Banyak ruang udara Asia Barat masih ditutup ketika konflik berterusan | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in Malaysia Penyelia asrama ditahan disyaki minta, terima rasuah RM78,000 Malaysia Harga runcit RON97 naik 10 sen, diesel di Semenanjung naik 8 sen – MOF Malaysia Konflik Asia Barat: Israel 'mengkudakan' AS untuk capai agenda sendiri Advertisement Dunia Banyak ruang udara Asia Barat masih ditutup ketika konflik berterusan Bernama 04/03/2026 | 18:56 MYT Laman web perkhidmatan pengesan penerbangan langsung, Flightradar24, berkata ia menjangkakan penutupan ruang udara akan dilanjutkan selepas tempoh tamat. KUALA LUMPUR: Ruang udara di banyak negara Asia Barat masih ditutup pada Rabu ketika konflik terus melanda rantau itu susulan serangan bersama AS-Israel ke atas Iran pada Sabtu lepas.Situasi masih berubah-ubah dan tidak menentu, dengan penutupan berlaku pada tahap yang berbeza-beza sementara sesetengah ruang udara dibuka semula, ketika Iran melancarkan serangan balas dron dan peluru berpandu merentasi negara Teluk, menyasarkan kemudahan tentera AS.Advertisement Laman web perkhidmatan pengesan penerbangan langsung, Flightradar24, berkata ia menjangkakan penutupan ruang udara akan dilanjutkan selepas tempoh tamat.Dalam kemas kini setakat 3.38 petang Waktu Malaysia (MYT), Flightradar24 menyatakan walaupun terdapat beberapa ruang udara yang dibuka semula, serangan peluru berpandu dan dron membawa kepada penutupan berselang-seli yang baharu, sambil nota bahawa ruang udara Oman kekal terbuka.Laman web pelancongan dan perjalanan, travelawaits, menyifatkan gangguan perjalanan udara yang berlaku adalah pada tahap yang tidak pernah dilihat sejak pandemik COVID-19.Penutupan ruang udara telah menjejaskan ramai pengembara, memandangkan syarikat penerbangan utama seperti Emirates dan Qatar Airways yang menyediakan penerbangan sambungan menghubungkan Asia dengan Eropah, Amerika, Afrika dan Oceania, berpangkalan di negara Teluk.UAE, sebuah hab penerbangan penting dan menempatkan syarikat penerbangan global utama seperti Emirates dan Etihad Airways, telah mengaktifkan koridor udara kecemasan.Kapasiti operasi semasa berada pada 48 penerbangan sejam melalui koridor kecemasan yang ditetapkan, lapor Agensi Berita Emiriah (WAM) pada Selasa.Emirates yang berpangkalan di Dubai menyatakan di X bahawa ia mula mengendalikan jumlah penerbangan yang terhad bermula petang 2 Mac.Etihad Airways pada Selasa berkata semua penerbangan komersial berjadual ke dan dari Abu Dhabi kekal digantung sehingga 2 petang waktu tempatan pada 5 Mac, manakala beberapa penerbangan kedudukan semula, kargo dan penghantaran pulang mungkin beroperasi dengan penyelarasan pihak berkuasa UAE dan tertakluk kepada kelulusan operasi serta keselamatan yang ketat.“Tetamu tidak seharusnya datang ke lapangan terbang melainkan mereka telah dihubungi oleh Etihad dan dinasihatkan berbuat demikian. Akses ke lapangan terbang akan dihadkan bagi mereka yang tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah,” katanya dalam hantaran di X.Sementara itu, penerbangan Qatar Airways ke dan dari Doha kekal digantung buat sementara waktu berikutan penutupan ruang udara Qatar.Syarikat penerbangan Qatar itu menyatakan di X bahawa ia akan menyambung perkhidmatan sebaik sahaja Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Qatar mengesahkan pembukaan semula ruang udara Qatar dengan selamat. Kemas kini dijangka pada 6 Mac.Operasi penerbangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Bahrain kekal digantung sementara berikutan penutupan ruang udara Bahrain, katanya dalam satu notis yang disiarkan di laman webnya.Syarikat penerbangan nasional itu, Gulf Air, berkata pada Rabu bahawa perkhidmatannya kekal digantung sementara memandangkan penutupan ruang udara Bahrain berterusan. Kemas kini seterusnya dijangka pada Khamis jam 4 petang MYT.Lapangan Terbang Antarabangsa Bahrain telah menjadi sasaran serangan dron pada Ahad lepas, mengakibatkan “kerugian material kecil”, lapor Agensi Berita Bahrain (BNA).Sementara itu, Royal Jordanian Airlines mengumumkan penyambungan semula operasi penerbangan tetapnya, susulan penarikan sekatan separa dan pembukaan penuh ruang udara Jordan, dengan penerbangan kini beroperasi mengikut jadual biasa, lapor Agensi Berita Jordan (Petra) pada Rabu.Syarikat penerbangan itu menjelaskan bahawa walaupun operasi ke dan dari Kerajaan itu telah kembali normal, beberapa destinasi kekal terjejas oleh penutupan ruang udara serantau.“Penerbangan ke Qatar, Bahrain, Kuwait, Iraq, dan Damsyik akan kekal digantung sehingga diberitahu kelak, sementara menunggu pembukaan semula ruang udara mereka dan penyambungan semula operasi yang selamat,” katanya.Rakyat Malaysia juga dinasihatkan supaya menangguhkan semua perjalanan tidak penting ke Iran, Iraq, Jordan, Kuwait, Qatar, Bahrain, dan UAE memandangkan nasihat perjalanan rasmi yang dikeluarkan oleh Kementerian Luar masih berkuat kuasa.– BERNAMA Topic Berkaitan #ruang udara #Syarikat Penerbangan #Timur Tengah #Dron #sekatan pergerakan Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Artikel Penuh Berita Terkini Malaysia Penyelia asrama ditahan disyaki minta, terima rasuah RM78,000 15 minutes ago Malaysia Harga runcit RON97 naik 10 sen, diesel di Semenanjung naik 8 sen – MOF 46 minutes ago Malaysia Konflik Asia Barat: Israel 'mengkudakan' AS untuk capai agenda sendiri 1 hour ago Dunia Banyak ruang udara Asia Barat masih ditutup ketika konflik berterusan 1 hour ago Dunia 101 individu hilang selepas sebuah kapal perang Iran diserang berhampiran Sri Lanka 1 hour ago Malaysia Polis mula siasatan terhadap hantaran Facebook penceramah 1 hour ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda Close LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got! Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE! Astro Rewards Exc
Banyak ruang udara Asia Barat masih ditutup ketika konflik berterusan
