IILM berjaya terbitkan sukuk AS$1.29 bilion di tengah-tengah turun naik geopolitik global

IILM berjaya terbitkan sukuk AS$1.29 bilion di tengah-tengah turun naik geopolitik global | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in Dunia Khamenei akan dikebumikan di kota suci Mashhad – Laporan Malaysia Hubungan Malaysia-Indonesia teguh, sedia pacu pertumbuhan lebih pesat – Duta Besar Malaysia Anwar, Prabowo bakal adakan pertemuan, bincang perkukuh hubungan dua hala Advertisement Bisnes IILM berjaya terbitkan sukuk AS$1.29 bilion di tengah-tengah turun naik geopolitik global Bernama 04/03/2026 | 06:00 MYT IILM terus mengharungi pergolakan pasaran global dengan berjaya melaksanakan penerbitan terkininya walaupun pasaran sukuk dan bon global berada dalam keadaan perlahan. KUALA LUMPUR: Perbadanan Pengurusan Kecairan Islam Antarabangsa (IILM), penerbit utama dunia bagi instrumen pengurusan kecairan jangka pendek patuh Syariah, berjaya menyelesaikan penerbitan semula sukuk jangka pendek bernilai AS$1.185 bilion dan penerbitan baharu sukuk jangka pendek AS$105 juta merentas lima tempoh berbeza.Kelima-lima siri itu ditetapkan pada harga secara kompetitif seperti berikut — 3.80 peratus bagi AS$130 juta (dua minggu); 3.85 peratus bagi AS$310 juta (sebulan); 3.91 peratus bagi AS$560 juta (tiga bulan); 3.85 peratus bagi AS$250 juta (enam bulan); dan 3.50 peratus bagi AS$40 juta (12 bulan).Advertisement Dalam satu kenyataan di sini, IILM memaklumkan, lelongan sukuk itu menyaksikan penyertaan yang kukuh daripada rangkaian peniaga utama mereka, bersama pelbagai pelabur institusi daripada pelbagai bidang kuasa.”Jumlah bidaan mencapai AS$3.086 bilion, bersamaan dengan nisbah bidaan kepada terbitan purata sebanyak 2.39 kali, mencerminkan keyakinan berterusan pelabur terhadap instrumen Islam jangka pendek IILM yang berkualiti tinggi di tengah-tengah keadaan pasaran global yang sentiasa berubah,” katanya.Ketua Pegawai Eksekutif IILM, Mohamad Safri Shahul Hamid berkata, perkembangan terkini di Asia Barat memberi kesan segera, dapat disaksikan melalui peningkatan turun naik di pasaran dana, pergerakan mata wang dan harga tenaga, dengan sentimen risiko menjadi lebih berhati-hati apabila pelabur menilai semula pendedahan dan menyusun semula portfolio mereka.Dalam konteks ini, beliau berkata, IILM terus mengharungi pergolakan pasaran global dengan berjaya melaksanakan penerbitan terkininya walaupun pasaran sukuk dan bon global berada dalam keadaan perlahan.Lelongan terkini berjumlah AS$1.29 bilion, termasuk AS$105 juta bagi pengumpulan dana baharu, diterima baik oleh pelabur, mencerminkan keyakinan berterusan terhadap tawaran oleh IILM.”Kami akan terus bekerjasama rapat dengan Bank Pusat ahli dan peniaga utama bagi memastikan konsistensi penerbitan, kedalaman pasaran dan keyakinan pelabur — terutamanya pada tempoh apabila kestabilan, kebolehramalan dan jaminan pasaran adalah yang paling diperlukan,” kata Mohamad Safri.Transaksi hari ini menandakan lelongan sukuk kelima IILM setakat tahun ini, menjadikan jumlah penerbitan pada 2026 sebanyak AS$5.775 bilion merentas 22 siri sukuk dengan tempoh matang yang berbeza.– BERNAMA Topic Berkaitan #IILM #sukuk #pelabur #pasaran Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Artikel Penuh Berita Terkini Dunia Khamenei akan dikebumikan di kota suci Mashhad – Laporan 20 minutes ago Malaysia Hubungan Malaysia-Indonesia teguh, sedia pacu pertumbuhan lebih pesat – Duta Besar 30 minutes ago Malaysia Anwar, Prabowo bakal adakan pertemuan, bincang perkukuh hubungan dua hala 40 minutes ago Bisnes Amanahraya pegang dana tertangguh RM452 juta setakat 31 Disember 2025 – MOF 55 minutes ago Bisnes IILM berjaya terbitkan sukuk AS$1.29 bilion di tengah-tengah turun naik geopolitik global 1 hour ago Sukan All England 2026: Dua beregu campuran negara pulang awal 1 hour ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got! Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE! Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *