‘Duit Duyong' edisi terhad sempena Tahun Baharu Cina jadi simbol perpaduan | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in Malaysia Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Sukan ACLE: Marcos Guilherme teruja bawa JDT ke pusingan 16 Dunia Penerbit siri risikan 'Tehran', Dana Eden, ditemui meninggal dunia di hotel Advertisement Malaysia ‘Duit Duyong' edisi terhad sempena Tahun Baharu Cina jadi simbol perpaduan Bernama 18/02/2026 | 22:46 MYT Mohd Noor Helmy, menunjukkan cenderahati ‘fantasy note’ atau ‘Duit Duyong’ edisi terhad sempena Tahun Baharu Cina ketika ditemui hari ini. – Gambar Bernama MELAKA: Inisiatif memperkenalkan fantasy note atau “Duit Duyong” edisi terhad sempena Tahun Baharu Cina bukan sekadar berfungsi sebagai cenderamata sebaliknya menjadi simbol keharmonian dan perpaduan masyarakat berbilang kaum di Dewan Undangan Negeri (DUN) Duyong.Ahli DUN (ADUN) Duyong Datuk Mohd Noor Helmy Abdul Halem berkata sempena Tahun Kuda pada tahun ini, sebanyak 2,000 keping nota koleksi itu dicetak secara edisi terhad dengan nombor siri bermula YB8888001.Advertisement Beliau berkata inisiatif itu juga adalah kesinambungan usaha yang dilaksanakan sejak tahun 2024 bagi menghargai masyarakat yang menyambut perayaan tersebut di kawasan diwakilinya.“Pada 2024, kita memperkenalkan cenderamata seperti syiling emas dan tahun lepas pula kita beri kad ucapan kaligrafi Tahun Baharu.”Tahun ini, kita tampil dengan nota koleksi sebagai simbol bagi memeriahkan lagi suasana perayaan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di Duyong,” katanya kepada Bernama.Mohd Noor Helmy berkata beliau turut membuat bidaan bagi nombor siri istimewa YB8888888 yang berjaya diperoleh pada harga RM4,000 menerusi platform Facebook, dan hasil itu akan disumbang kepada Rumah Villa Harapan untuk tujuan kebajikan.Beliau berkata reka bentuk nota berwarna merah itu bertemakan kemeriahan Tahun Baharu dengan elemen Tahun Kuda serta menggabungkan identiti tempatan Duyong selain mengekalkan ciri keselamatan yang boleh dilihat menggunakan sinaran ultraungu manakala material digunakan hampir menyerupai tekstur wang kertas sebenar namun tidak mempunyai nilai sah dan hanya berfungsi sebagai bahan koleksi.”Sebahagian nota berkenaan turut dihantar ke Perkhidmatan Penggredan Syiling Profesional (PCGS) di Amerika Syarikat bagi proses pengesahan dan penarafan,” katanya.Antara ciri lain pada nota itu ialah imej berlatarbelakangkan Muzium Hang Tuah serta potret beliau, unsur yin dan yang, bunga kebangsaan, tanglung, kuda selain frasa ucapan Tahun Baharu.Angka “88” yang tertera pada nota berkenaan turut menjadi simbolik kerana dianggap membawa tuah dalam kepercayaan masyarakat Cina.Mohd Noor Helmy berkata inisiatif itu juga diharap menyemarakkan semangat perpaduan dan sikap saling menghormati dalam kalangan penduduk setempat.– BERNAMA TAG: ADUN, Mohd Noor Helmy Abdul Halem, Tahun Baharu Cina, DUN Duyong, perpaduan, kebajikan Topic Berkaitan #DUN Duyong #Tahun Baharu Cina #semangat perpaduan #ciri keselamatan Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Kisah Penuh Berita Terkini Malaysia Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini 38 minutes ago Sukan ACLE: Marcos Guilherme teruja bawa JDT ke pusingan 16 1 hour ago Dunia Penerbit siri risikan 'Tehran', Dana Eden, ditemui meninggal dunia di hotel 1 hour ago Sukan Tiada manfaat jika kerap tukar jurulatih – Khiew Hoe Yean 1 hour ago Sukan Boling Padang 7 Negara: Malaysia muncul juara keseluruhan! 1 hour ago Malaysia Polis tahan lelaki disyaki pecah skrin mesin ATM di Jinjang 1 hour ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda Close LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got! Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE! Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers
‘Duit Duyong' edisi terhad sempena Tahun Baharu Cina jadi simbol perpaduan
