Gajah Sumatera ditemukan mati di Aceh | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in Dunia Ribut musim sejuk landa timur laut AS, NYC umum larangan perjalanan Malaysia Tabung Masjid Seksyen 7 Shah Alam dicuri, polis buru empat suspek Dunia Rangka St Francis of Assisi dipamer kepada umum sempena ulang tahun ke-800 Advertisement Dunia Gajah Sumatera ditemukan mati di Aceh Bernama 23/02/2026 | 05:45 MYT Seekor gajah Sumatera, spesies yang sangat dilindungi di Indonesia, ditemukan mati di kawasan ladang penduduk di Aceh Tengah, dipercayai akibat terkena renjatan kabel elektrik bervoltan tinggi. – Gambar Bernama JAKARTA: Seekor gajah Sumatera, spesies yang sangat dilindungi di Indonesia, ditemukan mati di kawasan ladang penduduk di Aceh Tengah, dipercayai akibat terkena renjatan kabel elektrik bervoltan tinggi.Ketua Balai Konservasi Sumber Daya Alam (BKSDA) Aceh, Ujang Wisnu Barata berkata, bangkai gajah betina yang dianggarkan berusia kira-kira 20 tahun itu ditemukan pada Sabtu, susulan laporan daripada penduduk setempat.Advertisement “Gajah itu disyaki mati pada Jumaat malam (20 Feb). Semasa ditemukan, belalai gajah berkenaan masih terlilit pada kabel elektrik,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh BKSDA Aceh pada Ahad.Gajah Sumatera disenaraikan sebagai spesies dilindungi di bawah undang-undang pemuliharaan Indonesia yang dikeluarkan oleh Kementerian Alam Sekitar dan Perhutanan, menjadikannya satu kesalahan di bawah undang-undang untuk membunuh, menangkap atau memperdagangkan haiwan berkenaan.Menurut Tabung Hidupan Liar Sedunia (WWF), subspesies ini juga diklasifikasikan sebagai Terancam Kritikal oleh Kesatuan Antarabangsa bagi Pemuliharaan Alam Sekitar (IUCN) berikutan penurunan populasi yang disebabkan oleh kehilangan habitat serta konflik manusia-hidupan liar.Ujang berkata, pihak berkuasa telah memasang garisan polis di sekitar lokasi kejadian untuk mengawal kawasan itu sementara menunggu ketibaan pasukan veterinar bagi menjalankan bedah siasat dan menguruskan penanaman bangkai gajah itu.Beliau turut mengeluarkan amaran keras terhadap penggunaan dawai elektrik bervoltan tinggi, dengan menegaskan bahawa amalan sedemikian mendatangkan risiko serius bukan sahaja kepada hidupan liar tetapi juga terhadap keselamatan manusia.– BERNAMA Topic Berkaitan #Gajah Sumatera #Indonesia #Aceh #renjatan #spesies dilindungi #WWF Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Kisah Penuh Berita Terkini Dunia Ribut musim sejuk landa timur laut AS, NYC umum larangan perjalanan 3 minutes ago Malaysia Tabung Masjid Seksyen 7 Shah Alam dicuri, polis buru empat suspek 18 minutes ago Dunia Rangka St Francis of Assisi dipamer kepada umum sempena ulang tahun ke-800 33 minutes ago Dunia 'Tidak, terima kasih’: Greenland, Denmark tolak tawaran kapal hospital Trump 48 minutes ago Dunia Ketua kartel dadah paling dikehendaki Mexico, ‘El Mencho’, maut dalam operasi ketenteraan 1 hour ago Malaysia Gempa bumi 6.8 magnitud di perairan Kota Kinabalu, tiada ancaman tsunami – Met Malaysia 1 hour ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda Close LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got! Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE! Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers
Gajah Sumatera ditemukan mati di Aceh
