Google perkenal Nano Banana 2, tingkat ketepatan imej dan teks dalam penjanaan AI

Google perkenal Nano Banana 2, tingkat ketepatan imej dan teks dalam penjanaan AI | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in Malaysia Bekas CEO Malakoff dan UEM Sunrise, Anwar Syahrin meninggal dunia Teknologi Google perkenal Nano Banana 2, tingkat ketepatan imej dan teks dalam penjanaan AI Malaysia MWL lancar pertandingan 'Iman & Sains' sepanjang Ramadan Advertisement Teknologi Google perkenal Nano Banana 2, tingkat ketepatan imej dan teks dalam penjanaan AI Astro AWANI 27/02/2026 | 13:00 MYT Nano Banana 2 memanfaatkan pangkalan pengetahuan dunia sebenar Gemini serta maklumat masa nyata daripada carian web bagi menjana imej, infografik dan diagram yang lebih tepat. -Foto Amanz GOOGLE hari ini memperkenalkan Nano Banana 2, juga dikenali sebagai Gemini 3.1 Flash Image, iaitu model penjanaan imej kecerdasan buatan (AI) terbaharu yang menawarkan peningkatan signifikan berbanding generasi sebelumnya.Model ini dibina untuk menjana imej dengan lebih konsisten dan menghasilkan teks yang lebih jitu, lapor Amanz.Advertisement Nano Banana 2 memanfaatkan pangkalan pengetahuan dunia sebenar Gemini serta maklumat masa nyata daripada carian web bagi menjana imej, infografik dan diagram yang lebih tepat.Ciri ini membolehkan pengguna menghasilkan visual yang lebih berkonteks, termasuk grafik pendidikan, carta dan kandungan data.Google turut menambah baik kebolehan penjanaan teks dalam imej, termasuk terjemahan dan penyetempatan teks dengan ketepatan lebih tinggi.Ia sekali gus mengurangkan masalah teks kabur atau tersilap ejaan yang lazim dalam model sebelum ini.Dari aspek konsistensi visual, model baharu ini mampu mengekalkan sehingga 14 objek dalam satu janaan bersiri, selain memastikan watak atau subjek utama kekal stabil antara setiap imej.Pengguna juga boleh menjana imej sehingga resolusi 4K serta dalam pelbagai nisbah mengikut keperluan projek.Nano Banana 2 kini ditawarkan secara berperingkat dalam aplikasi Gemini serta beberapa perkhidmatan Google lain. Ia menggantikan model terdahulu sebagai pilihan lalai bagi kebanyakan mod penjanaan imej.  Topic Berkaitan #Google Nano Banana 2 #Gemini 3.1 Flash Image #penjanaan imej AI #kecerdasan buatan Google #Gemini AI #imej 4K #infografik AI Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Artikel Penuh Berita Terkini Malaysia Bekas CEO Malakoff dan UEM Sunrise, Anwar Syahrin meninggal dunia 2 minutes ago Teknologi Google perkenal Nano Banana 2, tingkat ketepatan imej dan teks dalam penjanaan AI 7 minutes ago Malaysia MWL lancar pertandingan 'Iman & Sains' sepanjang Ramadan 13 minutes ago Dunia Kumpulan pertama tentera bahagian pasukan penstabil mungkin tiba di Gaza pada April 40 minutes ago Dunia Maduro mohon mahkamah AS batalkan dakwaan terhadapnya 48 minutes ago Malaysia Tiga pegawai PALAPES didakwa sebabkan kematian Syamsul Haris 1 hour ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda Close LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got! Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE! Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *