EU tekan usaha diplomatik selesai sekatan Selat Hormuz, ketenteraan bukan pilihan – Kallas

EU tekan usaha diplomatik selesai sekatan Selat Hormuz, ketenteraan bukan pilihan – Kallas | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in [TERKINI] Kuota subsidi BUDI95 diselaraskan kepada 200 liter sebulan mulai 1 April 2026 Malaysia Isu pemain warisan: Keputusan CAS buka peluang pemain tempatan – Indra Putra Dunia Letupan gegarkan ibu kota Iran dalam serangan AS-Israel Malaysia Berita pertunangan Syed Saddiq, Bella terus raih perhatian, netizen tumpang gembira Advertisement Dunia EU tekan usaha diplomatik selesai sekatan Selat Hormuz, ketenteraan bukan pilihan – Kallas Bernama 28/03/2026 | 08:40 MYT Kallas menekankan keperluan dialog dan penyelarasan dengan rakan antarabangsa. – Gambar/ Reuters BRUSSELS: Ketua Dasar Luar Kesatuan Eropah (EU) Kaja Kallas, berkata pada Jumaat bahawa perbincangan sedang dijalankan bagi mencari penyelesaian diplomatik terhadap sekatan di Selat Hormuz, sambil menegaskan bahawa penyelesaian secara ketenteraan bukan pilihan, lapor Anadolu Ajansi.Bercakap kepada stesen penyiar Perancis BFMTV di luar Mesyuarat Menteri Luar G7 di Perancis, Kallas menekankan keperluan dialog dan penyelarasan dengan rakan antarabangsa.Advertisement “Perbincangan sedang berlangsung untuk mencari penyelesaian diplomatik. Kami tidak melihat sebarang penyelesaian ketenteraan untuk ini. Oleh itu, mesti ada jalan keluar secara diplomatik. Inilah juga yang kami bincangkan di sini bersama pihak Amerika Syarikat,” katanya.Kallas berkata negara anggota EU sedang memantau rapat perkembangan di Asia Barat.“Negara anggota benar-benar meneliti bentuk sokongan yang boleh diberikan, kerana kebebasan pelayaran adalah kepentingan bersama kita semua, namun kita juga perlu memahami apakah keperluan konkrit,” katanya.Ketegangan serantau di Asia Barat meningkat sejak Israel dan AS melancarkan serangan bersama ke atas Iran pada 28 Februari, yang setakat ini meragut nyawa lebih 1,300 orang, termasuk Pemimpin Agung Iran ketika itu, Ayatollah Ali Khamenei.Iran  membalas dengan serangan dron dan peluru berpandu di seluruh rantau itu dan secara berkesan menutup Selat Hormuz kepada kebanyakan kapal. Laluan penting minyak ini biasanya mengendalikan kira-kira 20 juta tong sehari, serta kira-kira 20 peratus perdagangan gas asli cecair global.– BERNAMA-ANADOLU  Topic Berkaitan #konflik Asia Barat #konflik Timur Tengah #Kaja Kallas #selat hormuz Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Artikel Penuh Berita Terkini Malaysia Isu pemain warisan: Keputusan CAS buka peluang pemain tempatan – Indra Putra 13 minutes ago Dunia Letupan gegarkan ibu kota Iran dalam serangan AS-Israel 27 minutes ago Malaysia Berita pertunangan Syed Saddiq, Bella terus raih perhatian, netizen tumpang gembira 43 minutes ago Malaysia Perlis, sebahagian Kedah dan Perak alami gelombang haba 58 minutes ago Malaysia Jurang ranking Harimau Malaya-Indonesia semakin jauh 1 hour ago Dunia Salah mampu beraksi sehingga usia 40 tahun – Klopp 1 hour ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got! Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE! Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *