HAWANA 2026 pilih Pulau Pinang sebagai tuan rumah – Fahmi | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in Malaysia Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Malaysia Daftar pemilih tambahan Januari 2026 dibuka untuk semakan – SPR Malaysia Polis lengkapkan kertas siasatan kes pelajar hina agama Advertisement Malaysia HAWANA 2026 pilih Pulau Pinang sebagai tuan rumah – Fahmi Bernama 27/02/2026 | 23:33 MYT Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil menyampaikan sumbangan HAWANA kepada para penerima semasa hadir ke Majlis Berbuka Puasa Perdana Menteri Bersama Pengamal Media dan Pempengaruh di Kompleks Seri Perdana hari ini. – Foto BERNAMA PUTRAJAYA: Sambutan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2026 bakal berlangsung di Pulau Pinang pada bulan Jun ini, kata Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil.Beliau berkata sambutan itu dijangka dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. Advertisement “Lokasinya di Pulau Pinang… tetapi ada sedikit perubahan pada tarikh dan (kita) sedang membuat pengesahan,” katanya kepada media selepas majlis berbuka puasa Perdana Menteri bersama penggiat media dan pempengaruh di sini malam ini.Sambutan HAWANA 2025 telah berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur, yang menjadi platform penting dalam menghargai peranan pengamal media di Malaysia selain memperkukuh ekosistem kewartawanan.Bertemakan “Kewartawanan Era Baharu: Keseimbangan AI dan Etika”, perhimpunan terbesar pengamal media Malaysia itu dianjurkan oleh Kementerian Komunikasi menerusi Bernama sebagai agensi pelaksana.Sebelum ini, sambutan HAWANA ini pernah diadakan di Melaka, Ipoh dan Kuching.Terdahulu, Anwar tiba di Kompleks Seri Perdana pada 6.20 petang dan meluangkan masa mendengar tazkirah ramadan bertajuk Ramadan: Fastabiqul Khairat (Berlumba Mengejar Kebaikan) yang disampaikan Al-Fadhil Ustaz Harryanto Rizal Rokman.Turut hadir Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil, Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching, Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi Datuk Abdul Halim Hamzah, Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia Tan Sri Mohamad Salim Fateh Din, Ketua Pegawai Eksekutif Bernama Datin Paduka Nur-ul Afida Kamaludin serta Ketua Pengarang Bernama Arul Rajoo Durar Raj.Selesai berbuka puasa, Perdana Menteri bersama dengan kepimpinan tertinggi dan warga media menunaikan solat maghrib secara berjemaah yang diimamkan oleh Editor Sinar Islam Ustaz Muhamad Tarmize Mohd Nor.– BERNAMA Topic Berkaitan #HAWANA 2026 #Hari Wartawan Nasional #pulau pinang #Fahmi Fadzil Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Artikel Penuh Berita Terkini Malaysia Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini 2 hours ago Malaysia Daftar pemilih tambahan Januari 2026 dibuka untuk semakan – SPR 2 hours ago Malaysia Polis lengkapkan kertas siasatan kes pelajar hina agama 2 hours ago Malaysia HAWANA 2026 pilih Pulau Pinang sebagai tuan rumah – Fahmi 2 hours ago Malaysia KPT tidak akan berkompromi dengan perlakuan tidak beradab pelajar – Zambry 2 hours ago Malaysia APM Terengganu kendali 1,700 kes ular dalam tempoh hampir dua bulan 3 hours ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda Close LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got! Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE! Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers
HAWANA 2026 pilih Pulau Pinang sebagai tuan rumah – Fahmi
