BAM beri amaran kelab dakwa kaitan palsu | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in Malaysia 1.16 juta isi rumah terima manfaat inisiatif Bank Makanan sejak 2020 – Armizan Malaysia Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Malaysia Raja Permaisuri Agong berkenan santuni anak yatim, asnaf pada majlis berbuka puasa Advertisement Malaysia BAM beri amaran kelab dakwa kaitan palsu Bernama 11/03/2026 | 23:30 MYT Persatuan Badminton Malaysia (BAM) menasihati orang ramai supaya lebih berhati-hati dan memastikan kesahihan program latihan sebelum menyertainya, susulan laporan mengenai beberapa kelab yang didakwa membuat tuntutan palsu kononnya mempunyai kaitan dengan badan induk itu. KUALA LUMPUR: Persatuan Badminton Malaysia (BAM) menasihati orang ramai supaya lebih berhati-hati dan memastikan kesahihan program latihan sebelum menyertainya, susulan laporan mengenai beberapa kelab yang didakwa membuat tuntutan palsu kononnya mempunyai kaitan dengan badan induk itu.Dalam kenyataan hari ini, BAM memaklumkan ibu bapa perlu mengesahkan sebarang dakwaan hubungan rasmi sebelum mendaftarkan anak-anak atau membuat sebarang pembayaran kepada pihak terbabit.Advertisement “BAM dimaklumkan mengenai beberapa program latihan dan kelab badminton yang mendakwa atau memberi gambaran mempunyai kaitan dengan BAM.“BAM ingin menegaskan bahawa program dan kelab berkenaan tidak bergabung, tidak disokong serta tidak dibenarkan oleh BAM,” menurut kenyataan itu.BAM turut menasihati mana-mana pihak yang didapati memalsukan afiliasi dengan BAM atau menggunakan logo badan itu tanpa kebenaran supaya segera menghentikan dakwaan atau penggunaan berkenaan.“BAM memandang serius penyalahgunaan nama dan reputasinya serta berhak mengambil tindakan sewajarnya jika perlu.“Bagi pengesahan program rasmi BAM, orang ramai boleh merujuk saluran komunikasi rasmi BAM,” menurut kenyataan itu.– BERNAMA Topic Berkaitan #Persatuan Badminton Malaysia #BAM #kelab #Palsu Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Artikel Penuh Berita Terkini Malaysia 1.16 juta isi rumah terima manfaat inisiatif Bank Makanan sejak 2020 – Armizan 5 minutes ago Malaysia Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini 38 minutes ago Malaysia Raja Permaisuri Agong berkenan santuni anak yatim, asnaf pada majlis berbuka puasa 40 minutes ago Malaysia Ibu Ida Nerina meninggal dunia akibat sakit tua 40 minutes ago Malaysia Cadangan pengeluaran Akaun 2 melalui i-Lindung sedang diteliti – MOF 47 minutes ago Bisnes Proton lancar Proton X90 2026 dengan sistem pacuan baharu bagi prestasi dan keyakinan pemanduan 52 minutes ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda Close LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got! Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE! Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers
BAM beri amaran kelab dakwa kaitan palsu
