Cubaan seludup masuk 32 ekor lembu berjaya dipatahkan di sempadan Sungai Golok

Cubaan seludup masuk 32 ekor lembu berjaya dipatahkan di sempadan Sungai Golok | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in Dunia Pek bantuan makanan beri ‘nafas’ kepada pelarian Palestin di bulan Ramadan Dunia KHOM Malaysia raikan anak-anak yatim Palestin di Beirut Malaysia Lima huffaz UPSI jadi imam di tiga negara sepanjang Ramadan Advertisement Malaysia Cubaan seludup masuk 32 ekor lembu berjaya dipatahkan di sempadan Sungai Golok Bernama 25/02/2026 | 07:40 MYT Haiwan yang dirampas diserahkan kepada Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia Rantau Panjang. – Foto TDM KOTA BHARU: Cubaan menyeludup masuk 32 ekor lembu berjaya dipatahkan oleh Tentera Darat Malaysia dalam satu operasi di kawasan sempadan Sungai Golok, Rantau Panjang di Pasir Mas awal pagi semalam.Markas Divisyen Kedua Infantri Malaysia (2 Divisyen) dalam kenyataan semalam memaklumkan kejayaan itu hasil tindakan pasukan yang melaksanakan kawalan sempadan di kawasan tanggungjawab briged kelapan Infantri Malaysia (8 Briged) bagi mengekang aktiviti jenayah rentas sempadan.Advertisement Kenyataan itu memaklumkan pada 5.15 pagi, pasukan rondaan mengesan tujuh lelaki membawa lembu terbabit menyeberangi tebing dari Thailand ke Malaysia melalui Sungai Golok.”Di sebelah Malaysia pula, sebuah lori dikesan dipercayai untuk mengangkut lembu berkenaan bersama dengan 10 lelaki yang dipercayai menunggu untuk melaksanakan proses pemindahan.”Pasukan operasi kemudian mengepung kawasan itu dan menahan tiga lelaki warga tempatan berusia antara 36 hingga 43 tahun… individu lain dilaporkan melarikan diri dengan menyeberangi Sungai Golok ke Thailand,” menurut kenyataan itu.Selain 32 ekor lembu yang dipercayai cuba diseludup tanpa dokumen sah, turut dirampas sebuah lori jenis Isuzu, sebuah kereta Proton Saga dan lima motosikal yang dianggarkan bernilai RM448,350.Laporan polis berkaitan rampasan haiwan ternakan itu dibuat di Balai Polis Lubok Stol, Rantau Panjang.Haiwan berkenaan diserahkan kepada Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia Rantau Panjang manakala kes itu disiasat oleh Kastam Diraja Malaysia di ICQS Bukit Bunga.Menurut kenyataan itu, pasukan operasi terus memperketat kawalan di sempadan negara bagi mengekang jenayah rentas sempadan dan tidak akan berkompromi dengan aktiviti berkenaan.– BERNAMA Topic Berkaitan #jenayah rentas sempadan #Sungai Golok #seludup lembu #Tentera Darat Malaysia Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Kisah Penuh Berita Terkini Dunia Pek bantuan makanan beri ‘nafas’ kepada pelarian Palestin di bulan Ramadan 2 minutes ago Dunia KHOM Malaysia raikan anak-anak yatim Palestin di Beirut 17 minutes ago Malaysia Lima huffaz UPSI jadi imam di tiga negara sepanjang Ramadan 32 minutes ago Dunia Kanada panggil pasukan keselamatan OpenAI susulan insiden tembakan rambang di sekolah 46 minutes ago Malaysia Tujuh kawasan di Semenanjung alami cuaca panas sekurang-kurangnya tiga hari 1 hour ago Malaysia Masyarakat digesa jalani saringan awal tibi, tingkatkan imuniti 1 hour ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda Close LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got! Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE! Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *