Had pengambilan pelajar luar negara dinaikkan di tiga universiti Jepun untuk tarik bakat global | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in Malaysia Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Sukan ACLE: Marcos Guilherme teruja bawa JDT ke pusingan 16 Dunia Penerbit siri risikan 'Tehran', Dana Eden, ditemui meninggal dunia di hotel Advertisement Dunia Had pengambilan pelajar luar negara dinaikkan di tiga universiti Jepun untuk tarik bakat global Bernama 18/02/2026 | 21:02 MYT Langkah itu bertujuan melahirkan bakat global bagi meningkatkan daya saing Jepun memandangkan persaingan untuk menarik pelajar luar negara yang cemerlang kini semakin sengit. – Gambar hiasan TOKYO: Kementerian Pendidikan Jepun akan membenarkan tiga universiti menerima pelajar antarabangsa melebihi had pengambilan sedia ada di bawah sistem pengecualian baharunya untuk menarik bakat global di tengah-tengah persaingan antarabangsa yang semakin sengit, lapor Agensi Berita Kyodo.Kementerian itu memaklumkan pada Selasa sebanyak 11 fakulti di Universiti Tohoku, Universiti Tsukuba dan Universiti Hiroshima bakal dibenarkan meningkatkan bilangan pelajar asing bermula tahun kewangan 2026 pada April depan. Ini merupakan pemberian pengecualian pertama sejak sistem berkenaan diperkenalkan tahun lepas.Advertisement Fakulti yang terlibat ialah Fakulti Sains di Universiti Tohoku, tujuh sekolah termasuk kemanusiaan dan budaya di Universiti Tsukuba serta tiga fakulti berkaitan sains di Universiti Hiroshima.Langkah itu bertujuan melahirkan bakat global bagi meningkatkan daya saing Jepun memandangkan persaingan untuk menarik pelajar luar negara yang cemerlang kini semakin sengit.Sebelum ini, universiti berhadapan penalti jika melebihi had pengambilan yang ditetapkan, sekali gus menjadi cabaran untuk menerima pelajar antarabangsa secara aktif.Fakulti yang mendapat pensijilan pengecualian khas itu dibenarkan meningkatkan enrolmen maksimum mereka sebanyak lima peratus melebihi had sedia ada.Syarat-syarat untuk mendapatkan pensijilan termasuklah mengekalkan kadar enrolmen sekurang-kurangnya 90 peratus dan mempunyai kedudukan kewangan yang stabil.Tiga daripada lapan universiti yang memohon pada musim luruh tahun lepas telah diberikan pengecualian khas itu selepas melalui proses saringan oleh pakar.– BERNAMA-KYODO Topic Berkaitan #Jepun #Pendidikan #pelajar asing #Universiti Tohoku #Universiti Tsukuba #Universiti Hiroshima Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Kisah Penuh Berita Terkini Malaysia Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini 39 minutes ago Sukan ACLE: Marcos Guilherme teruja bawa JDT ke pusingan 16 1 hour ago Dunia Penerbit siri risikan 'Tehran', Dana Eden, ditemui meninggal dunia di hotel 1 hour ago Sukan Tiada manfaat jika kerap tukar jurulatih – Khiew Hoe Yean 1 hour ago Sukan Boling Padang 7 Negara: Malaysia muncul juara keseluruhan! 1 hour ago Malaysia Polis tahan lelaki disyaki pecah skrin mesin ATM di Jinjang 1 hour ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda Close LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got! Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE! Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers
Had pengambilan pelajar luar negara dinaikkan di tiga universiti Jepun untuk tarik bakat global
