes disiasat di bawah Akta Imigresen 1959/63 selepas kesemua individu terbabit gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri yang sah.Beliau berkata sebuah kereta dipercayai digunakan oleh tekong darat turut dirampas dan kenderaan terbabit bersama kesemua individu yang ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Maritim Negeri Selangor untuk tindakan lanjut. — BERNAMA Topic Berkaitan #APMM #pendatang #Pantai Batu Laut #Abdul Muhaimin Muhammad Salleh Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Artikel Penuh Berita Terkini Malaysia Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini 1 hour ago Dunia Trafik melalui Selat Hormuz hampir terhenti susulan ancaman sekatan AS – Data 1 hour ago Malaysia Pemandu langgar lari anggota polis trafik ditahan 1 hour ago Dunia AS mula sekat kapal keluar masuk pelabuhan Iran 1 hour ago Malaysia Musyawarah Nasional wadah strategik rumus penyelesaian cabaran ummah – Ahmad Zahid 1 hour ago Malaysia Bekalan diesel stabil, gangguan hanya isu logistik – Armizan 1 hour ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda Close LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got! Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE! Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers
APMM Selangor tahan 12 pendatang tanpa izin di pesisir Pantai Batu Laut
