Jangan rugikan Ramadan dengan perbalahan politik kepartian – Pensyarah UIAM

Jangan rugikan Ramadan dengan perbalahan politik kepartian – Pensyarah UIAM | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in Malaysia Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Sukan ACLE: Marcos Guilherme teruja bawa JDT ke pusingan 16 Dunia Penerbit siri risikan 'Tehran', Dana Eden, ditemui meninggal dunia di hotel Advertisement Malaysia Jangan rugikan Ramadan dengan perbalahan politik kepartian – Pensyarah UIAM Irfan Faruqi 18/02/2026 | 21:33 MYT Umat Islam di Malaysia akan mula menjalani ibadah puasa sempena bulan Ramadan pada Khamis. – Gambar hiasan/Bernama KUALA LUMPUR: Orang ramai diingatkan agar tidak merugikan bulan Ramadan dengan perbalahan politik kepartian. Pensyarah Kanan, Jabatan Pengajian Quran Sunnah, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr. Abu Hafiz Salleh Hudin menegaskan, lebih baik mengejar akhirat yang pasti berbanding berhabis masa dan tenaga untuk isu politik yang tiada kepastian. “Ramadan ada adab dan tatasusila yang ditetapkan oleh Rasulullah SAW. Ini akan menjadi bekalan kita di akhirat. Politik itu boleh jadi hari ini berkawan, esok bermusuh. “Janganlah kita rugikan akhirat yang pasti, kita akan pergi dengan politik kepartian yang tidak pasti; boleh berubah dalam masa 24 jam. “Letakkan dalam minda, hati dan perasaan bahawa akhirat itu lebih utama dan penting untuk menjaga tatasusila dalam bulan Ramadan,” katanya.Beliau berkata demikian dalam program Agenda AWANI pada Rabu.Tambahnya, individu yang berselindung di sebalik kata-kata manis atau provokasi berlapik tidak terlepas daripada pengetahuan Allah. Abu Hafiz menasihatkan agar bulan Ramadan ini ditumpukan kepada ibadah dan membenih amalan kebajikan untuk manfaat di akhirat.“Hal-hal seperti ini yang akhirnya dengan satu niat iaitu memunculkan perdebatan yang hangat dan akan merosakkan suasana ibadah dalam bulan Ramadan yang (sepatutnya) tenang, tiada pergaduhan, tiada maki-hamun dan sebaran hal yang mencetus hal-hal yang negatif. “Kita mungkin bangkitkan persoalan dan provokasi secara berlapik. Tetapi Allah SWT mempunyai ilmu dan pengetahuan yang mendalam mengenai perkara yang kita lakukan.“Sebab itu, Rasulullah SAW dalam hadis yang masyhur dan sahih menyatakan setiap orang akan dinilai daripada apa yang diniatkan, dan seseorang itu akan dihukum berdasarkan niat,” ujarnya.Umat Islam di Malaysia akan mula menjalani ibadah puasa sempena bulan Ramadan pada Khamis.Advertisement Topic Berkaitan #puasa #Ramadan #politik #ibadah Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Kisah Penuh Berita Terkini Malaysia Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini 37 minutes ago Sukan ACLE: Marcos Guilherme teruja bawa JDT ke pusingan 16 1 hour ago Dunia Penerbit siri risikan 'Tehran', Dana Eden, ditemui meninggal dunia di hotel 1 hour ago Sukan Tiada manfaat jika kerap tukar jurulatih – Khiew Hoe Yean 1 hour ago Sukan Boling Padang 7 Negara: Malaysia muncul juara keseluruhan! 1 hour ago Malaysia Polis tahan lelaki disyaki pecah skrin mesin ATM di Jinjang 1 hour ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda Close LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got! Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE! Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *