Enam 'doktor' warga asing antara 18 ditahan dalam operasi khas JIM di Pudu | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in Malaysia CEO baharu diharap teruskan agenda pengukuhan FELCRA – Ahmad Zahid Malaysia Jumlah mangsa banjir di Beaufort meningkat Dunia Parti Nasionalis Bangladesh umum bentuk kerajaan menjelang Ahad Advertisement Malaysia Enam 'doktor' warga asing antara 18 ditahan dalam operasi khas JIM di Pudu Bernama 14/02/2026 | 09:50 MYT Lokman berkata 18 warga asing berusia 24 hingga 51 tahun berjaya ditahan, termasuk enam individu yang berlagak sebagai ‘doktor’ dan menawarkan rawatan kepada komuniti warga asing. – Foto Facebook/Lokman Effendi Raml KUALA LUMPUR: Kegiatan “doktor” warga asing menawarkan perkhidmatan perubatan tanpa lesen di sebalik premis menjual barangan harian tumpas selepas Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menggempur sembilan lokasi dalam operasi khas di sekitar Jalan Tun Tan Siew Sin, Pudu, petang semalam.Serbuan bermula 4 petang itu dijalankan Pasukan Taktikal Khas (PASTAK) Bahagian Perisikan dan Operasi Khas JIM dengan kerjasama Cawangan Penguatkuasaan Farmasi Jabatan Kesihatan Kuala Lumpur, hasil risikan selama dua minggu.Advertisement Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Imigresen Datuk Lokman Effendi Ramli berkata 18 warga asing berusia 24 hingga 51 tahun berjaya ditahan, termasuk enam individu yang berlagak sebagai ‘doktor’ dan menawarkan rawatan kepada komuniti warga asing.Beliau berkata pemeriksaan mendapati premis terbabit berselindung di sebalik perniagaan sah.”Premis yang diserbu didapati menjalankan perniagaan seperti menjual barangan keperluan harian, kedai kain, kedai makan, kaunter syarikat pelancongan dan kedai gunting rambut di bahagian hadapan, manakala bahagian belakang diubah suai menjadi bilik pemeriksaan serta stor penyimpanan ubat-ubatan tidak berdaftar,” katanya kepada pemberita selepas operasi berkenaan.Lokman Effendi berkata kebanyakan pelanggan terdiri daripada warga Bangladesh yang mendapatkan rawatan di premis berkenaan kerana caj yang lebih murah dan mudah untuk berkomunikasi.Hasil pemeriksaan turut mendapati premis terbabit membekalkan pelbagai jenis ubat yang sepatutnya memerlukan preskripsi doktor pakar.”Antara ubat yang dirampas ialah ubat bagi penyakit kencing manis, darah tinggi dan kolesterol selain antibiotik dan ubat tahan sakit. Semua ubat ini tidak mempunyai kelulusan Kementerian Kesihatan,” katanya.Siasatan awal mendapati ubat-ubatan itu dipercayai dibawa masuk ke negara ini dalam kuantiti yang banyak oleh pelancong dari Bangladesh sebelum dihantar ke premis terbabit untuk dijual pada harga antara RM50 dan RM100.”Semua 18 lelaki (17 warga Bangladesh dan seorang warga Myanmar) ditahan atas kesalahan di bawah Akta Jualan Dadah 1952 dan Akta Imigresen 1959/63 kerana tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah, salah guna pas, dan tinggal lebih masa,” katanya.– BERNAMA Topic Berkaitan #Warga Asing #JIM #Doktor #serbuan Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Kisah Penuh Berita Terkini Malaysia CEO baharu diharap teruskan agenda pengukuhan FELCRA – Ahmad Zahid 24 minutes ago Malaysia Jumlah mangsa banjir di Beaufort meningkat 34 minutes ago Dunia Parti Nasionalis Bangladesh umum bentuk kerajaan menjelang Ahad 44 minutes ago Bisnes Ringgit dijangka diniagakan tinggi minggu depan, dipacu momentum pertumbuhan kukuh 53 minutes ago Dunia Tentera AS bunuh tiga orang dalam serangan terbaharu ke atas bot di Caribbean 1 hour ago Malaysia Maritim Malaysia berjaya selamatkan 1,786 mangsa menerusi 256 operasi sepanjang 2025 1 hour ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda Close LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got! Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE! Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers
Enam 'doktor' warga asing antara 18 ditahan dalam operasi khas JIM di Pudu
