Hasrat Khairy sertai agenda Rumah Bangsa beri sinar baharu kepada UMNO – Reezal Merican | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in Politik Samsuri nafi terlibat ‘Langkah Bangkok’ Politik Hasrat Khairy sertai agenda Rumah Bangsa beri sinar baharu kepada UMNO – Reezal Merican Malaysia Teksi rentas sempadan Singapura dijangka perlu guna sistem penjejakan seperti ERP2 di Johor Advertisement Politik Hasrat Khairy sertai agenda Rumah Bangsa beri sinar baharu kepada UMNO – Reezal Merican Astro AWANI 07/03/2026 | 10:50 MYT Reezal Merican menyifatkan pengumuman Khairy untuk menyertai agenda Rumah Bangsa sebagai perkembangan yang memberi sinar baharu kepada parti itu. – Foto fail/BERNAMA KUALA LUMPUR: Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican menyifatkan pengumuman bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar untuk menyertai agenda Rumah Bangsa sebagai perkembangan yang memberi sinar baharu kepada parti itu.Perkara tersebut dikongsikan Reezal menerusi satu hantaran di Facebook pada Jumaat.Advertisement Menurut beliau, keputusan Khairy itu juga diyakini akan menggembirakan arwah bapa mentuanya, Tun Abdullah Ahmad Badawi, sekiranya tokoh negara itu masih ada.“Pengumuman ini memberi sinar baharu kepada UMNO dan pastinya akan membuatkan arwah Tun Abdullah Ahmad Badawi gembira sekiranya beliau masih ada,” katanya.Selain itu, Reezal turut menyifatkan pengumuman berkenaan sebagai satu khabar yang menggembirakan, lebih-lebih lagi ia diumumkan sempena malam Nuzul Al-Quran.Terdahulu, Khairy mengumumkan secara terbuka hasratnya untuk kembali menyertai UMNO melalui agenda Rumah Bangsa menerusi episod terbaharu siri audio siar Keluar Sekejap.Khairy yang dipecat daripada UMNO empat tahun lalu berkata, beliau melihat kenyataan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebagai satu perkembangan positif.Kenyataan yang dikeluarkan pada 6 Mac itu antara lain membuka pintu penyatuan tanpa syarat kepada bekas ahli yang pernah dipecat atau digantung keahlian, sekali gus memberi ruang untuk mereka kembali bersama parti. Topic Berkaitan #Khairy Jamalludin #Reezal Merican #UMNO #Rumah Bangsa Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Artikel Penuh Berita Terkini Politik Samsuri nafi terlibat ‘Langkah Bangkok’ 12 minutes ago Politik Hasrat Khairy sertai agenda Rumah Bangsa beri sinar baharu kepada UMNO – Reezal Merican 22 minutes ago Malaysia Teksi rentas sempadan Singapura dijangka perlu guna sistem penjejakan seperti ERP2 di Johor 42 minutes ago Dunia Ledakan video perang palsu berasaskan AI bangkit di tengah konflik Iran 52 minutes ago Politik Khairy Jamaluddin sedia kembali ke pangkuan UMNO 1 hour ago Malaysia Perubahan jadual laluan Putrajaya pada 7 hingga 8 Mac – Rapid Rail 1 hour ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda Close LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got! Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE! Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers
Hasrat Khairy sertai agenda Rumah Bangsa beri sinar baharu kepada UMNO – Reezal Merican
