Israel kini sasar pemimpin Hezbollah Naim Qassem untuk 'dihapuskan'

Israel kini sasar pemimpin Hezbollah Naim Qassem untuk 'dihapuskan' | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in Malaysia SPRM Pulau Pinang panggil 63 individu bantu siasatan salah guna kuasa, penyelewengan dana zakat Malaysia Imigresen perlu bertindak terhadap pelancong gagal patuhi tempoh tinggal ditetapkan Dunia Sekurang-kurangnya 555 terkorban di Iran akibat serangan Israel-AS Advertisement Dunia Israel kini sasar pemimpin Hezbollah Naim Qassem untuk 'dihapuskan' Astro AWANI 02/03/2026 | 17:00 MYT Naim Qassem, yang dilantik pada 29 Oktober 2024 bagi menggantikan Hassan Nasrallah selepas terbunuh dalam serangan Israel, kini menjadi tumpuan utama dalam usaha Israel melumpuhkan kepimpinan tertinggi kumpulan yang disokong Iran itu. -Foto fail/Reuters TEL AVIV: Menteri Pertahanan Israel, Israel Katz, secara rasmi mengisytiharkan Setiausaha Agung Hezbollah, Naim Qassem, sebagai “sasaran untuk dihapuskan” selepas kumpulan itu melancarkan roket dan dron ke arah kawasan berhampiran Haifa.Katz dalam kenyataan tegas memberi amaran bahawa Hezbollah akan membayar harga yang tinggi, dan menegaskan bahawa sesiapa yang mengikut jejak langkah Khamenei akan menerima padah.Advertisement Pengumuman itu dibuat susulan siri serangan balas udara Israel yang menyasarkan beberapa lokasi di Lubnan, mengorbankan sekurang-kurangnya 31 orang dan mencederakan 149 yang lain, menurut angka awal pihak berkuasa.  ארגון הטרור חיזבאללה ישלם מחיר כבד על הירי לעבר ישראל, ונעים קאסם מזכ”ל החיזבאללה, שהחליט על הירי בלחץ איראן – הוא מעכשיו מטרה מסומנת לסיכול.מי שהולך בדרכו של חמינאי ימצא את עצמו במהרה יחד איתו במעמקי הגיהינום עם כלל מסוכלי ציר הרשע.לא נחזור לכללי הירי של לפני ה-7 באוקטובר…— ישראל כ”ץ Israel Katz (@Israel_katz) March 2, 2026 Naim Qassem, yang dilantik pada 29 Oktober 2024 bagi menggantikan Hassan Nasrallah selepas terbunuh dalam serangan Israel, kini menjadi tumpuan utama dalam usaha Israel melumpuhkan kepimpinan tertinggi kumpulan yang disokong Iran itu.Ketegangan semakin memuncak selepas kematian Pemimpin Tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei, yang mencetuskan tindakan balas Hezbollah terhadap aset pertahanan Israel.Katz turut mengesahkan bahawa dia dan Perdana Menteri Benjamin Netanyahu telah mengarahkan tentera bertindak dengan kekuatan penuh melalui Operasi Roar of the Lion, dengan menegaskan bahawa Israel tidak akan kembali kepada peraturan serangan sebelum 7 Oktober dan komited mempertahankan keselamatan penduduk di utara negara itu.Menurutnya, objektif operasi tersebut ialah menghancurkan keupayaan Iran dan menghapuskan ancaman bagi membolehkan rakyat Iran bangkit menentang dan menggulingkan pemerintahan itu.Israel dalam masa sama menegaskan bahawa operasi udara di Lubnan akan terus dipertingkat sebagai tindak balas terhadap serangan roket dari wilayah tersebut, ketika konflik serantau semakin melebar dan risiko serangan bersasar semakin meningkat.  Topic Berkaitan #israel #Hezbollah #Naim Qassem #Israel Katz #Haifa #Lubnan #Asia Barat #Ayatollah Ali Khamenei Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Artikel Penuh Berita Terkini Malaysia SPRM Pulau Pinang panggil 63 individu bantu siasatan salah guna kuasa, penyelewengan dana zakat few seconds ago Malaysia Imigresen perlu bertindak terhadap pelancong gagal patuhi tempoh tinggal ditetapkan 7 minutes ago Dunia Sekurang-kurangnya 555 terkorban di Iran akibat serangan Israel-AS 11 minutes ago Bisnes BNM dijangka kekalkan OPR pada 2.75 peratus 11 minutes ago Dunia Kuwait sahkan beberapa pesawat tempur AS terhempas 23 minutes ago Malaysia LKAN: PAC akan mulakan prosiding ke atas UKM, dua lagi isu 25 minutes ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda CloseAdvertisement: No Ad Tag found LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got! Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE! Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *