Dua per tiga farmasi di England berisiko ditutup

Dua per tiga farmasi di England berisiko ditutup | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in Malaysia Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Sukan ACLE: Marcos Guilherme teruja bawa JDT ke pusingan 16 Dunia Penerbit siri risikan 'Tehran', Dana Eden, ditemui meninggal dunia di hotel Advertisement Dunia Dua per tiga farmasi di England berisiko ditutup Bernama 18/02/2026 | 20:56 MYT Kebanyakan farmasi sedang mempertimbangkan untuk mengurangkan perkhidmatan kerana telah mencapai “tahap kritikal”. – Gambar hiasan LONDON: Dua pertiga daripada farmasi bebas di England berisiko mengalami “penutupan segera” disebabkan kekangan kewangan, pakar memberi amaran, lapor PA Media/dpa.Kebanyakannya sedang mempertimbangkan untuk mengurangkan perkhidmatan kerana telah mencapai “tahap kritikal”, kata Persatuan Farmasi Kebangsaan (NPA).Advertisement Penutupan farmasi akan “menjejaskan akses” kepada ubat-ubatan bagi jutaan pesakit dan “menggugat” rancangan kerajaan untuk membawa penjagaan lebih dekat ke rumah, tambah NPA.NPA telah menulis surat kepada Setiausaha Kesihatan Wes Streeting untuk mengetengahkan “kedudukan berbahaya” farmasi bebas di England.”Satu tinjauan baru-baru ini mendapati dua pertiga (65 peratus) farmasi di England beroperasi dalam kerugian pada tahun lepas,” menurut surat itu.”Ini bermakna dalam realitinya, dua pertiga farmasi berada dalam risiko sebenar penutupan segera, menjejaskan akses kepada ubat-ubatan yang diperlukan oleh pesakit kami dan menggugat pelan 10 tahun sebelum ia bermula.”Surat itu menyatakan bahawa ahli farmasi sedang menghadapi peningkatan kos yang mendadak bermula April, termasuk kenaikan kadar perniagaan dan kenaikan gaji minimum.Ia juga menekankan bagaimana farmasi “secara rutin mensubsidi preskripsi NHS”, yang disifatkan sebagai “sesuatu yang tidak betul”.”Terlalu ramai antara kami yang terpaksa membuat pinjaman, memaksimumkan overdraf dan menggunakan simpanan pencen yang kami raih sepanjang hayat bekerja, hanya untuk memastikan farmasi kami terus bertahan,” tambah surat itu.”Kami tidak mahu membuat keputusan yang perit pada April mengenai sama ada farmasi boleh terus dibuka atau perkhidmatan mana yang perlu dikurangkan.”NPA, yang mewakili kira-kira 6,000 farmasi bebas, menggesa kerajaan untuk memberikan peningkatan pembiayaan melebihi kadar inflasi dan memperbaharui kontrak farmasi.Olivier Picard, pengerusi Persatuan Farmasi Kebangsaan berkata: “Hakikat bahawa begitu banyak farmasi beroperasi dalam kerugian sepatutnya memberikan amaran serius kepada Kerajaan. Ini kerana kelangsungan bekalan ubat bagi jutaan rakyat kini terancam jika farmasi ini terus ditutup.” “Farmasi yang berkhidmat kepada jutaan pesakit berada dalam risiko sebenar untuk ditutup apabila gelombang kos baharu tiba, dan mereka berdepan dengan keputusan yang perit tentang bagaimana untuk meneruskannya.”Tanpa tindakan segera, berjuta-juta pesakit berisiko kehilangan bahagian paling mudah diakses dalam NHS; iaitu farmasi tempatan mereka.”Rancangan Wes Streeting untuk membawa penjagaan kepada komuniti tidak akan berlaku jika beliau membiarkan farmasi terus ditutup dan farmasi yang masih ada terpaksa bertahan dengan pemilik farmasi mencagarkan semula rumah mereka atau menggunakan simpanan pencen.”Kami telah mengorak langkah ke hadapan tahun lepas dan kami mahu Wes Streeting menunaikan janjinya kepada ribuan farmasi untuk memberikan kestabilan yang kami perlukan untuk melabur dalam masa depan.”Jurucakap Jabatan Kesihatan dan Penjagaan Sosial berkata: “Farmasi komuniti adalah pintu hadapan yang penting kepada NHS, dan kami sedang berusaha keras untuk memulihkan keadaan selepas sedekad kekurangan pembiayaan dan pengabaian yang menyebabkan sektor ini di ambang kehancuran.”Tahun ini kami meningkatkan pembiayaan farmasi komuniti kepada £3.1 bilion (kira-kira US$4.2 bilion) yang merupakan peningkatan terbesar bagi mana-mana bahagian NHS dalam tempoh dua tahun kebelakangan ini.”Ini akan membantu kami memberikan lebih banyak penjagaan kepada pesakit berhampiran rumah, sekali gus mengurangkan beban janji temu doktor am (GP).”Farmasi adalah teras kepada peralihan kami ke arah penjagaan berasaskan komuniti, dengan perkhidmatan seperti perundingan perancang keluarga percuma telah mencapai lebih 660,000 orang dalam tempoh 12 bulan sehingga Ogos 2025 – peningkatan sebanyak 300 peratus berbanding tahun sebelumnya.”– BERNAMA-PA MEDIA/DPA  Topic Berkaitan #England #Farmasi #penutupan #operasi #penjagaan komuniti Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Kisah Penuh Berita Terkini Malaysia Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini 39 minutes ago Sukan ACLE: Marcos Guilherme teruja bawa JDT ke pusingan 16 1 hour ago Dunia Penerbit siri risikan 'Tehran', Dana Eden, ditemui meninggal dunia di hotel 1 hour ago Sukan Tiada manfaat jika kerap tukar jurulatih – Khiew Hoe Yean 1 hour ago Sukan Boling Padang 7 Negara: Malaysia muncul juara keseluruhan! 1 hour ago Malaysia Polis tahan lelaki disyaki pecah skrin mesin ATM di Jinjang 1 hour ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda Close LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got! Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE! Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *