Harga minyak naik akibat krisis, Anwar tegur tindakan politikkan isu minyak | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in [Terkini] Umat Islam di Malaysia sambut Aidilfitri Sabtu Malaysia MPOB lancar portal harga minyak masak terpakai, perkasa ekonomi kitaran Malaysia Nahas dua kenderaan di Jeli ragut nyawa anak Editor Kanan Astro AWANI Malaysia Kebahagiaan perlukan ketabahan dan belas kasihan dalam menghadapi cabaran global Advertisement Malaysia Harga minyak naik akibat krisis, Anwar tegur tindakan politikkan isu minyak Bernama 20/03/2026 | 16:45 MYT Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap pada program santai akhir Ramadan bersama pimpinan komuniti Permatang Pauh di Bukit Mertajam hari ini. – Foto Bernama BUKIT MERTAJAM: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegur tindakan segelintir pihak yang mengambil kesempatan mempolitikkan isu kenaikan harga minyak global meskipun krisis itu berpunca daripada konflik antarabangsa yang di luar kawalan negara.Beliau berkata dalam keadaan dunia berdepan ketegangan geopolitik melibatkan serangan dan krisis Asia Barat, terdapat pihak yang terus menyalahkan kerajaan tanpa memahami realiti sebenar situasi global.Advertisement “Ada orang guna kesempatan ini dalam keadaan ekonomi jatuh, minyak tersekat. Bukan salah kita, tetapi masih ada lagi beberapa orang pembangkang maki hamun kita dalam keadaan sekarang.“Dunia politik ini perlu terkawal dan sepatutnya semua pakat mencari penyelesaian,” katanya ketika berucap pada Santai Akhir Ramadan Bersama Pimpinan Komuniti Permatang Pauh di Dewan Orang Ramai Permatang Pasir, di sini hari ini.Beliau berkata ketegangan yang semakin memuncak termasuk serangan melibatkan Iran serta tindakan balas menggunakan peluru berpandu dan dron telah menjejaskan kemudahan serta laluan minyak dan gas termasuk di Selat Hormuz, sekali gus menyebabkan harga minyak dunia meningkat mendadak.Anwar yang juga Menteri Kewangan menegaskan bahawa kerajaan tetap mengekalkan harga bahan api pada kadar terkawal demi melindungi rakyat, walaupun banyak negara lain telah menaikkan harga.Mengulas lanjut, beliau berkata kerajaan juga telah mengadakan mesyuarat khas Kabinet bersama Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi membincangkan langkah menangani kesan ekonomi dan keselamatan negara.Perbincangan dengan PETRONAS juga telah diadakan untuk memastikan bekalan minyak dan gas mencukupi, dengan jangkaan minyak mampu bertahan sehingga Mei ini.Sementara itu, Anwar berkata Malaysia turut dihubungi beberapa pemimpin dunia termasuk Perdana Menteri India Narendra Modi dan pemimpin rantau ASEAN bagi membincangkan usaha meredakan ketegangan.Beliau menegaskan pendirian Malaysia yang bebas dan berkecuali tetapi tegas dalam memperjuangkan keamanan serta menolak sebarang bentuk keganasan.Ketegangan di Asia Barat telah meningkat sejak 28 Feb susulan serangan oleh Israel dan Amerika Syarikat (AS) ke atas Iran, diikuti oleh serangan balas Tehran terhadap kepentingan AS di negara-negara Teluk.– BERNAMA Topic Berkaitan #PERDANA MENTERI #anwar ibrahim #harga minyak #konflik Asia Barat Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Artikel Penuh Berita Terkini Malaysia MPOB lancar portal harga minyak masak terpakai, perkasa ekonomi kitaran 2 minutes ago Malaysia Nahas dua kenderaan di Jeli ragut nyawa anak Editor Kanan Astro AWANI 23 minutes ago Malaysia Kebahagiaan perlukan ketabahan dan belas kasihan dalam menghadapi cabaran global 32 minutes ago Dunia Konflik Asia Barat: Prabowo gesa tingkat kewaspadaan, guna tenaga secara berhemat 1 hour ago Dunia Penduduk Tehran berbelanja sambut Aidilfitri dan Nowruz di sebalik ketegangan serantau 2 hours ago Malaysia Ahmad Zahid seru perkukuh silaturahim sempena Aidilfitri 2 hours ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda Close LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got! Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE! Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers
Harga minyak naik akibat krisis, Anwar tegur tindakan politikkan isu minyak
