Bagaimana Kecerdasan Buatan Membantu Mengelakkan Pesawat Bertembung dengan Burung – MajalahSains 23 °c Kuala Lumpur 26 ° Sat 27 ° Sun 27 ° Mon 25 ° Tue Friday, March 6, 2026 Cart / RM0.00 No products in the cart. No Result View All Result e-ISSN : 2682-8456 Laman Utama Siapa Kami HANTAR ARTIKEL & F.A.Q Kategori Alam Semulajadi Astronomi & Kosmologi Berita & Peristiwa Bicara Saintis Sains untuk Manusia Suara Saintis Muda Events Featured Fiksyen, Buku & Filem Fizik Kimia Komputer & IT Luar Negara Matematik Perubatan & Kesihatan Rencana Sejarah & Falsafah Teknologi & Kejuruteraan Tempatan Tenaga Tokoh Pengiklanan Sains Shop Pengajian Tinggi Biografi Umum Siri-Ingin Tahu Mengapa Sains Penting Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains Kitaran Hidup Gaya Hidup Sihat Sains Dalam Kehidupan Sains Itu Menyeronokkan Careers Laman Utama Siapa Kami HANTAR ARTIKEL & F.A.Q Kategori Alam Semulajadi Astronomi & Kosmologi Berita & Peristiwa Bicara Saintis Sains untuk Manusia Suara Saintis Muda Events Featured Fiksyen, Buku & Filem Fizik Kimia Komputer & IT Luar Negara Matematik Perubatan & Kesihatan Rencana Sejarah & Falsafah Teknologi & Kejuruteraan Tempatan Tenaga Tokoh Pengiklanan Sains Shop Pengajian Tinggi Biografi Umum Siri-Ingin Tahu Mengapa Sains Penting Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains Kitaran Hidup Gaya Hidup Sihat Sains Dalam Kehidupan Sains Itu Menyeronokkan Careers No Result View All Result No Result View All Result Bagaimana Kecerdasan Buatan Membantu Mengelakkan Pesawat Bertembung dengan Burung Bagaimana Kecerdasan Buatan Membantu Mengelakkan Pesawat Bertembung dengan Burung by Editor 06/03/2026 in Berita & Peristiwa, Teknologi & Kejuruteraan 0 0 0 Penulis: Prof. Madya Dr. Norizham Abdul Razak Pensyarah Kanan, Pusat Pengajian Kejuruteraan Aeroangkasa, Universiti Sains Malaysia Apabila kita bercakap tentang keselamatan penerbangan, kebanyakan orang membayangkan ribut petir, kerosakan enjin atau kesilapan manusia sebagai ancaman utama. Namun terdapat satu risiko yang kelihatan kecil tetapi sebenarnya sangat berbahaya dan sering dipandang ringan: pelanggaran burung dengan pesawat, atau lebih dikenali sebagai bird strike. Setiap tahun, ribuan kejadian pelanggaran burung dilaporkan di seluruh dunia, dan kebanyakannya berlaku ketika pesawat berada pada altitud rendah semasa berlepas, mendaki, menghampiri landasan atau mendarat, iaitu fasa yang paling kritikal dalam penerbangan. Pada kelajuan ratusan kilometer sejam, seekor burung yang kecil boleh menghasilkan tenaga hentaman yang sangat tinggi apabila bertembung dengan pesawat. Impaknya mampu merosakkan enjin, meretakkan cermin kokpit, mencacatkan struktur sayap dan dalam kes yang lebih serius boleh menyebabkan kehilangan kuasa enjin sepenuhnya. Insiden pendaratan kecemasan pesawat di Sungai Hudson, Amerika Syarikat pada tahun 2009 menjadi peringatan jelas bahawa ancaman ini bukan sekadar teori, tetapi realiti yang perlu ditangani secara serius. Rajah 1. Kesan kerosakkan akibat birdstrike pada pesawat (Imej dijana oleh AI) Risiko pelanggaran burung semakin meningkat seiring dengan perkembangan dunia moden. Dalam beberapa dekad kebelakangan ini, jumlah penerbangan global meningkat dengan ketara, manakala pada masa yang sama usaha pemuliharaan alam sekitar turut dipergiatkan. Kawasan sekitar lapangan terbang kini sering dikelilingi oleh tasik, kawasan pertanian, taman rekreasi dan kawasan hijau bandar yang menjadi habitat ideal burung. Situasi ini menyebabkan ruang udara pesawat dan habitat burung semakin bertindih. Lapangan terbang kini berdepan cabaran unik: memastikan keselamatan penerbangan sambil mengekalkan keseimbangan alam sekitar. Selama ini, pengurusan risiko pelanggaran burung banyak bergantung kepada rondaan visual, bunyi penghalau, penggunaan laser dan pemerhatian manual. Walaupun kaedah ini membantu mengurangkan risiko, ia mempunyai kekangan yang jelas. Pendekatan ini bergantung kepada tenaga manusia, tidak mampu beroperasi sepanjang masa, dan tidak dapat meramalkan pergerakan burung pada masa hadapan. Dalam dunia penerbangan moden yang pantas, pendekatan reaktif seperti ini tidak lagi mencukupi. Bantuan Teknologi Kecerdasan Buatan Bayangkan jika pihak lapangan terbang boleh mengetahui lebih awal bila burung akan aktif, di mana burung akan berkumpul, kawasan mana paling berisiko dan masa paling selamat untuk operasi penerbangan. Idea inilah yang mendorong penyelidikan terkini menggunakan kecerdasan buatan atau Artificial Intelligence (AI) untuk meramal risiko pelanggaran burung sebelum ia berlaku. Tingkah laku burung sebenarnya sangat dipengaruhi oleh faktor cuaca. Suhu, arah angin, kelajuan angin dan hujan memainkan peranan besar dalam menentukan masa burung aktif, ketinggian penerbangan dan corak migrasi. Burung cenderung lebih aktif dalam cuaca cerah dengan angin lemah, manakala hujan lebat boleh mengurangkan aktiviti penerbangan. Dengan memahami hubungan antara cuaca dan tingkah laku burung, saintis mula melihat potensi besar untuk meramal risiko pelanggaran menggunakan data. Sistem ramalan yang dibangunkan melalui penyelidikan terkini menghubungkan empat komponen utama: cuaca, aktiviti burung, bilangan burung dan risiko pelanggaran. Pendekatan ini meniru proses sebenar di alam semula jadi dan menghasilkan sistem ramalan yang lebih realistik. Langkah pertama ialah meramal keadaan cuaca menggunakan model pembelajaran mesin yang mampu menganalisis corak cuaca masa lalu untuk meramalkan keadaan masa hadapan. Selepas cuaca diramalkan, sistem seterusnya menentukan kebarangkalian kehadiran burung di kawasan tertentu menggunakan model kecerdasan buatan. Namun mengetahui kehadiran burung sahaja tidak mencukupi. Bilangan burung juga memainkan peranan penting kerana sekawan burung membawa risiko yang jauh lebih tinggi berbanding seekor burung. Oleh itu, model rangkaian neural digunakan untuk meramal kelimpahan burung di sesuatu kawasan. Semua maklumat ini kemudian digabungkan untuk menghasilkan peta haba risiko pelanggaran burung di sekitar lapangan terbang. Peta ini menunjukkan kawasan yang mempunyai risiko tinggi serta kawasan yang lebih selamat untuk operasi penerbangan. Visualisasi seperti ini memberi kelebihan besar kepada pihak pengurusan lapangan terbang kerana keputusan boleh dibuat berdasarkan data, bukan sekadar pemerhatian. Rajah 2: Peta haba risiko bird strike di kawasan lapangan terbang. Teknologi ini berpotensi mengubah operasi lapangan terbang secara menyeluruh. Jadual penerbangan boleh diselaraskan untuk mengelakkan waktu migrasi burung, laluan penerbangan boleh diubah untuk mengelakkan kawasan berisiko tinggi, dan sumber kawalan hidupan liar boleh digunakan dengan lebih cekap. Ini bukan sahaja meningkatkan keselamatan penerbangan, malah mengurangkan gangguan terhadap ekosistem sekitar. Di Malaysia, pembangunan teknologi seperti ini amat relevan kerana negara kita berada di laluan migrasi burung Asia Timur–
Related Posts
5 Kebocoran Data Terbaru yang Menggemparkan Dunia Digital
5 Kebocoran Data Terbaru yang Menggemparkan Dunia Digital
Saat Banjir Melanda Lereng Slamet, Inisiatif Anak Kampus Ini Menyita Perhatian
Saat Banjir Melanda Lereng Slamet, Inisiatif Anak Kampus Ini Menyita Perhatian
Daftar 11 Aplikasi HP Buatan Eks Intel Israel, 2 Banyak Dipakai di RI
Daftar 11 Aplikasi HP Buatan Eks Intel Israel, 2 Banyak Dipakai di RI
