Iran beri amaran: Pegawai AS, Israel tidak lagi selamat | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in [Terkini] Umat Islam di Malaysia sambut Aidilfitri Sabtu Malaysia Agong, Raja Permaisuri sampai ucapan Aidilfitri Malaysia Anak muda turun padang bantu miskin bandar ketika Ramadan Dunia Konflik Asia Barat: Serangan Iran ke atas pangkalan tentera AS sebabkan kerosakan AS$800 juta Advertisement Dunia Iran beri amaran: Pegawai AS, Israel tidak lagi selamat Astro AWANI 21/03/2026 | 06:15 MYT Amaran itu hadir ketika konflik antara Iran dengan gabungan AS-Israel memasuki minggu ketiga tanpa tanda-tanda akan berakhir dalam masa terdekat. – Foto REUTERS TEHRAN: Jurucakap angkatan tentera Iran memberi amaran kepada pegawai serta komander Amerika Syarikat (AS) dan Israel bahawa mereka tidak lagi selamat, termasuk di lokasi pelancongan dan kawasan rekreasi di seluruh dunia.Menurut kenyataan yang dibacakan di televisyen negara, jurucakap tersebut mendakwa pegawai dan pihak berkuasa AS serta Israel kini berlindung di bunker dan tempat perlindungan, selain menggunakan orang awam sebagai perisai manusia.Advertisement Amaran itu hadir ketika konflik antara Iran dengan gabungan AS-Israel memasuki minggu ketiga tanpa tanda-tanda akan berakhir dalam masa terdekat.Dalam masa sama, Selat Hormuz yang kritikal, laluan kira-kira 20 peratus bekalan minyak dan gas asli cecair dunia masih sebahagian besarnya ditutup, sekali gus mencetuskan kebimbangan terhadap kenaikan harga tenaga global serta tekanan inflasi.Konflik berterusan itu turut memberi kesan ekonomi kepada sekutu AS, yang dilaporkan tidak dirujuk sebelum serangan udara dilancarkan ke atas Iran.Sejak kembali memegang jawatan, Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, juga berdepan kritikan keras daripada sekutu berhubung pendekatan agresif terhadap Iran, termasuk ancaman berterusan yang meningkatkan ketegangan di rantau Asia Barat. Topic Berkaitan #konflik Asia Barat #selat hormuz #Iran #Amerika Syarikat Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Artikel Penuh Berita Terkini Malaysia Agong, Raja Permaisuri sampai ucapan Aidilfitri 58 minutes ago Malaysia Anak muda turun padang bantu miskin bandar ketika Ramadan 1 hour ago Dunia Konflik Asia Barat: Serangan Iran ke atas pangkalan tentera AS sebabkan kerosakan AS$800 juta 1 hour ago Dunia Konflik Asia Barat: Qatar, Jordan dan Mesir kecam serangan Israel di selatan Syria 1 hour ago Dunia Iran beri amaran: Pegawai AS, Israel tidak lagi selamat 1 hour ago Dunia Puteri Mahkota Norway akhirnya bersuara, dakwa diperdaya dan dimanipulasi Epstein 1 hour ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda Close LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got! Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE! Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers
Iran beri amaran: Pegawai AS, Israel tidak lagi selamat
