Iran dakwa AS cuba capai matlamat perang menerusi pelan 15 perkara | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in [TERKINI] Kuota subsidi BUDI95 diselaraskan kepada 200 liter sebulan mulai 1 April 2026 Malaysia Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Dunia Iran dakwa 281 pelajar, guru terbunuh dalam serangan AS-Israel Malaysia Ketua Hakim Negara dahului 1,026 penerima darjah kebesaran, bintang dan pingat negeri Sabah Advertisement Dunia Iran dakwa AS cuba capai matlamat perang menerusi pelan 15 perkara Bernama 29/03/2026 | 22:49 MYT AS “secara terbuka menyeru kepada rundingan, namun dalam masa yang sama merancang serangan darat secara rahsia.” ISTANBUL: Speaker Parlimen Iran pada Ahad mendakwa Amerika Syarikat (AS) cuba melaksanakan pelan 15 perkara bagi mencapai matlamat perangnya selepas gagal berbuat demikian melalui kekuatan tentera, lapor Anadolu Ajansi.Beliau turut memberi amaran bahawa sebarang serangan darat ke atas negara itu akan berhadapan dengan tindak balas yang “tegas”.Advertisement Menerusi hantaran di Telegram, Mohammad Bagher Qalibaf mendakwa AS “secara terbuka menyeru kepada rundingan, namun dalam masa yang sama merancang serangan darat secara rahsia.”Beliau menegaskan bahawa rakyat Iran bersedia menghadapi sebarang operasi darat oleh tentera AS dan berjanji akan memberikan “tindak balas yang tegas” terhadap sebarang serangan sedemikian.”Kini, pelbagai kenyataan didengari daripada pegawai musuh mengenai rundingan. Amerika menyuarakan keinginan mereka dan mengisytiharkan apa yang gagal dicapai dalam peperangan melalui senarai 15 perkara dan cuba menuntutnya menerusi diplomasi.”Pada Rabu, Iran menolak pelan 15 perkara AS untuk menamatkan perang dan menyatakan bahawa sebarang gencatan senjata hanya akan berlaku mengikut syarat dan garis masa yang ditetapkan oleh Tehran.Televisyen negara yang memetik seorang pegawai Iran melaporkan bahawa Tehran telah menggariskan lima syarat untuk menamatkan peperangan, termasuk penghentian sepenuhnya “pencerobohan dan pembunuhan terancang.”Perkembangan ini berlaku di tengah-tengah laporan mengenai rancangan AS untuk melancarkan serangan darat ke atas Iran ketika beribu-ribu tentera AS dikerahkan ke Asia Barat, sementara menunggu keputusan Presiden Donald Trump.AS dan Israel terus melancarkan serangan udara ke atas Iran sejak 28 Feb, yang setakat ini telah mengorbankan lebih 1,340 orang termasuk Pemimpin Agung, Ayatollah Ali Khamenei.Iran telah membalas dengan serangan dron dan peluru berpandu yang menyasarkan Israel, selain Jordan, Iraq dan negara-negara Teluk yang menempatkan aset tentera AS, sehingga mengakibatkan kemalangan jiwa dan kerosakan infrastruktur selain menjejaskan pasaran global serta penerbangan.– BERNAMA-ANADOLU Topic Berkaitan #Iran #Amerika Syarikat #peperangan #serangan darat #konflik #Asia Barat Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Artikel Penuh Berita Terkini Malaysia Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini 13 minutes ago Dunia Iran dakwa 281 pelajar, guru terbunuh dalam serangan AS-Israel 35 minutes ago Malaysia Ketua Hakim Negara dahului 1,026 penerima darjah kebesaran, bintang dan pingat negeri Sabah 1 hour ago Dunia Iran dakwa AS cuba capai matlamat perang menerusi pelan 15 perkara 1 hour ago Malaysia Penunggang motosikal maut dilanggar pemandu mabuk 1 hour ago Dunia Serangan AS-Israel mengenai bangunan menempatkan pejabat TV Al Araby di Tehran 2 hours ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got! Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE! Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers
Iran dakwa AS cuba capai matlamat perang menerusi pelan 15 perkara
