Epic Games buang 1,000 kakitangan, beberapa mod Fortnite ditamatkan | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in Malaysia "Kawalan kami kukuh, tidak perlu pasang periuk api di Selat Hormuz" – Iran Malaysia Nelayan tular isi minyak dalam tong ada permit sah – KPDN Pulau Pinang Teknologi Disney tarik diri daripada pelaburan AS$1 bilion selepas OpenAI hentikan Sora Advertisement Teknologi Epic Games buang 1,000 kakitangan, beberapa mod Fortnite ditamatkan Astro AWANI 25/03/2026 | 12:15 MYT Kemerosotan ini dikaitkan dengan ketiadaan Fortnite di platform App Store dan Play Store susulan pertikaian berpanjangan mengenai sistem pembelian dalam aplikasi (IAP) bersama Apple serta Google. -Foto Amanz CARY: Syarikat pembangun permainan video terkemuka, Epic Games, mengumumkan pemberhentian lebih 1,000 kakitangan semalam ekoran penurunan ketara jumlah pemain Fortnite serta bebanan kos guaman yang tinggi.Ketua Pegawai Eksekutif Epic Games, Tim Sweeney, dalam satu kenyataan menjelaskan bahawa langkah drastik itu terpaksa diambil selepas perbelanjaan syarikat mula melebihi pendapatan sejak tahun 2025, lapor Amanz.Advertisement Kemerosotan ini dikaitkan dengan ketiadaan Fortnite di platform App Store dan Play Store susulan pertikaian berpanjangan mengenai sistem pembelian dalam aplikasi (IAP) bersama Apple serta Google.Selain pengurangan tenaga kerja, Epic Games turut melaksanakan pemotongan kontrak, pengurangan kos pemasaran, serta pembekuan pengambilan jawatan baharu yang dijangka mampu menjimatkan syarikat sehingga AS$500 juta (sekitar RM2 bilion).Kekalahan dalam kes mahkamah menentang Apple dan penyelesaian luar mahkamah dengan Google baru-baru ini turut dilaporkan memberi kesan kewangan yang besar kepada syarikat.Sebagai sebahagian daripada pelan penstrukturan semula bagi mengurangkan kos operasi, tiga mod permainan di dalam Fortnite iaitu Rocket Racing, Ballistic, dan Festival Battle Stage telah ditamatkan secara rasmi.Walau bagaimanapun, Epic Games menegaskan akan terus memberikan fokus utama kepada pembangunan kandungan baharu bagi Fortnite serta mempercepatkan pembangunan enjin grafik generasi seterusnya, Unreal Engine 6, melalui Unreal Editor for Fortnite (UEFN). Topic Berkaitan #Epic Games #fortnite #Pemberhentian pekerja #Tim Sweeney #Industri permainan video #Unreal Engine 6 #UEFN #pasaran permainan global Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Artikel Penuh Berita Terkini Malaysia "Kawalan kami kukuh, tidak perlu pasang periuk api di Selat Hormuz" – Iran 7 minutes ago Malaysia Nelayan tular isi minyak dalam tong ada permit sah – KPDN Pulau Pinang 18 minutes ago Teknologi Disney tarik diri daripada pelaburan AS$1 bilion selepas OpenAI hentikan Sora 30 minutes ago Malaysia Tawau diisytihar dilanda kemarau 34 minutes ago Malaysia Lima kru warga Thailand melecur dapur kapal kargo terbakar 47 minutes ago Malaysia Ranhill SAJ dan Yes tawar penjimatan bil air, perluas capaian digital di Johor 57 minutes ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda Close LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got! Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE! Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers
Epic Games buang 1,000 kakitangan, beberapa mod Fortnite ditamatkan
