Fail Epstein dedah dakwaan tidak disahkan terhadap Trump | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in Politik Samsuri nafi terlibat ‘Langkah Bangkok’ Politik Hasrat Khairy sertai agenda Rumah Bangsa beri sinar baharu kepada UMNO – Reezal Merican Malaysia Teksi rentas sempadan Singapura dijangka perlu guna sistem penjejakan seperti ERP2 di Johor Advertisement Dunia Fail Epstein dedah dakwaan tidak disahkan terhadap Trump Astro AWANI 07/03/2026 | 09:20 MYT Ketua Minoriti Senat, Chuck Schumer dengan Senator Jeff Merkley di belakangnya, menunjukkan foto pesalah pemerdagangan seks Jeffrey Epstein bersama Donald Trump. – Foto AP WASHINGTON: Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) telah mendedahkan sekumpulan dokumen baharu berkaitan kes Jeffrey Epstein, termasuk ringkasan temu bual FBI dengan seorang wanita yang membuat dakwaan tidak disahkan terhadap Presiden Donald Trump.Fail-fail itu sebelum ini tidak dimasukkan dalam pangkalan data DOJ, mencetuskan tuduhan “menutup maklumat” daripada sebilangan ahli Demokrat.Advertisement DOJ menjelaskan bahawa dokumen berkenaan “tersilap disisihkan” kerana ia dikodkan secara salah sebagai salinan pendua ketika semakan fail dilakukan.Dokumen itu merangkumi tiga memo yang merujuk kepada siri temu bual FBI pada tahun 2019 dengan seorang wanita yang mengaitkan Trump dan Epstein dengan dakwaan salah laku; FBI tidak membuat susulan dengan wanita itu selepas temu bual tersebut.Menurut salah satu memo, wanita tersebut mendakwa dirinya diperkenalkan kepada Trump oleh Epstein pada 1980-an ketika dia masih remaja.Namun dokumen itu menyatakan bahawa dakwaan tersebut tidak disokong bukti, dan tidak jelas sama ada Trump dan Epstein saling mengenali pada tempoh yang didakwa.Dalam kenyataan balas, White House menyifatkan dakwaan berkenaan sebagai “tidak berasas sepenuhnya” dan “tanpa sebarang bukti kredibel”.Setiausaha Akhbar Karoline Leavitt menyatakan bahawa, berdasarkan fail Epstein yang telah didedahkan setakat ini, Trump dianggap telah dibersihkan sepenuhnya daripada sebarang dakwaan yang timbul.Leavitt menambah bahawa pentadbiran Joe Biden sebelum ini juga tidak membawa sebarang pertuduhan berkaitan dakwaan tersebut kerana “mereka tahu Presiden Trump tidak melakukan apa-apa kesalahan”.Trump disebut ribuan kali dalam fail DOJ terkini, termasuk surat-menyurat Epstein sendiri, namun tiada pertuduhan jenayah ke atas Trump daripada mana-mana mangsa Epstein setakat ini.Media AS, termasuk NPR dan The New York Times, sebelum ini melaporkan bahawa indeks dan nombor siri fail DOJ menunjukkan empat temu bual dengan wanita itu pernah dijalankan, namun tiga ringkasan temu bual, lebih 50 muka surat, tidak tersenarai di laman web DOJ pada fasa awal pendedahan fail Epstein.Difahamkan, temu bual tersebut dijalankan sebagai sebahagian siasatan terhadap Ghislaine Maxwell, yang dihukum penjara pada tahun 2022 atas jenayah pemerdagangan seks.Fail yang diterbitkan turut mengandungi senarai panggilan tip line FBI yang mengemukakan pelbagai dakwaan terhadap Trump, Epstein dan tokoh terkenal lain, kebanyakannya bersifat tidak disahkan dan tanpa bukti sokongan.DOJ sebelum ini mengingatkan bahawa beberapa dakwaan yang dihantar kepada FBI sebelum pilihan raya 2020 adalah “sensasi tetapi tidak benar”.Awal minggu ini, sebuah jawatankuasa Dewan Perwakilan mengundi untuk mengeluarkan sepina kepada Peguam Negara Pam Bondi bagi menjelaskan pengendalian fail Epstein oleh DOJ.Undian itu disokong oleh kedua-dua parti Republikan dan Demokrat.Pada November lalu, Kongres meluluskan undang-undang yang mengarahkan DOJ untuk mendedahkan semua bahan berkaitan siasatan Epstein.Sejak itu, jutaan dokumen telah didedahkan kepada umum. Topic Berkaitan #Jeffrey Epstein #Donald Trump #DOJ #FBI Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Artikel Penuh Berita Terkini Politik Samsuri nafi terlibat ‘Langkah Bangkok’ 12 minutes ago Politik Hasrat Khairy sertai agenda Rumah Bangsa beri sinar baharu kepada UMNO – Reezal Merican 22 minutes ago Malaysia Teksi rentas sempadan Singapura dijangka perlu guna sistem penjejakan seperti ERP2 di Johor 42 minutes ago Dunia Ledakan video perang palsu berasaskan AI bangkit di tengah konflik Iran 52 minutes ago Politik Khairy Jamaluddin sedia kembali ke pangkuan UMNO 1 hour ago Malaysia Perubahan jadual laluan Putrajaya pada 7 hingga 8 Mac – Rapid Rail 1 hour ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda Close LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got! Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE! Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers
Fail Epstein dedah dakwaan tidak disahkan terhadap Trump
