Azhan Rani titip doa buat Amyza Aznan: “Di sebalik gurau, gelak kau…” | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in Bisnes Ringgit dibuka tinggi pada RM3.87 berbanding dolar AS Malaysia Lelaki meninggal dunia ketika daki Gunung Lambak Malaysia Isu RUU Tadbir Urus AI, keputusan Mahkamah Agung AS tumpuan Dewan Rakyat hari ini Advertisement Malaysia Azhan Rani titip doa buat Amyza Aznan: “Di sebalik gurau, gelak kau…” Astro AWANI 24/02/2026 | 09:00 MYT Azhan mendoakan agar Allah SWT memberikan kekuatan buat sahabatnya, Amyza dan keluarganya. PELAKON Azhan Rani berkongsi sisi peribadi sahabatnya iaitu aktres, Amyza Adnan yang disifatkan sebagai seorang wanita cekal dan profesional sepanjang berada di set penggambaran, meskipun sedang berdepan dugaan besar.Menerusi satu hantaran di Instagram, Azhan berkata sepanjang mereka menjalani penggambaran bersama baru-baru ini, Amyza tidak pernah memperlihatkan kesedihan yang ditanggungnya, sebaliknya kekal ceria seperti biasa.Advertisement “Aku tahu ramai dah cakap tentang sabar, kuat, dan redha. Aku pun tahu kau sendiri lebih tahu jawapannya sebab kau yang berdepan dengan semua ni.“Dari kita shooting sama-sama lagi baru-baru ni aku tahu kau banyak simpan macam-macam yang kau tak nak tunjukkan pada orang lain di sebalik gurau gelak kau yang macam tak ada apa-apa tiap hari dekat set tu,” coretnya.Dalam perkongsian sama, Azhan turut mendoakan agar Allah SWT memberikan kekuatan buat Amyza dan keluarganya.“Kau dah buat yang terbaik untuk dia. Selebihnya Allah yang punya kuasa.“Apa pun aku cuma doakan saat ini Allah peluk kau, anak-anak dan seluruh ahli keluarga kau. Semoga juga Allah sediakan tempat terbaik untuk Andre Mikhail bersama orang-orang yang beriman,” coretnya. View this post on Instagram A post shared by Azhan Rani (@azhan_rani) Azhan bagaimanapun memaklumkan tidak dapat menziarahi Amyza buat masa ini kerana masih terikat dengan jadual penggambaran di Sarawak.Namun, dia berharap diberikan peluang untuk berbuat demikian dalam masa terdekat.“Syurgalah tempatnya Insha-Allah. Maaf tak dapat nak menziarahmu saat ini kerana masih shooting di Sarawak ni.“Insha-Allah, ada rezeki nanti aku ziarah mu. Moga dimudahkan serta lancar segala urusan. Al-Fatihah buat allahyarham Andre Mikhail bin Khairul Izhar,” tulisnya.Terdahulu, anak kepada pelakon, Amyza Aznan iaitu Andre Mikhail dimaklumkan telah mengembuskan nafas terakhir selepas hampir setahun bertarung melawan kanser paru-paru tahap tiga.Berita sedih itu diumumkan sendiri oleh Amyza menerusi kemas kini di Instagram Stories pada Isnin. – Gempak Topic Berkaitan #Amyza Aznan #anak Amyza Aznan #kanser paru-paru #Azhan Rani Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Kisah Penuh Berita Terkini Bisnes Ringgit dibuka tinggi pada RM3.87 berbanding dolar AS 8 minutes ago Malaysia Lelaki meninggal dunia ketika daki Gunung Lambak 10 minutes ago Malaysia Isu RUU Tadbir Urus AI, keputusan Mahkamah Agung AS tumpuan Dewan Rakyat hari ini 20 minutes ago Malaysia [TERKINI] Exco Terengganu dihadapkan ke mahkamah hari ini 30 minutes ago Malaysia Permohonan Zahid untuk pembebasan penuh dalam kes Yayasan Akalbudi didengar hari ini 45 minutes ago Malaysia Azhan Rani titip doa buat Amyza Aznan: “Di sebalik gurau, gelak kau…” 1 hour ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda Close LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got! Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE! Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers
Azhan Rani titip doa buat Amyza Aznan: “Di sebalik gurau, gelak kau…”
