BBC sokong langkah intervensi kerajaan ringankan beban rakyat sempena Aidilfitri | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in [Terkini] Umat Islam di Malaysia sambut Aidilfitri Sabtu Dunia FIFA jangka pendapatan AS$14 bilion bagi kitaran 2027–2030 Dunia Konflik Asia Barat: Presiden Iran beri amaran, pencerobohan AS terhadap Iran bakal runtuhkan sistem perundangan dunia Malaysia Remaja pecah gegendang telinga, patah hidung akibat mercun bola Advertisement Berita BBC sokong langkah intervensi kerajaan ringankan beban rakyat sempena Aidilfitri Umavathi Ramayah 19/03/2026 | 23:45 MYT Dr Zaliha berkata, langkah seperti pemberian diskaun tol sebanyak 50 peratus dengan implikasi kewangan sehingga RM21.03 juta memberi kelegaan kepada rakyat yang pulang ke kampung halaman. – Gambar fail/Bernama KUALA LUMPUR: Kelab Penyokong Kerajaan MADANI (BBC) menyokong penuh langkah intervensi bersasar yang dilaksanakan kerajaan bagi meringankan beban rakyat menjelang sambutan Aidilfitri.Pengerusinya, Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa, berkata pendekatan diambil kerajaan memperlihatkan satu kerangka tersusun dan berfokus dalam menangani kos sara hidup, selain memastikan momentum pemulihan ekonomi rakyat terus diperkukuh.Advertisement Menurutnya, langkah seperti pemberian diskaun tol sebanyak 50 peratus dengan implikasi kewangan sehingga RM21.03 juta memberi kelegaan kepada rakyat yang pulang ke kampung halaman.”Selain itu, pelaksanaan pelepasan kebankrapan secara fast track kepada kira-kira 4,000 individu mencerminkan pendekatan progresif dan berperikemanusiaan kerajaan,” katanya dalam kenyataan di sini, pada Khamis. Zaliha berkata, bayaran awal Sumbangan Tunai Rahmah (STR) kepada 5.2 juta penerima, bantuan khas kepada penjawat awam, pesara serta golongan agamawan turut membuktikan pendekatan menyeluruh kerajaan dalam aspek kebajikan sosial.Katanya, pelaksanaan kawalan harga dan jaminan bekalan sepanjang Ramadan juga membantu memastikan kestabilan pasaran serta mengurangkan tekanan inflasi bermusim.”Keseluruhan pakej ini menunjukkan keupayaan kerajaan menyelaras dasar fiskal dan sosial secara serentak dengan impak langsung kepada rakyat,” katanya.Tambah beliau, langkah berkenaan selaras dengan prinsip MADANI yang menekankan nilai ihsan dan berorientasikan rakyat, khususnya dalam menghadapi cabaran ekonomi global ketika ini.Sehubungan itu, beliau menggesa rakyat agar terus mengamalkan perbelanjaan berhemah dan pengurusan kewangan yang baik bagi memaksimumkan manfaat daripada inisiatif disediakan kerajaan. Topic Berkaitan #sara hidup #madani #BBC #Str Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Artikel Penuh Berita Terkini Dunia "Saya masih hidup…" – Benjamin Netanyahu jawab spekulasi kematian 12 minutes ago Dunia FIFA jangka pendapatan AS$14 bilion bagi kitaran 2027–2030 42 minutes ago Dunia Konflik Asia Barat: Presiden Iran beri amaran, pencerobohan AS terhadap Iran bakal runtuhkan sistem perundangan dunia 58 minutes ago Malaysia Remaja pecah gegendang telinga, patah hidung akibat mercun bola 1 hour ago Bisnes Anak syarikat Eonmetall cadang jual tanah di Klang berharga RM273.28 juta 1 hour ago Malaysia Menteri Kabinet seru perpaduan, kesederhanaan sempena Aidilfitri 1 hour ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda Close LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got! Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE! Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers
BBC sokong langkah intervensi kerajaan ringankan beban rakyat sempena Aidilfitri
