Disney tarik diri daripada pelaburan AS$1 bilion selepas OpenAI hentikan Sora

Disney tarik diri daripada pelaburan AS$1 bilion selepas OpenAI hentikan Sora | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in Malaysia PDRM kekal benteng utama pertahan keamanan negara – KPN Dunia Menteri Luar Iran, Malaysia bincang hubungan, perkembangan terkini konflik Asia Barat Dunia Australia bantah rancangan Israel duduki selatan Lubnan Advertisement Teknologi Disney tarik diri daripada pelaburan AS$1 bilion selepas OpenAI hentikan Sora Astro AWANI 25/03/2026 | 12:47 MYT Penamatan perkhidmatan Sora secara tiba-tiba telah meranapkan rancangan integrasi teknologi berkenaan dalam ekosistem kandungan Disney. -Foto Amanz SAN FRANCISCO: Gergasi hiburan global, Disney, dilapor telah membatalkan pelaburan bernilai AS$1 bilion (kira-kira MYR 2.76 bilion) dalam OpenAI susulan keputusan mengejut firma kecerdasan buatan (AI) itu untuk menghentikan operasi model penjanaan video, Sora, berkuat kuasa hari ini.Pelaburan yang diumumkan pada Disember tahun lalu itu pada asalnya bertujuan sebagai sebahagian daripada penyelesaian isu pelanggaran hak cipta, selain membolehkan pelesenan watak-watak ikonik Disney untuk dijana secara rasmi melalui platform tersebut, lapor Amanz.Advertisement Bagaimanapun, penamatan perkhidmatan Sora secara tiba-tiba telah meranapkan rancangan integrasi teknologi berkenaan dalam ekosistem kandungan Disney.Walaupun Sora mencetuskan fenomena global dengan jumlah pengguna yang tinggi, OpenAI dilaporkan gagal menukar populariti tersebut kepada pendapatan langganan yang mampan.Firma itu dikatakan menanggung kerugian operasi sehingga AS$15 juta sehari akibat kos pemprosesan video yang dijana secara percuma, menjadikan Sora produk pertama yang dihentikan oleh OpenAI atas faktor kewangan.Keputusan ini juga dipengaruhi oleh tekanan ekonomi global kesan konflik di Asia Barat serta keperluan OpenAI untuk mengalihkan dana besar bagi pembinaan pusat data baharu.Laporan industri minggu ini menunjukkan OpenAI kini akan menumpukan sepenuhnya kepada segmen pelanggan perusahaan dan aplikasi produktiviti bagi memastikan kelangsungan aliran tunai syarikat. Topic Berkaitan #Disney #OpenAI #Sora #pelaburan AS$1 bilion #video AI #hak cipta #industri hiburan #teknologi AI Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Artikel Penuh Berita Terkini Malaysia PDRM kekal benteng utama pertahan keamanan negara – KPN few seconds ago Dunia Menteri Luar Iran, Malaysia bincang hubungan, perkembangan terkini konflik Asia Barat 11 minutes ago Dunia Australia bantah rancangan Israel duduki selatan Lubnan 12 minutes ago Malaysia Cuaca panas berpanjangan boleh jejas kesihatan – KKM 27 minutes ago Dunia Presiden Jerman tegaskan serangan AS-Israel terhadap Iran langgar undang‑undang antarabangsa 35 minutes ago Dunia 'Umpama berunding dengan diri sendiri' – Tehran sindir usaha gencatan senjata AS 47 minutes ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda Close LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got! Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE! Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *