JAS Kedah siasat kes ikan ternakan sangkar mati di Sungai Kerian

JAS Kedah siasat kes ikan ternakan sangkar mati di Sungai Kerian | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in Dunia Singapura lapor lima kes demam campak membabitkan bayi pada 2026 Malaysia PM Anwar santuni warga Parlimen dalam majlis berbuka puasa Bisnes Bursa Malaysia ditutup rendah berikutan pengambilan untung Advertisement Malaysia JAS Kedah siasat kes ikan ternakan sangkar mati di Sungai Kerian Bernama 24/02/2026 | 20:30 MYT Sharifah Zakiah berkata siasatan mendapati terdapat beberapa pelepasan air dari ladang kelapa sawit yang memasuki Sungai Samagagah sebelum mengalir ke Sungai Kerian dan seterusnya memasuki negeri ini. – Gambar JAS Kedah BANDAR BAHARU: Insiden ikan ternakan sangkar mati di Sungai Kerian, dekat sini, baru-baru ini dipercayai berpunca daripada pelepasan air dari parit takungan air larian, di kawasan ladang kelapa sawit berhampiran Sungai Samagagah, Perak yang dipercayai mengandungi sisa baja dan racun pertanian.Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Kedah Sharifah Zakiah Syed Sahab berkata siasatan mendapati terdapat beberapa pelepasan air dari ladang kelapa sawit yang memasuki Sungai Samagagah sebelum mengalir ke Sungai Kerian dan seterusnya memasuki negeri ini.Advertisement “JAS negeri telah menerima aduan tentang kejadian itu pada 21 Feb lepas sebelum menjalankan siasatan hingga 23 Feb.”Siasatan mendapati air yang dilepaskan adalah dari parit takungan air larian di kawasan ladang kelapa sawit. Air takungan ini berkemungkinan bercampur dengan sisa baja dan sisa racun dan apabila takungan tersebut sampai pada paras tertentu, ia dipam secara manual ke Sungai Kerian,” katanya dalam kenyataan hari ini.Beliau berkata ujian kualiti air yang dijalankan oleh pihak JAS di lokasi pelepasan mendapati air tersebut bersifat berasid dan hasil siasatan telah dikemukakan kepada agensi berkaitan termasuk pihak kawal selia air, perikanan dan perladangan di negeri terlibat untuk tindakan lanjut.Sharifah Zakiah berkata ekoran kejadian itu, pengusaha ternakan ikan berkenaan memaklumkan mengalami kerugian mencecah RM10,000.”Ini merupakan kejadian kedua selepas insiden sama pada November tahun lepas,” katanya yang mahu isu pelepasan air dari parit takungan ladang kelapa sawit atau mana-mana ladang pertanian ke sungai diberi perhatian secara kolektif oleh pihak berkaitan bagi memastikan ekosistem sungai tidak terjejas.Beliau turut menyeru orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan aktiviti yang mencemarkan alam sekitar supaya menghubungi talian 1-800-88-2727 atau laman sesawang eAduan JAS.– BERNAMA Topic Berkaitan #JAS Kedah #kelapa sawit #ikan ternakan mati #tindakan lanjut Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Kisah Penuh Berita Terkini Dunia Singapura lapor lima kes demam campak membabitkan bayi pada 2026 12 minutes ago Malaysia PM Anwar santuni warga Parlimen dalam majlis berbuka puasa 13 minutes ago Bisnes Bursa Malaysia ditutup rendah berikutan pengambilan untung 27 minutes ago Malaysia Pasangan kekasih diperintah bela diri tuduhan edar methamphetamine 173 kg 42 minutes ago Dunia Keuntungan bersih SIA susut kepada S$505 juta 49 minutes ago Dunia FedEx failkan saman tuntut bayaran balik tarif Trump selepas keputusan Mahkamah Agung 1 hour ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda Close LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got! Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE! Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *