Bekas pemain sayap New Zealand, Matt Utai, cedera parah ditembak dalam ‘serangan hendap berani’

Bekas pemain sayap New Zealand, Matt Utai, cedera parah ditembak dalam ‘serangan hendap berani’ | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in Politik Rehatkan sementara Ketua Pesuruhjaya SPRM sehingga siasatan selesai – Akmal Saleh Malaysia Kerajaan terpaksa tegas pertahan perpaduan, tolak rasisme – PM Malaysia Tempa seni pada besi, arca Raja Shariman angkat nilai warisan tanah air Advertisement Sukan Bekas pemain sayap New Zealand, Matt Utai, cedera parah ditembak dalam ‘serangan hendap berani’ Astro AWANI 17/02/2026 | 12:16 MYT Utai “bernafas dengan baik” ketika dirawat dan seluruh komuniti NRL berharap beliau pulih sepenuhnya. – Foto X/Fox League MELBOURNE: Bekas pemain sayap New Zealand dan Samoa, Matt Utai, berada dalam keadaan serius di hospital selepas ditembak berulang kali di hadapan sebuah rumah di Sydney awal pagi Selasa, dalam apa yang digambarkan polis sebagai “serangan hendap yang berani dan tersusun”.Utai, 44, yang pernah memenangi kejuaraan National Rugby League (NRL) bersama Canterbury pada 2004, menjalani pembedahan kecemasan selepas mengalami kecederaan tembakan pada bahagian kaki serta dada.Advertisement Superintenden Polis New South Wales, Rodney Hart, berkata pihaknya percaya serangan itu disasarkan, melibatkan dua lelaki, seorang penembak dan seorang pemandu sebuah SUV berwarna putih.Tidak lama selepas kejadian, sebuah SUV dipercayai kenderaan sama ditemui musnah dalam kebakaran di kawasan berhampiran.Polis menganggap kedua‑dua insiden itu saling berkaitan.Hart menegaskan tiada ancaman berterusan terhadap orang awam, namun menggesa saksi tampil memberikan maklumat dan menyerahkan rakaman kamera dashcam atau CCTV.Beliau juga mengesahkan bahawa Utai tidak terlibat dengan jenayah terancang, meskipun mempunyai sejarah kecil melibatkan saman trafik.Bekas rakan sepasukan Canterbury, Mark O’Meley, berkata Utai “bernafas dengan baik” ketika dirawat dan seluruh komuniti NRL berharap beliau pulih sepenuhnya.Kelab Canterbury Bulldogs dalam satu kenyataan menyifatkan kejadian itu sebagai mengejutkan dan menyedihkan, sambil menyampaikan doa dan sokongan kepada Utai dan keluarganya.Utai, kelahiran Auckland, mewakili New Zealand sebanyak empat kali antara 2002–2005 dan Samoa tiga kali pada 2008.Beliau menjaringkan 85 try dalam 167 perlawanan NRL bersama Canterbury dan Wests Tigers.Anaknya, Iziah Utai, pernah disabitkan kesalahan dadah dan senjata pada 2023 dan dikaitkan polis dengan rangkaian jenayah terancang tempatan, namun polis menegaskan ia tidak berkaitan dengan serangan terhadap Matt Utai.  Topic Berkaitan #Matt Utai #serangan #Ditembak #Rodney Hart Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Kisah Penuh Berita Terkini Malaysia Kontraktor rugi lebih RM100,000 tawaran tender palsu few seconds ago Politik Rehatkan sementara Ketua Pesuruhjaya SPRM sehingga siasatan selesai – Akmal Saleh 1 minute ago Malaysia Kerajaan terpaksa tegas pertahan perpaduan, tolak rasisme – PM 13 minutes ago Malaysia Tempa seni pada besi, arca Raja Shariman angkat nilai warisan tanah air 32 minutes ago Malaysia Isu sistem bunyi, penganjur Konsert Majlis Tertinggi Rockqueen Ella buat laporan polis 37 minutes ago Sukan LaLiga: Girona lakar kejutan, tumbangkan Barcelona! 1 hour ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda Close LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got! Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE! Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *