Futurise-MDEC bentuk enjin baharu ekonomi digital

Futurise-MDEC bentuk enjin baharu ekonomi digital | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in Malaysia Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Politik Krisis Bersatu: Hamzah kongsi gambar pertemuan dengan Hadi, pimpinan Pas lain Politik Anwar mahu Kedah jadi contoh kubu terbaik PKR Advertisement Bisnes Futurise-MDEC bentuk enjin baharu ekonomi digital Malekah Aisyah 13/02/2026 | 20:36 MYT Di bawah naungan MDEC, Futurise dijangka memperkukuh peranannya sebagai pemangkin strategik inovasi melalui pemodenan kawal selia, nasihat dasar dan pembangunan teknologi generasi baharu. – Gambar fail/MDEC CYBERJAYA: Ekosistem inovasi digital Malaysia menerima suntikan baharu apabila Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) mengumumkan Futurise Sdn Bhd akan beralih daripada anak syarikat Cyberview Sdn Bhd untuk disepadukan di bawah MDEC.Peralihan strategik ini dijangka mempercepat pembangunan inovasi yang memberi impak langsung kepada masyarakat melalui struktur tadbir urus yang lebih terselaras dan bersepadu.Advertisement Langkah tersebut mencerminkan usaha kerajaan menyatukan aset inovasi negara bagi membina enjin digital yang lebih kukuh, sekali gus meningkatkan kecekapan pelaksanaan dasar serta mempercepat penerapan teknologi baharu dalam kehidupan harian rakyat.Menteri Digital, Gobind Singh Deo berkata, penyelarasan ini mewujudkan pendekatan menyeluruh kerajaan dalam memacu kemajuan digital negara.“Langkah ini menyelaraskan aset inovasi utama negara di bawah MDEC sebagai sebahagian daripada pendekatan seluruh kerajaan ke arah kemajuan digital.“Dengan mengintegrasikan mandat Futurise di bawah MDEC, kita mewujudkan enjin yang lebih padu dan berkuasa untuk inovasi, keanjalan kawal selia serta inisiatif digital berimpak tinggi,” katanya menerusi sebuah kenyataan media.Beliau menambah, Futurise akan terus menerajui National Regulatory Sandbox (NRS), memacu kemudahan urusan perniagaan serta mempercepat penyelidikan yang diterajui industri dan inovasi sosial dengan skala dan penyelarasan di peringkat nasional yang lebih kukuh.“Futurise akan terus menerajui National Regulatory Sandbox (NRS), memacu kemudahan menjalankan perniagaan serta mempercepat penyelidikan yang dipimpin industri dan inovasi masyarakat, dengan keupayaan peluasan dan penyelarasan nasional yang dipertingkat,” tambahnya.Di bawah naungan MDEC, Futurise dijangka memperkukuh peranannya sebagai pemangkin strategik inovasi melalui pemodenan kawal selia, nasihat dasar dan pembangunan teknologi generasi baharu termasuk kecerdasan buatan (AI), sejajar aspirasi Malaysia untuk muncul sebagai negara peneraju AI menjelang 2030.Perluasan NRS pula akan menyediakan persekitaran ujian yang lebih mantap dan terkawal bagi penyelesaian berasaskan teknologi, sekali gus mempererat kerjasama industri serta membantu kerajaan menilai dan mengguna pakai inovasi yang memberi manfaat kepada rakyat.Ketua Pegawai Eksekutif MDEC, Anuar Fariz Fadzil menyifatkan penyertaan Futurise sebagai titik penting dalam penyatuan keupayaan inovasi negara.“Menyatukan Futurise ke dalam MDEC merupakan langkah penting dalam memperkukuh keupayaan inovasi Malaysia.“Kepakaran Futurise dalam pengurusan sandbox kawal selia akan meningkatkan inisiatif strategik kami dengan ketara serta menyokong kerjasama lebih rapat dengan kementerian dan peneraju industri untuk mengkomersialkan teknologi baharu,” jelasnya.Menurutnya, Futurise akan terus berfungsi sebagai badan penasihat dasar utama dalam membangunkan rangka kerja kawal selia progresif bagi memastikan ekonomi digital Malaysia kekal berdaya saing dan mesra inovator.“Futurise akan terus berperanan sebagai badan penasihat dasar utama dalam membangunkan rangka kerja kawal selia progresif untuk memastikan ekonomi digital Malaysia kekal relevan pada masa hadapan serta mengurangkan halangan kepada inovator,” ujarnya.Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Cyberview, Kamarul Ariffin Abdul Samad berkata Futurise yang dibangunkan melalui mandat Cyberview di Cyberjaya kini berkembang menjadi aset inovasi nasional.“Futurise lahir daripada mandat Cyberview untuk menyemai masa depan melalui Cyberjaya sebagai hab teknologi global.“Apabila Futurise beralih ke MDEC, kami melihat sebuah syarikat permulaan yang kami bangunkan kini matang menjadi aset nasional, sekali gus mencerminkan pendekatan seluruh kerajaan,” katanya.Secara keseluruhan, penyatuan ini bukan sekadar perubahan struktur organisasi, tetapi mencerminkan komitmen negara untuk membina ekosistem digital yang lebih tangkas, inklusif dan berfokus masa depan. Topic Berkaitan #MDEC Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Kisah Penuh Berita Terkini Malaysia Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini 1 hour ago Politik Krisis Bersatu: Hamzah kongsi gambar pertemuan dengan Hadi, pimpinan Pas lain 3 hours ago Politik Anwar mahu Kedah jadi contoh kubu terbaik PKR 3 hours ago Malaysia AKPS Pelabuhan Klang gagalkan cubaan seludup 17 tan aiskrim 3 hours ago Bisnes "Papa Zola The Movie" raih RM68.2 juta kutipan pecah panggung 3 hours ago Dunia Israel rancang sekat akses ke Masjid Al-Aqsa pada Ramadan – Bekas mufti 3 hours ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda Close LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got! Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE! Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *