Harga, kebersihan dan kualiti makanan jadi pilihan pengunjung bazar Ramadan

Harga, kebersihan dan kualiti makanan jadi pilihan pengunjung bazar Ramadan | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in Dunia 3 ditikam di perpustakaan di Jepun, lelaki ditahan kerana percubaan membunuh Malaysia Seruan solat hajat dan doa untuk Hashim Jasin Malaysia Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Advertisement Malaysia Harga, kebersihan dan kualiti makanan jadi pilihan pengunjung bazar Ramadan Bernama 19/02/2026 | 23:01 MYT Seawal pukul 4 petang, pengunjung mula membanjiri kawasan bazar, kebanyakannya singgah selepas pulang bekerja, dengan rata-rata mereka yang ditemui berharap kualiti makanan yang dibeli setimpal dengan harga yang dibayar. – BERNAMA KUALA LUMPUR: Setahun berlalu, suasana bazar Ramadan di seluruh negara kembali meriah petang ini dengan pengunjung daripada pelbagai bangsa, selain faktor harga, kebersihan, kualiti makanan serta kemudahan pembayaran digital menjadi pilihan pengguna.Tinjauan Bernama di Wangsa Maju, Kuala Lumpur, mendapati bazar Ramadan di kawasan itu menjadi tumpuan warga kota dengan kira-kira 300 gerai yang menawarkan pelbagai juadah termasuk asam pedas, nasi kukus ayam berempah, ayam bakar percik, nasi ambeng, daging salai Nogori, kuih-muih serta air balang.Advertisement Seawal pukul 4 petang, pengunjung mula membanjiri kawasan bazar, kebanyakannya singgah selepas pulang bekerja, dengan rata-rata mereka yang ditemui berharap kualiti makanan yang dibeli setimpal dengan harga yang dibayar.Bagi peniaga ayam bakar madu, Naufal Nasran, 19, dari Pasir Mas, Kelantan, persiapan 40 hingga 50 ekor ayam bermula seawal 10 pagi bagi memastikan rasa yang terbaik kepada pelanggan dan setakat 5 petang, sambutan terhadap jualannya amat menggalakkan.Di PUTRAJAYA, tinjauan di bazar Ramadan Presint 3 mendapati pengunjung semakin peka terhadap kepentingan tanda harga dan kualiti makanan. Penjawat awam, Adelyn Aleadra, 24, berkata tanda harga memudahkan pelanggan membuat perbandingan dan memilih juadah yang lebih berbaloi. Sementara itu, di NEGERI SEMBILAN, hujan renyai tidak menghalang orang ramai membanjiri bazar Ramadan Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi dengan rata-rata pengunjung memakai pelitup muka dan membawa beg kitar semula, manakala peniaga mengenakan sarung tangan bagi memastikan kebersihan terjaga.Antara gerai yang mencuri tumpuan di bazar itu ialah Popia Kuala Kangsar yang beroperasi lebih 30 tahun dan pada tahun ini memberi kelainan apabila memperkenalkan popia carbonara daging dan ayam, selain menyediakan 700 popia kering dan 700 popia basah pada hari pertama Ramadan. Di KELANTAN, terkenal dengan juadah tradisional seperti nasi kerabu, ayam percik, martabak dan pelbagai kuih-muih, peniaga di bazar Ramadan Stadium Sultan Muhammad IV dan Taman Bendahara, Pengkalan Chepa, menampilkan lesen perniagaan, menutup juadah dengan rapi serta menyediakan kemudahan pembayaran tanpa tunai.Seorang peniaga lauk pauk, Faridah Sapei, 60, berkata peningkatan kos bahan mentah seperti ayam dan santan tidak menjejaskan sambutan pelanggan, malah kebanyakan juadah habis dijual sebelum pukul 6 petang.Di PERAK, suasana keharmonian kaum dan semangat perpaduan dapat dilihat di bazar Ramadan Stadium Perak, Ipoh, yang turut dikunjungi pengunjung bukan Islam.Selain martabak, kuetiau goreng dan roti john, bazar ini menyediakan khemah urusetia, surau bergerak, perkhidmatan ambulans, sudut informasi dan kaunter zakat.Di SABAH, kuih tradisi Bugis seperti pisang talemmek, barongko dan bolu peca menjadi buruan pengunjung di bazar Ramadan Bataras, Tawau bagi juadah berbuka atau ‘sungkai’ dalam istilah tempatan.Penjawat awam Norshakila Madir, 30, berkata dia dan keluarga lazimnya berbelanja RM20 untuk kuih-muih kerana sudah menjadi kebiasaan mereka berbuka dengan juadah ringan sebelum makan berat selepas solat tarawih.Memilih untuk membeli juadah berbuka puasa berbanding memasak sendiri, Salleh Mohamad, 57, pula berkata dia sering berkunjung ke bazar sekitar pukul 3.30 petang bagi mengelakkan kesesakan. Di SARAWAK, Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Sarawak Datuk Dr Hazland Abang Hipni menyifatkan bazar Ramadan Stutong, Kuching, antara yang terbaik di negeri itu dari aspek pengurusan dan kawalan harga.“Bazar ini unik kerana dikunjungi pelbagai bangsa termasuk Melayu, Cina dan Dayak, sekali gus mencerminkan keharmonian rakyat Sarawak. Kadar sewa gerai yang rendah sekitar RM160 hingga RM250 membantu meringankan beban peniaga dan menggalakkan penyertaan,” katanya.– BERNAMA  Topic Berkaitan #BAZAR RAMADAN #puasa #Kebersihan #makanan Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Kisah Penuh Berita Terkini Dunia 3 ditikam di perpustakaan di Jepun, lelaki ditahan kerana percubaan membunuh 2 hours ago Malaysia Seruan solat hajat dan doa untuk Hashim Jasin 3 hours ago Malaysia Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini 3 hours ago Dunia Gempa bumi bermagnitud 5.2 gegarkan wilayah Puerto Rico – GFZ 3 hours ago Malaysia MMA gesa penguatkuasaan lebih tegas terhadap klinik haram di Kuala Lumpur 4 hours ago Malaysia Harga, kebersihan dan kualiti makanan jadi pilihan pengunjung bazar Ramadan 4 hours ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda Close LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got! Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE! Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *