Dakwaan pemilikan saham Azam Baki: Kebenaran mesti ditegak berlandaskan undang-undang | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in Dunia FedEx failkan saman tuntut bayaran balik tarif Trump selepas keputusan Mahkamah Agung Malaysia Lebih 1,500 sertai Himpunan Asatizah Muda Kebangsaan 2026 Malaysia UKM henti guna khidmat koperasi urus pengambilan pelajar, kutipan yuran Advertisement Malaysia Dakwaan pemilikan saham Azam Baki: Kebenaran mesti ditegak berlandaskan undang-undang Bernama 24/02/2026 | 20:01 MYT Setiausaha Politik Menteri Kewangan Kamil Munim berkata tuntutan itu juga tidak wajar diasaskan kepada sangkaan atau innuendo semata-mata. – Gambar fail KUALA LUMPUR: Tuntutan untuk menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat isu pemilikan saham melibatkan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki perlu berasaskan bukti kukuh dan bukan hearsay atau dengar cakap.Setiausaha Politik Menteri Kewangan Kamil Munim berkata tuntutan itu juga tidak wajar diasaskan kepada sangkaan atau innuendo semata-mata.Advertisement “Saya menghormati sebarang cadangan untuk menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja, dan pada prinsipnya bersetuju bahawa kebenaran mesti ditegakkan melalui proses yang telus serta berlandaskan undang-undang.“Dalam sebuah negara yang menjunjung prinsip kedaulatan undang-undang, sebarang tindakan mesti berpaksikan fakta dan bukti sahih,” menurutnya dalam kenayataan hari ini.Beliau juga berkata negara sebelum ini pernah menyaksikan desakan serupa dalam isu pelantikan Ketua Hakim Negara yang akhirnya tidak terbukti sepertimana didakwa oleh sesetengah pihak, justeru masyarakat tidak harus terjebak dalam budaya pre-emptive politics yang berpanjangan sehingga mendahului proses sewajarnya.Kamil berkata proses sedia ada perlu dibenarkan berjalan sama ada melalui siasatan, inkuiri atau jawatankuasa khas kerana mekanisme itu mempunyai keupayaan dan mandat untuk mengumpul keterangan secara menyeluruh serta membuat penilaian berdasarkan fakta.Beliau berkata malah keputusan untuk mengadakan inkuiri telah dibuat sehari selepas laporan Bloomberg diterbitkan, menunjukkan kesediaan kerajaan menyiasat perkara itu secara terbuka dan bertanggungjawab.“Matlamat utama kita ialah memastikan keadilan ditegakkan berasaskan fakta, bukan persepsi atau tekanan politik. “Sekiranya bukti yang dikemukakan kelak menunjukkan keperluan kepada RCI, maka pertimbangan sewajarnya akan dibuat secara telus, bertanggungjawab dan berintegriti,” katanya.Kerajaan sebelum ini mengumumkan penubuhan Jawatankuasa Khas Siasatan berkaitan isu pemilikan saham oleh Azam Baki yang dipengerusikan oleh Peguam Negara Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar. — BERNAMA Topic Berkaitan #pemilikan saham #Azam Baki #RCI #SPRM #siasatan #Bloomberg #telus Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Kisah Penuh Berita Terkini Dunia FedEx failkan saman tuntut bayaran balik tarif Trump selepas keputusan Mahkamah Agung few seconds ago Malaysia Lebih 1,500 sertai Himpunan Asatizah Muda Kebangsaan 2026 8 minutes ago Malaysia UKM henti guna khidmat koperasi urus pengambilan pelajar, kutipan yuran 22 minutes ago Malaysia Pesara jurutera rugi RM1.1 juta terperdaya pelaburan saham tidak wujud 36 minutes ago Malaysia JAS Kedah siasat kes ikan ternakan sangkar mati di Sungai Kerian 38 minutes ago Malaysia PPM rampas minyak sawit mentah, mercun dan bunga api bernilai lebih RM627,000 51 minutes ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda Close LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got! Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE! Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers
Dakwaan pemilikan saham Azam Baki: Kebenaran mesti ditegak berlandaskan undang-undang
