Iftar Ramadan sebagai medium memperkukuh ukhuwah

Iftar Ramadan sebagai medium memperkukuh ukhuwah | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in Malaysia Banjir Sabah: Air naik hingga ke paras tingkap – Penduduk Dunia Hong Kong tawar beli unit pangsapuri Wang Fuk Court selepas kebakaran ragut 168 nyawa Dunia Indonesia tidak bayar AS$1 bilion untuk sertai Lembaga Keamanan – Sugiono Advertisement Malaysia Iftar Ramadan sebagai medium memperkukuh ukhuwah Astro AWANI 21/02/2026 | 09:05 MYT Amalan iftar Ramadan secara berjemaah memiliki dua dimensi kebaikan yang saling melengkapi iaitu sebagai ibadah peribadi dan sebagai wadah sosial. – Gambar hiasan/BERNAMA KUALA LUMPUR: Amalan buka puasa atau iftar secara berjemaah memberi peluang untuk memperkukuh hubungan silaturahim sesama Muslim. Ketika azan Maghrib berkumandang, umat Islam yang berkumpul untuk iftar akan duduk bersama dengan berkongsi hidangan dan suasana syukur. Proses saling berkongsi makanan dan bertanya khabar di waktu berbuka dapat memupuk perasaan kasih sayang, menghilangkan jurang perbezaan pangkat atau latar belakang serta mengukuhkan rasa kekitaan dalam komuniti.Allah SWT berfirman: “Sesungguhnya orang-orang beriman itu bersaudara, maka damaikanlah antara kedua saudaramu dan bertakwalah kepada Allah agar kamu mendapat rahmat” (Surah al-Hujurat: 10). Demikianlah iftar berjemaah dilihat menjadi manifestasi ayat ini apabila umat Islam duduk semeja, mengeratkan persaudaraan dan berkongsi rezeki sebagai satu keluarga besar.Advertisement Di Malaysia, amalan bergotong-royong dalam menyediakan serta mengedarkan juadah iftar kepada masyarakat seperti bubur lambuk, sudah menjadi tradisi turun-temurun. Usaha seumpama ini dapat menghidupkan sunnah bersedekah makanan, di samping membantu meringankan beban golongan yang memerlukan.Inisiatif masjid mengagihkan juadah iftar terbukti memudahkan urusan gelandangan, fakir miskin atau pekerja yang tidak sempat pulang ke rumah untuk memasak agar mereka turut dapat menikmati berbuka dengan sempurna. Secara tidak langsung, amalan ini dapat mengeratkan hubungan antara yang berada dengan yang kurang bernasib baik, sesuai dengan semangat ukhuwah Islamiah. Keutamaan Memberi Makan Orang BerpuasaIftar berperanan sebagai ruang sosial, di samping membuka peluang untuk memperoleh pahala besar melalui amalan saling membantu. Demikianlah Islam menggalakkan umatnya agar berlumba-lumba menyediakan makanan bagi orang berpuasa. Rasulullah SAW bersabda: “Siapa yang memberi makan (untuk berbuka) kepada orang berpuasa, maka dia mendapat pahala seperti pahala orang yang berpuasa itu, tanpa sedikit pun mengurangkan pahala orang berpuasa tersebut” (HR. al-Tirmidzi no. 807; Ibnu Majah no. 1746).Hadis ini jelas menunjukkan ganjaran berlipat ganda bagi sesiapa yang menjamu makanan ketika iftar – yakni pahala puasa orang yang dibantunya turut dikurniakan kepadanya oleh Allah SWT. Lebih indah, ganjaran tersebut tetap diperoleh walaupun dengan sumbangan yang kecil seperti memberikan sebiji kurma atau seteguk air untuk juadah berbuka orang lain.Malah, amalan seperti ini amat ditekankan oleh Baginda SAW kepada penduduk Madinah sebagaimana sabdanya: “Wahai sekalian manusia! Sebarkanlah salam, berilah makan (kepada orang lain), sambunglah silaturahim dan kerjakanlah solat pada waktu malam ketika manusia sedang tidur; nescaya kamu akan masuk ke dalam syurga dengan sejahtera.”(HR. Ibn Majah, no. 3521)Jelas bahawa amalan memberi makan ini bukanlah sesuatu yang remeh, bahkan merupakan salah satu kunci untuk meraih rahmat serta memperkukuh perpaduan dalam komuniti. Iftar Memperkukuh Ukhuwah IslamiahKonsep ukhuwah Islamiah, iaitu persaudaraan sesama Muslim amat ditekankan dalam Islam. Hal ini sebagaimana yang disabdakan oleh Baginda SAW: “Seorang Muslim adalah saudara bagi Muslim yang lain; janganlah dia menzalimi atau meninggalkannya (dizalimi)”. (HR. Muslim, No. 2580). Baginda juga bersabda: “Tidak beriman seseorang daripada kamu sehingga dia mengasihi saudaranya seperti mana dia mengasihi dirinya sendiri” (Hadis Muttafaq ‘Alaih,)Demikian sabda Rasulullah SAW yang mengajarkan nilai setiakawan dan tolong-menolong antara mukmin. Menghayati ajaran ini, apabila umat Islam berkumpul dan saling melayani dalam majlis iftar, sebenarnya mereka sedang mempraktikkan sifat mengasihi saudara seagama. Jika seorang itu gemar menikmati juadah yang enak ketika berbuka, maka sewajarnya dia memastikan saudaranya juga merasai nikmat yang sama. Inilah manifestasi mencintai saudara sebagaimana diri sendiri.Semangat iftar berjemaah turut menyatukan hati-hati yang pelbagai. Perbezaan status, pangkat, keturunan atau bangsa dapat dikurangkan apabila semua duduk sama rendah berdampingan di atas lantai masjid atau di meja makan yang sama sewaktu menanti waktu berbuka. Umat Islam bersama-sama berdoa, bersyukur dan menikmati hidangan yang dikongsi. Keadaan seperti inilah akan melahirkan persaudaraan yang tulus dan erat.Sebagai kesimpulannya, amalan iftar Ramadan memiliki dua dimensi kebaikan yang saling melengkapi iaitu sebagai ibadah peribadi dan sebagai wadah sosial. Dengan memahami hikmah iftar sebagai medium memperkukuh ukhuwah, umat Islam digalakkan mengambil peluang Ramadan untuk mengundang jiran tetangga, rakan taulan atau golongan kurang bernasib baik turut serta berbuka puasa bersama.Walaupun bersifat sederhana, amalan seumpama ini berpotensi besar untuk memupuk kasih sayang serta mengukuhkan perpaduan dalam kalangan anggota komuniti. Semoga kita semua meraih rahmat Ramadan melalui ibadah menahan lapar dan dahaga serta mempererat hubungan persaudaraan sesama Muslim kerana Allah SWT. Aamiin.  Topic Berkaitan #Salam Ramadan 2026 #iftar berjemaah #Ramadan #beri makan orang berpuasa Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Kisah Penuh Berita Terkini Malaysia Banjir Sabah: Air naik hingga ke paras tingkap – Penduduk 11 minutes ago Dunia Hong Kong tawar beli unit pangsapuri Wang Fuk Court selepas kebakaran ragut 168 nyawa 20 minutes ago Dunia Indonesia tidak bayar AS$1 bilion untuk sertai Lembaga Keamanan – Sugiono 31 minutes ago Politik Esok penentu siapa Pengerusi PN baharu 48 minutes ago Politik Hamzah masih Ketua Pembangkang? Sidang Parlimen Isnin bakal curi tumpuan 53 minutes ago Malaysia Polis buru tiga suspek tipu, pukau pesara kerajaan 1 hour ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda Close LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Vid

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *